9. 2019 | Fall in Love II
📍Balai Polis Seoul
¦ Bilik Soal Siasat
Di dalam bilik itu, terdapat 3 kerusi dan satu meja. Hiroshi dan Tae-hyung duduk bersebelahan berhadapan Im Su-ro, melakukan soal siasat. Ha-na dan Nam-joon berada diluar.
"En. Im Su-ro, boleh jelaskan gambar-gambar ni?" Hiroshi menyuakan beberapa keping gambar dimana Im Su-ro seperti berbincang sesuatu dan menyerahkan paket uang kepada beberapa orang.
"Saya tak tahu. Ini semua mesti kerja orang tak berguna. Saya tak pernah memberi rasuah." Jawab Im Su-ro senada.
"Apalah guna En. Im Su-ro menipu lagi? Kami sudah ada semua maklumat." Tae-hyung cuba bersuara.
"Kamu tahukan peguam saya siapa? Saya tetap akan menang walaupun banyak bukti yang kamu tunjukkan." Im Su-ro berkata sangat yakin.
"Kali ini, saya tak rasa Encik akan menang." Hiroshi pula bersuara.
"Kenapa pula kamu berkata begitu?"
"Bukti kali ni terlalu kukuh. Bukti yang kami dapat ni takkan goyah walau macam mana pun peguam En. Im Su-ro cuba putar belit cerita." Hiroshi menyambung.
"Tak mungkin. Saya yakin saya akan menang " Im Su-ro sangat yakin.
"Teruskanlah untuk memanipulasi Im Su-ro." Hiroshi memandang wajah Kim Su-ro dengan wajah tak puas hati.
"En. Im Su-ro tahu tak yang bukti kali ni bukan membawa satu kes saja?" Tae-hyung berkata sambil tersenyum sinis.
"Apa maksud kamu?" Im Su-ro memaparkan wajah sedikit terkejut mendengar kata-kata Tae-hyung.
Hiroshi dan Tae-hyung keluar dari bilik soal siasat. Im Su-ro di bawa keluar dari bilik soal siasat. Penangkapan belum boleh dibuat atas sebab kes masih dalam siasatan. Tetapi Im Su-ro akan di senarai hitam dari semua pengangkutan awam ataupun persendirian untuk memastikan dia tidak melarikan diri.
"Cincin yang dicuri bukanlah milik Im Su-ro." Nam-joon memberi maklumat tentang cincin itu.
"Apa maksud kau/sunbae?" Tae-hyung dan Ha-na berkata serentak.
"Tiada maklumat tentang cincin itu adalah milik keluarga Im Su-ro atau Im Su-ro ada melakukan urus beli cincin berlian itu dimana-mana kedai." Hiroshi cuba menguraikan.
"Pemilik sebenar cincin tu datang ke balai sekitar jam 7:00 pagi tadi." Na-joon menyambung kata-katanya.
"Huh?" Tae-hyung dan Ha-na betul-betul tak faham situasi.
"Oh ya. Korang berdua pergi belikan kitorang sarapan tadi. Jadi, korang tak sempat jumpa dia." Hiroshi baru teringat.
"Kenapa tak call kitorang untuk pulang ke balai? Kitorang pun nak tahu wajah dia." Tae-hyung sedikit tak puas hati.
"Saja. Tak nak kacau korang dating." Nam-joon kata.
"Sejak bila pula kitorang dating ni?" Tae-hyung masih menunjukkan wajah tak puas hati.
"Lagipun kalau pasal wajah dia ja, aku ada ambil gambar dia tadi guna telefon aku." Nam-joon sambung. Nam-joon mengeluarkan telefonnya dan menunjukkan wajah lelaki itu.
"Nama dia Park Seo-joon berumur 30 tahun. Cincin itu adalah pemberian appa Park Seo-joon kepada ommanya sebelum appa Park Seo-joon meninggal. Mereka bercadang untuk pajak gadai cincin tu kerana mereka sangat memerlukan wang. Tetapi bos Seo-joon iaitu Im Su-ro memberi cadangan lain. Dia bercadang untuk menukarkan jumlah yang lebih tinggi kepadanya berbanding pajak gadai." Hiroshi menghurai panjang.
YOU ARE READING
𝐇𝐞𝐫 𝐭𝐡𝐨𝐫𝐧 ☑
Gizem / Gerilim• polis atau pencuri? - kau rasa? 𝐒𝐨𝐧𝐠 𝐉𝐢-𝐡𝐲𝐨 : Oh Ha-na 𝐕 : Kim Tae-hyung Genre : Police & Thief