Prolog

91 3 2
                                    

Akan ku pulangkan apa yang bukan milikku. Ungkapan inilah yang menjadi kekuatan untuk Reihana meneruskan kehidupannya. Ukiran kayu yang terukir huruf R dan M disentuh lembut olehnya sambil teringat akan keputusan nekadnya malam tadi.

" Kamu dah fikir masak-masak ke sebelum kamu buat keputusan ini. Ini bukan hal main-main!" Tinggi nada suara Encik Hamizan. 

Marah dan geram akan kehendak anaknya itu. Tapi dia tahu Hawa Reihana tidak akan membuat keputusan tanpa berfikir sadalam-dalamnya. Namun manusia sentiasa akan ada khilafnya. Dia tidak mahu hidup anak gadisnya musnah buat kali kedua.

" Kakak nekad ayah. Kakak tak mampu lagi teruskan semua ni. Maaf andai kakak musnahkan lagi hati mak dan ayah. Tapi kakak tak mahu menjalani hidup seperti ini lagi. Penuh kepura-puraan. Untuk apa teruskan hubungan ini kalau hati kami tak merasakan kedamaian. Bukti- bukti ini akan bersihkan nama baik kita sekeluarga. Kakak bertahan selama ini sebab kakak tiada bukti kukuh untuk bersihkan nama kakak. Sokonglah keputusan kakak mak, ayah. Kali ini kakak benar-benar nekad." rayu Reihana. 

Air mata bukan saja membasahi pipinya tapi juga adiknya Heiza Rafanda seolah merasakan keperitan yang dialami kakaknya selama hampir setahun ini.

"Jika inilah yang kamu katakan boleh membahagiakan kamu. Mak turutkan. Ayah kamu juga sama. Kami ibu bapa hanya inginkan yang terbaik untuk kamu. Jika inilah takdirmu nak, mak dan ayah pasrah." sayu suara Puan Ruqayah. 

Bisa dirasakan kesedihan dalam ungkapannya. Encik Hamizan juga hanya mengangguk sambil tangannya mengusap lembut kepala Reihana, tanda setuju.

Bukan niat Reihana untuk membuat onar dihati ibu dan ayahnya. Apakan daya dari awal perkahwinannya juga bukanlah berita bahagia untuk mereka sekeluarga. Tapi Encik Hamizan dan Puan Ruqayah sangat mengharapkan bahagia hadir dalam perkahwinan 'express' anaknya ini.

Setahun ikatan ini disimpul dengan restu kedua belah pihak , namun hubungan Hawa Reihana dan Aidan Fadh tak pernah seperti suami isteri yang normal. Hubungan mereka tak pernah lebih daripada hubungan persahabatan, lagipun itulah perjanjian antara mereka berdua. 

Selesai urusan pernikahan, Fadh merapatinya dan berbisisk:

"Kau hanya isteri di atas kertas. Aku tak mungkin terima kau sebagai isteri. Jangan pernah lupa. Perkahwinan ini hanya demi maruah keluarga walupun sebenarnya ini hanya alasan." Kata-kata Fadh yang sedang menahan marah benar-benar mengguris hatinya. 

Namun ketika itu dia juga tidak pernah setuju untuk berkahwin, jadi dia turuti sahaja sehingga hari ini.

Demi JanjiWhere stories live. Discover now