11. 2019 | Bodyguard
📍Lavender Hospital
Miyako tiba dihospital. Miyako dapat tahu tentang kecederaan Ha-na ketika bertugas. Miyako berlari mendapatkan bilik Ha-na setelah mendapatkan maklumat dari kaunter pertanyaan.
Miyako sampai di depan bilik Ha-na, tapi bukan Ha-na yang berada dibilik itu melainkan Hiroshi yang sedang duduk membaca novel. Hiroshi melihat wajah manusia yang muncul dari pintu bilik itu.
"Macam mana dengan keadaan Ha-na unnie?" Miyako terus bertanya tentang Ha-na. Hiroshi tersenyum sinis mendengar soalan Miyako. Hiroshi memandang tajam wajah Miyako, tidak langsung menjawab soalan Miyako.
"Tak penting pun untuk kau tahu." Hiroshi menyambung kembali aktiviti membacanya yang tergendala tadi. Miyako mendekatkan jarak dengan Hiroshi.
"Apa maksud oppa ni? Ha-na unnie tu dah macam kakak kandung saya lah." Miyako cuba mempertahankan diri. Hiroshi menutup kasar novelnya. Tidak berniat untuk membaca lagi.
"Ya, kakak kandung yang sanggup kau bunuh demi seorang lelaki." Mata Hiroshi fokus dengan wajah Miyako ketika ini.
"Maafkanlah saya, oppa. Saya terpengaruh dengan perkara buruk masa tu." Miyako melutut merasa serba salah.
"Kau ni bodoh ke? Kau sepatutnya minta maaf pada Ha-na. Bukannya aku." Hiroshi berkata kasar dengan gadus dihadapannya.
"Ha-na unnie dah maafkan sayalah." Miyako mengujar tenang.
"Sebab dia tak tahu kenapa kau minta maaf masa tu. Kalau dia dapat tahu yang kau pernah cuba bunuh dia dulu, aku yakin dia pun takkan terima apa yang kau cuba lakukan pada dia."
"Oppa, tolonglah." Miyako merayu sekali lagi.
"Jangan nak oppa kan aku. Aku benci dengar benda tu dari mulut pembunuh." Kata Hiroshi tanpa memadang wajah Miyako lalu keluar dari bilik Ha-na.
"Baiklah, saya akan buat semua orang bencikan Ha-na." Miyako bergumam jahat. Dia tak suka bila semua orang sukakan Ha-na.
Hiroshi tidak dapat mendengar kata-kata Miyako yang terakhir. Hiroshi membuka pintu untuk keluar, kebetulan Ha-na juga berada di depan pintu ingin masuk ke biliknya.
Sebenarnya, Ha-na dari tadi lagi berdiri di depan pintu biliknya. Dia tidak masuk kerana terdengar suara pergaduhan dari luar. Ha-na mendengar jelas semua topik pergaduhan Hiroshi dan Miyako.
"Eh, Ha-na." Hiroshi agak terkejut ketika bertembung dengan Ha-na.
"Eo? Oppa nak ke mana?" Ha-na bertutur lembut diselit dengan senyuman.
"Nak ke kafeteria sekejap. Nak beli minuman untuk basahkan tekak." Ucap Hiroshi sambil memegang lehernya.
"Oh okay." Ha-na hanya mengangguk lalu bergerak masuk ke biliknya.
"Miyako. Bila sampai?" Ha-na menegur gadis yang masih berdiri di tengah bilik itu.
"Baru saja, unnie. Macam mana tangan unnie, teruk ke?" Miyako bertanya dengan nada risau, mungkin.
"Taklah teruk sangat. Alololo, Miyako risaukan unnie ke?" Ha-na tersenyum lalu menekup lembut pipi Miyako yang comel buat Ha-na.
"Mestilah, Miyako risaukan unnie." Api dendam Miyako pada Ha-na terpadam lagi sekali. Miyako sendiri hairan kenapalah dia berani sangat cuba bunuh wanita ini dulu. Wanita yang terlalu baik ini.
"Cepat juga Miyako sampai ke sini dari Jepun. Miyako naik apa?"
"Miyako berlari dari Jepun ke sini." Ha-na tergelak mendengar kata-kata Miyako.
YOU ARE READING
𝐇𝐞𝐫 𝐭𝐡𝐨𝐫𝐧 ☑
Mystery / Thriller• polis atau pencuri? - kau rasa? 𝐒𝐨𝐧𝐠 𝐉𝐢-𝐡𝐲𝐨 : Oh Ha-na 𝐕 : Kim Tae-hyung Genre : Police & Thief