TERTULISNYA TAKDIR KITA : BAB 4

760 23 2
                                    

                 KHALEEL mengekori kereta yang dipandu Syazana sejak di airport.Akhirnya dia sudah mengetahui dimana penginapan yang diduduki Sarah dan Syazana. Dia memberhentikan kereta jauh dari hotel agar Sarah tidak dapat melihatnya. Dia duduk di dalam kereta dan melihat Sarah dan Syazana keluar dari hotel penginapannya.

'Nak pergi mana dorang ni?' desis Khaleel.

Khaleel menurunkan sedikit topi untuk melindungi wajahnya apabila melihat kereta yang dipandu Syazana lalu dihadapannya. Kereta tersebut berlalu pergi. Khaleel turun dari kereta memasuki ruangan lobby di dalam hotel dan menuju kearah kaunter pertanyaan.

Dia disambut dengan senyuman oleh seorang kakitangan bernama Farhan.

"Dik?, boleh abang tanya sesuatu?" soal Khaleel sambil memandang kiri dan kanan.

Ternyata staff yang lain, tiada. Senang aku buat kerja. Khaleel berkata di dalam hatinya.

"Ya bang? Ada apa yang boleh saya bantu abang? Nak sewa bilik ke? Maaf bang, hotel sudah pun penuh" ujar Farhan tersenyum

"Tak, dik. Abang nak tanya ada tak bilik yang ditempah atas nama Sarah Alisha atau Syazana?" tanya Khaleel kepada Farhan.

"Maaf bang. Peraturan kami disini tidak dibenarkan untuk memberi apa apa maklumat kepada orang luar". Bicara Farhan perlahan.

"Kalau dengan ini?" Khaleel mengeluarkan sepucuk surat dan diletakkan dihadapan Farhan.

"Dalam ni, ada RM5000. Aku tahu, kau mesti perlukan duit kan? Lagi tengah tengah bulan. Kerja kau senang je. Kau bagi aku maklumat dan kau ikut apa yang aku suruh. Kau dapat akan dapat duit ni, senang kan?" ujar Khaleel kepada Farhan.

Farhan dihimpit rasa bersalah. Sama ada amanah atau duit. Dia kebinggungan. Tapi, masakan dia perlu menolak tawaran sebegitu. RM5000 bukan sedikit nilainya, banyak. Lebih dari duit gaji. Desis Farhan

"Apa yang boleh aku bantu kau, Untuk dapatkan duit ni?" ujar Farhan.

Khaleel tersenyum sinis, dia sudah dapat mengagak perkara ini. Sesiapa pun akan tertewas jika ditabur dengan duit. Walau kata orang duit bukan segalanya. Tetapi, segalanya memerlukan duit.

"Tak best bincang dekat sini. Bincang kat tempat lain?" ajak Khaleel. Dia risau kalau kalau Sarah dan Syazana balik.

Farhan memanggil staff lain untuk menggantikan tempatnya. Dia menukar pakaian kerjanya ke baju biasa. Dia terus membawa Khaleel ke luar untuk berbincang.


Selesai Sarah dan Syazana keluar bersiar siar. Syazana meletakkan kereta di hotel penginapan mereka. Mereka keluar dengan berjalan kaki untuk ke Pantai di hadapan hotel yang mereka duduki.

Sarah dan Syazana melalui gigi air yang berombak kecil.Sarah menarik nafas dan menghembusnya perlahan. Terdengar keluhan daripada mulutnya.

"Sarah? Kau kenapa, ni?" soal Syazana yang mulai risau dengan sikap Sarah.

"Tak.. macamni.." belum sahaja Sarah mahu menghabiskan ayatnya, tubuhnya melanggari tubuh seseorang lalu terjatuh.

"Adoiii.. Sakitnya punggung aku, Ana" Sarah mengadu sambil menggosok punggungya dan pantas bangun.

"Wehh, tak nampak orang ke?" teriak Syazana dan membantu Sarah bangun.

"Kau tu yang tak nampak orang. Aku rasa mata kau memang letak dekat kepala lutut lah sejak dari kau langgar aku dekat airport tadi" ujar lelaki tersebut membetulkan topinya dan berlalu pergi.

"Alamak!! Kau dah langgar orang, kau minta maaflah. Ni, belah macam tu je? Dasar lelaki pengecut". Jerit Syazana kepada lelaki yang sudah berlalu pergi tu.

Ramai mata memandang kearah mereka.

"Dah.. Jom, Ana? Dahlah, abaikan je. Lelaki macamtu takyah layan". Ujar Sarah.

"Tadi dia kata pasal airport? Ada apa-apa yang terjadi ke?" soal Syazana.

"Ana, dah nak maghrib ni. Jom kita balik hotel dulu. Mandi mandi, solat Jemaah sama sama dan kita baru boleh borak, okay?" bicara Sarah dan terus berjalan.

Syazana mengekori dari belakang .

"Tengok perangai kau. Suka sangat cerita tak habis, belah macamtu je. Sakit betul hati aku. Aku tahu, kau kena cerita semua tauu. Kalau tak, tahulah nasib kau, esok." Ugut Syazana

"Kenapa dengan esok?" Sarah memusingkan badannya menghadap kearah Syazana dan mengangkat keningnya.

"Aku tinggalkan kau sorang sorang lah. Biar aku je jalan esok. Kau tinggal kat hotel sorang sorang" ujar Syazana dan berlari meninggalkan Sarah.

Sarah yang menyedari dia ditinggalkan oleh Syazana pantas berlari laju. Sudahlah waktu maghrib ingin tiba. Nak ajak main kejar- kejar pula. Desis Sarah.

Sedang mereka bergurau senda, Khaleel memerhati dari jauh. Dia tersenyum sendirian.

"Tak lama lagi, kau akan jadi milik aku, Sarah. Masatu hanya kita berdua". Bicara Khaleel sendirian dengan senyuman sinis.

Tertulisnya Takdir Kita [ COMPLETED] ✔️Where stories live. Discover now