❏ FOUR | NEWS

135 21 7
                                    

4. 2002 | News

📍BTS's Mansion

Pintu utama rumah mereka terkuak. Wajah ceria Tae-hyung muncul dari balik pintu itu. Dia melompat riang sambil berjalan ke arah sofa. Mereka bertujuh semua berkumpul di ruang tamu ketika itu. Semua orang kecuali Tae-hyung sedang layan rancangan tv. Tae-hyung melompat lalu duduk di sofa. Wajahnya terpampang teruja.

"Jadi, siapa nama dia?" Nam-joon bersuara melihat wajah ceria Tae-hyung.

Tae-hyung memperbetulkan duduknya. "Rose. Kaito Rose." Tae-hyung tersenyum gembira.

"Dia bukan asal Korea ke?" Seok-jin turut merasa pelik mendengar nama gadis itu.

"Entah. Dia cakap nanti dia beritahu semua perkara. Tapi, bukan sekarang."

"Kaito Rose? Dimana aku pernah dengar nama tu?" Jung-kook bergumam.

"Apa yang kau kumurkan?" Yoon-gi hairan dengan perlakuan Jung-kook.

"Jung-kook rasa pernah dengar nama tu sebelum ni." Jung-kook berusaha untuk mengingat dimana dia pernah dengar nama itu.

"Tak mungkinlah. Kau mana pernah jumpa dia sebelum ni." Ji-min membuat wajah tak percaya.

"Betul, hyung. Jung-kook pernah dengar nama tu." Jung-kook masih cuba pertahanan pendapatnya.

"Dimana Jung-kook pernah dengar? Berita?" Ho-seok pun tidak percaya dengan kata-kata Jung-kook.

"Berita? Ya, hyung. Dari berita." Jung-kook baru teringat.

"Mengarutlah." Tae-hyung pun rasa Jung-kook mengarut.

"Kejap. Jung-kook cuba google. Nah, cuba hyung nampak ni." Jung-kook jumpa bukti kepada pernyataannya.

Online News

Kaito Rose adalah seorang pencuri perempuan tercekap. Dia dikenali dengan nama Kaito Rose kerana Kaito bermaksud pencuri dalam bahasa Jepun. Dan Rose adalah bunga yang dia tinggalkan ditempat kejadian sebelum dia pergi.

Baru-baru ini, dia telah menceroboh beberapa kedai dan rumah pengumpul berlian. Tetapi, tiada kecurian dan kecederaan yang berlaku. Dia dipercayai sedang mencari sesuatu. Identiti sebenarnya belum diketahui. Pihak polis masih menyiasat motif pencerobohan Kaito Rose.

"Ini ada gambar dari rakaman CCTV dari salah satu kedai yang berdekatan rumah diceroboh 2 hari lalu. Ini adalah bayangan Kaito Rose. Identiti sebenarnya masih belum dikenalpasti. Berita seterusnya........." Pembaca berita bersuara.

End of News

"Tae-hyung. Lebih baik Tae jangan jumpa dengan dia lagi selepas ni." Seok-jin sayu berkata-kata.

"Tak mungkin dia mencuri." Tae-hyung tidak dapat percaya dengan apa yang baru saja dia lihat.

"Tae, maaflah kitorang yang dorong Tae untuk dekatkan diri dengan dia haritu. Tapi lepas tahu semua ni, lebih baik korang tak berjumpa lagi." Nam-joon pun bersuara lemah.

"Ya, Tae. Untuk keselamatan Tae juga." Ji-min pula bercakap.

"Dia gadis yang baik, hyung. Tae tak percaya dengan berita tu." Tae-hyung masih terkejut.

"Tak mungkinlah berita tu salah."  Ho-seok pula yang mencuba untuk memujuk Tae-hyung.

"Tae yakin berita tu salah." Air mata mengalir dengan tipis di pipi Tae-hyung.

"Tae takkan tinggalkan Rose. Sampai bila-bila pun. Walaupun orang yang cuba memisahkan kami adalah awak semua." Tae-hyung meninggalkan mereka berenam di ruang tamu. Dia berlari ke bilik tidurnya.

𝐇𝐞𝐫 𝐭𝐡𝐨𝐫𝐧 ☑Where stories live. Discover now