6. 2019 | Diamond ring
17 tahun kemudian
Paparan berita terkini di siarkan pada wajah televisyen.
"The Purple House yang dimiliki oleh En. Im Su-ro iaitu orang keempat terkaya di Korea telah diceroboh malam semalam. Rakaman cctv tidak dapat dikesan, ia dipercayai telah dirosakkan sebelum kejadian pencerobohan itu berlaku lagi.
Tiada kerosakan lain mahupun kemalangan yang terjadi ketika itu. Hanya cincin berlian isteri kepada Encik Im Su-ro sahaja yang hilang. Pihak polis sedang melakukan penyiasatan lanjut.
Tetapi pencuri itu meninggalkan beberapa klu ditempat cincin tersebut disimpan sebelum dicuri. Klu itu termasuklah sekuntum mawar putih dan banyak perkara lain lagi. Salah satu klu itu lagi adalah nota yang bertaip.
Nota :
Berhenti rasuah 'orang dalam' untuk kepentingan diri sendiri.
Love, Kaito Rose.
Rincian perkara lain masih diselidik oleh pihak polis. Identiti pencuri itu masih belum dikenal pasti. Kita beralih pula kepada kes pembunuhan pagi tadi. Seorang kanak-kanak........................"
Bunyi suara tv dikurangkan oleh pemilik menggunakan alat kawalan jauh kerana tidak berminat ingin mendengar berita. Ha-na menarik kerusi berdekatan kitchen counter lalu duduk. Segelas kopi yang baru seja dibuat, dihirup sedikit. Kopi itu menyegarkan dirinya dari penat semalam.
"Macam mana kerja unnie sekarang?" Tanya Miyako, seorang wanita kelahiran campur Korea-Jepun yang sedang duduk di sofa berhadapan dengan tv. Mata Miyako sibuk membaca majalah harian.
Ha-na mengambil roti bakar dari piring kecil lalu digigit dengan gigitan besar. Kunyahan terhenti sebentar untuk menjawab soalan Miyako.
"Okay saja. Tiada masalah." Jawab Ha-na lalu menyambung untuk mengunyah roti bakarnya.
"Macam mana keadaan unnie sekarang?" Mata Miyako beralih pula untuk menatap wajah Ha-na.
"Sihat! Miyako nampak unnie sakit ke sekarang ni?" Mulut Ha-na memberi jawapan, tapi matanya fokus pada telefonnya.
"Tak nampak sakit. Tapi unnie nampak pucat. Unnie cukup makan ke dekat sini? Kalau unnie penat kerja, unnie rehatlah sekejap." Miyako terlalu fokus pada pembacaannya.
"Tak boleh, Miyako. Unnie mesti kerja. Unnie perlu kerja, untuk Se-hun juga." Mata Ha-na sudah beralih fokus kepada wajah Miyako.
"Kalau unnie perlu duit, appa dan okaasan boleh kirimkan duit pada unnie."
Appa - Ayah (Korea) •
Okaasan - Ibu (Jepun) •"Unnie tak boleh terus berharap pada harta appa dan okaasan. Unnie dah dewasa. Lebih baik unnie usaha sendiri."
"Miyako tak halang unnie untuk bekerja. Tapi, tolong jaga kesihatan unnie. Kalau appa dengan okaasan dapat tahu unnie sakit. Miyako yakin, mereka sendiri akan datang sini dan heret unnie pulang ke Jepun."
"Janganlah Miyako risau ya. Unnie sihat. Wajah unnie pucat sekarang ni, mungkin sebab unnie makan tak menentu kot."
Sebenarnya wajah Ha-na pucat sebab dia sudah 3 hari tak tidur. Ada kes baru yang membuat dia tidak tenang. Tetapi, jika dia beritahu pada Miyako, Miyako pasti beritahu pada appa dan okaasan. Makin risaulah mereka pada Ha-na. Jadi lebih baik tipu sikit.
"Miyako nasihat sikit je. Malam ni, Miyako dah pulang ke Jepun. Tak dapat dah jaga unnie." Miyako mengubah suaranya jadi sendu.
"Baguslah tu. Balik cepat. Rasa meluat pula Miyako tinggal sini lama-lama." Ha-na menekan ayatnya, seperti marah. Ha-na cuba untuk bergurau sebenarnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐇𝐞𝐫 𝐭𝐡𝐨𝐫𝐧 ☑
Misterio / Suspenso• polis atau pencuri? - kau rasa? 𝐒𝐨𝐧𝐠 𝐉𝐢-𝐡𝐲𝐨 : Oh Ha-na 𝐕 : Kim Tae-hyung Genre : Police & Thief