10. 2019 | Kidnapped
"Semua barang sudah beli. Sekarang kita tinggal pulang dan masak." Ha-na yang baru saja habis membeli barang dapur, berjalan ke arah bonet keretanya untuk meletakkan semua barang beliannya.
Ketika fokusnya hanya pada meletakkan barang, seorang lelaki yang berpakaian serba hitam berjalan dengan senyap ke arahnya. Lelaki itu secara tiba-tiba menekup bahagian mulut dan hidung Ha-na dengan sapu tangan kecil. Selang 2 minit, Ha-na sudah pengsan. Lelaki itu mencepung tubuh Ha-na dan dimasukkan ke dalam keretanya di bahagian penumpang. Lelaki itu segera memandu kereta dengan laju di atas jalan tar.
••••••••••
📍Ha-na's House
Tae-hyung duduk santai di ruang tamu saja selepas pulang dari kerja. Penat agaknya. Makan sedikit cemilan untuk mengisi perut. Dia memusing wajahnya ke arah pintu utama rumah.
"Mana Ha-na ni? Tak balik lagi ke? Aku dah lapar ni." Monolog Tae-hyung sendirian sambil memegang perutnya yang dari belum terisi makanan berat.
Telefon diambil lalu menaip sesuatu untuk melaporkan.
Oh Ha-na
Ha-na, aku makan dekat luar hari ni. Jangan tunggu aku.
Selepas memastikan pesanan sudah terhantar, dia mengambil kunci kereta untuk pergi makan di restoran. Dia menghantar pesanan atas dasar sebab Ha-na selalunya akan tunggu dia untuk makan malam bersama. Ha-na tak suka makan seorang diri.
••••••••••
📍Balai Polis Seoul
Nam-joon, Hiroshi dan Tae-hyung sedang duduk di kerusi dihadapan meja kerja mereka masing-masing. Meja kerja mereka tersusun dekat tanpa dinding pemisah. Memudahkan untuk mereka berbincang.
Sejak dari tadi mata Nam-joon memerhati meja Ha-na yang kosong ketika itu.
"Ha-na mana, Tae-hyung?" Nam-joon akhirnya bertanya tentang keberadaan Ha-na selepas menunggu terlalu lama.
Tae-hyung sibuk menulis dibuku nota siasatannya. Tae-hyung menjawab tanpa melihat wajah Nam-joon. "Kenapa tanya aku?"
"Korangkan serumah." Ujar Hiroshi tiba-tiba mencelah.
Mata Tae-hyung tidak lagi menghadap pada buku melainkan wajah Hiroshi. "Korang tahu?" Seingat dia, tiada siapa tahu mereka serumah sebab Ha-na sendiri yang melarang untuk beritahu sesiapa.
"Macam mana pula kitorang tak tahu, Ha-na sendiri yang bagitahu." Nam-joon cuba menjelaskan.
"Aik? Hari tu dia kata lain." Tae-hyung bergumam tapi masih dapat didengari oleh Nam-joon dan Daniel.
"Dia tak nak aku risau masa tu. Dah selalu sangat aku tengok korang sama-sama datang dan balik kerja, aku terus tanyalah tentang korang." Terang Hiroshi menjawab persoalan Tae-hyung.
"Jadi, mana Ha-na?" Nam-joon bertanya sekali lagi.
"Aku fikir dia dah pergi dulu tadi." Jawab Tae-hyung selamba.
"Kau nampak dia ada dekat sini ke sekarang?" Hiroshi memberi soalan lain.
"Tak." Jawab pendek Tae-hyung.
"Jadi, mana dia?" Hiroshi memberi senyuman geram.
"Manalah aku tahu. Semalam pun aku makan diluar sebab dia tak masak." Tae-hyung berkata laju.
"Kau langsung tak cari ke?" Hiroshi semakin geram.
"Aku fikir dia nak berseorangan semalam sebab dia langsung tak keluar bilik untuk tegur aku masa aku pulang dari makan. Itulah aku tak nak ganggu." Tae-hyung menjelaskan keadaan.
YOU ARE READING
𝐇𝐞𝐫 𝐭𝐡𝐨𝐫𝐧 ☑
Misterio / Suspenso• polis atau pencuri? - kau rasa? 𝐒𝐨𝐧𝐠 𝐉𝐢-𝐡𝐲𝐨 : Oh Ha-na 𝐕 : Kim Tae-hyung Genre : Police & Thief