TERTULISNYA TAKDIR KITA : BAB 3

857 25 0
                                    

           SARAH dan Syazana tiba di KLIA awal dari waktu penerbangannya yang dihantar oleh Arif seawal 8 pagi.Kebiasannya,penumpang perlu tiba di balai perlepasan dengan lebih awal. Sarah dan Syazana teruja. Inilah, pertama kali mereka bercuti bersama. Dan kali ini, hanya mereka berdua. Sarah melihat Syazana mengambil gambar selfinya di setiap bahagian. Sarah tersenyum seketika.

"Wehh, kau ni, tak habis-habis lagi ke?". Sarah bersuara apabila melihat kawannya Syazana yang khusyuk mengambil gambar.

"Sabarlah. Kau ni, kecoh betullah. Dari mulut kau membebel kat situ, baik kau tolong ambilkan gambar aku". Syazana menghulurkan telefon bimbitnya pada Sarah.

"Malaslah aku layan kau. Baik aku duduk. Letih aku". Sarah duduk di bangku yang tersedia disitu.

Syazana memuncung dan duduk disisi Sarah.

"Ishh.. lambat lagi ke?". Syazana mengeluh.

"sabarlah. Bawak bertenang". Ujar Sarah sambil mengeluarkan earphone untuk mendengar lagu.

Pintu perlepasan dibuka. Mereka terus menarik bagasi untuk memasukki pintu tersebut dan sepanjang itulah mereka di periksa oleh pegawai disana termasuk bag bagasi yang diletakkan di atas mesin pengimbas. Selesai sahaja melepasi kawasan tersebut mereka merakam video yang akan diedit oleh Sarah untuk dimasukkan ke dalam Instagram .Mereka duduk di tempat yang sudah pun ditempah. Syazana dan Sarah memakai tali pinggang yang di ajar oleh pramugari di hadapan mereka.Kapal terbang berlepas ke destinasi yang bakal dituju.

Mereka tiba di KLIA, Langkawi tepat pada masanya. Semua penumpang turun dan mengambil bag bagasi di kaunter mesin yang dikhaskan untuk membawa bag bagasi dari kargo ke pintu keluar. Sarah dan Syazana menarik bag bagasi mereka dan berjalan untuk ke pintu keluar .Tiba-tiba,Sarah menarik tangan Syazana menahannya dari terus berjalan.

"Ana! Ana!". Sarah memanggil dan menarik Syazana.

"Kenapa? Kau ni kan. Terkejut tahu tak?". Ujar Syazana dalam keadaan terkejut apabila tangannnya ditarik sebegitu.

"Sorry.. aku nak pergi tandas. Tak tahan". Pinta Sarah sambil mengepit kedua belah kakinya

"Haa.. pergilah. Situ ada tandas". Syazana menjuihkan bibirya menunjuk ke arah tandas.

"Tunggu jap, tau? Jangan pergi mana-mana". bicara Sarah dan pergi ke tandas yang ditunjuk oleh Syazana.

Selesai Sarah membasuh tangan, dia pantas melangkah keluar. Sedang dia melihat sekeliling untuk melihat persekitaran, alangkah terkejutnya dia apabila melihat susuk tubuh yang sangat dia kenali. Ya, dia mengenali susuk tubuh sasa dan tinggi itu. Itu adalah Khaleel, bekas kekasihnya.

"Tak mungkin! Ttt..tapi, kenapa dia ada dekat sini?". Sarah kebinggungan. Dia menundukkan wajahnya ke bawah dan pantas dia berjalan ingin menuju ke arah Syazana.

Sedang dia berjalan, ada susuk tubuh seseorang dilanggarinya dan barang yang dipegang oleh pemuda tersebut terjatuh. Sarah terkejut.

"Encik.. saya minta maaf". Sarah segera meminta maaf dan mengambil barang tersebut untuk memulangkan kepada pemuda tersebut.

Tinggi lelaki tersebut membuatkan Sarah mendongak kepalanya.

"Mata kau letak kat mana? kat kepala lutut ke?". Ujar lelaki tersebut. Dia merampas barang yang dipegang Sarah.

Sarah mengerutkan dahinya. Dia sedikit kebinggungan terhadap lelaki tersebut. Bukan dia tak minta maaf, dia sudah pun meminta maaf. Tetapi, lelaki ni tiada adab pula.

Tertulisnya Takdir Kita [ COMPLETED] ✔️Where stories live. Discover now