TERTULISNYA TAKDIR KITA : BAB 19

697 14 0
                                    

                         Sallehzul membuka skrin telefonnya apabila deringan telefonnya berbunyi menandakan seseorang menghubunginya. Dia pantas bangun dan menjawab panggilan tersebut.

"Assalammualaikum Zul. Aku dah tangkap budak ni. Dia ada dengan aku". Ujar Hilmi cemas.

"Waalaikumussalam. Kau dah tangkap? Baik, bawa dia jumpa aku. Nanti aku bagi location Aku bersiap sekejap. Aku baru bangun ni". Balas Sallehzul pantas dia turun dari katil.

"Baik. Nanti aku dengan Syahrul kesana". Ujar Hilmi dan mematikan panggilan.

Sallehzul menekan skrin di telefonnya untuk memberi lokasi yang akan menemukan dia dengan lelaki yang menelefon pejabat agama tempoh hari semasa dirinya dan Sarah diperangkap. 'Nahas kau budak aku kerjakan'. Ujar Sallehzul sendirian dan bergegas mencapai tuala mandinya untuk bersiap berjumpa dengan Hilmi dan Syahrul.

Setelah selesai Sallehzul bersiap, dia membuka pintu biliknya dan mendapati Sarah Alisha berada di sofa sedang menonton filem di telefon bimbitnya. Sallehzul melihat pipi Sarah sedikit merah. Dia hanya mengabaikan Sarah Alisha dan pergi ke arah pintu. Bukan dia tidak mahu menegur. Cumanya, dia mahu cepat untuk menemui Hilmi dan Syahrul.

Sarah Alisha mengangkat mukanya dan melihat Sallehzul yang ingin keluar. Dia pantas bangun dari sofa dan menuju ke arah almari kasut berdekatan pintu untuk menyalam tangan suaminya. Walaupun dia masih dibayangi peristiwa semalam, dia tidak mahu mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Sarah menghulurkan tangannya untuk salam. Sallehzul menyambut huluran tangan tersebut dan mengucup dahi isterinya.

"Awak tak makan dulu? Saya dah masak". Ujar Sarah menahan perasaannya. Dia hanya membiarkan sahaja. Sallehzul hanya menggeleng.

"Saya dah lambat. Ada hal". Balas Sallehzul bersahaja.

Sallehzul pantas berlari ke arah lif sementara terbuka. Sampai sahaja dia di tingkat bawah dia terus menuju ke arah kereta miliknya.Keretanya memecut laju meninggalkan apartment tersebut.

Sallehzul datang tepat pada waktunya. Dia memilih restoran 5 bintang yang terletak berdekatan di sekitar kawasan rumahnya. Dia sudah melihat Himi, Syahrul dan seorang lagi lelaki bersama mereka.Mungkin lelaki itu Farhan seperti yan diperkatakan oleh Hilmi. Duga Sallehzul.

Inilah masa yang ditunggu oleh Sallehzul. Dia mahu tahu kebenaran dan menyelesaikan segalanya secepat yang mungkin. Agar dia bisa melepaskan Sarah kepada Ariff.

Namun, adakah hati Sallehzul benar-benar mahu melepaskan Sarah? Dia sendiri tidak pasti tentang isi hatinya.

Sallehzul datang dan berjabat tangan mereka bertiga lalu duduk di hadapan mereka.

"Aku taknak cakap banyak. Kau pun mesti tahu kenapa anak buah aku tangkap kau kan?". Soal Sallehzul sebagai pembuka bicara.

"Aku tak faham. Kenapa kau tangkap aku?". Soal pemuda tersebut dengan dahinya yang sengaja dikerutkan. Dia berpura-pura menanyakan soalan.

"Kau jangan buat-buat tanyalah. Disebabkan kau lah hidup orang lain hancur!!". Marah Syahrul. Berang pula dia melihat Farhan.

Farhan sudah mengagak perkara ini akan berlaku. Menyesal pula dia menerima tawaran yang diberikan Khaleel. Kalau dia sendiri tahu akan ditangkap oleh mereka, masakan dia juga tak mahu.

"Aku takda masa nak cakap banyak. Kau yang call pejabat agama masatu, kan?" . Soal Sallehzul inginkan kepastian.

"Errr...." Kata-kata Farhan bagaikan tersekat di kerongkong. Peluh membasahi dahi walaupun di situ terdapat penghawa dingin. Bagaimanalah mereka boleh menemuinya. Dia baru ingin memulakan kehidupan baru dan menyesali perbuatan rasuah yang diterima daripada Khaleel Alee.

Tertulisnya Takdir Kita [ COMPLETED] ✔️Where stories live. Discover now