TERTULISNYA TAKDIR KITA : BAB 13

751 16 0
                                    

                          "Aku nak kau cari siapa dalang kerja ni Mi, Rul". Ujar Sallehzul kepada lelaki yang sentiasa dia akan meminta tolong untuk mencari maklumat.

"Aku akan bayar berapa je yang kau orang minta. Aku nak tahu siapa perangkap aku". Sambung Sallehzul lagi.

"Aku macam pelik cerita kau ni. Kau mabuk masatu, Zul. Jadi, terang lagi bersuluh tu salah kau sebab salah masuk bilik perempuan tu". Ujar seorang lelaki yang memakai t-shirt jenis polo berkolar dan memakai kaca mata hitam yang digelar Syahrul.

"Betul tu, Zul. Kau nak salahkan siapa lagi?". Ujar seorang lagi yang dikenali sebagai Hilmi.

"Kau orang nak tolong aku ke tak? Kalau tak boleh, aku cari orang lain je untuk selesaikan masalah ni. Aku memang tahu salah aku.

But, korang boleh fikir tak? Kenapa secara tiba tiba Jabatan Agama datang serbu bilik tu je. Aku ulang bilik Sarah je". Balas Sallehzul geram.

"Ya, lekk lah, Zul. Kita orang saja je bergurau dengan kau. Kau jangan emo macam ni. Kita orang kerja bawahan kau lama dah. Kita orang akan cari sampai dapat siapa dalang tu". Ujar Syahrul sambil menghirup teh o ais limau yang di ordernya.

"Kalau kau dapat, siapa dalangnya tu kau nak buat apa dengan orang tu? Sarah pula macam mana?". Ujar Hilmi perlahan.

"Aku nak tahu lah motif dia apa? Nanti itu aku siasat. Aku nak kau pergi dekat hotel yang aku menginap tu.

Dan aku nak kau cari siapa pun orang dalam tu untuk tahu maklumat. Kalau ada cctv lagi bagus untuk kita dapat tahu". Balas Sallehzul.

"Sarah macam mana pula?". Ujar Syahrul.

"Aku tak fikir lagi buat masa ni pasal dia. Yang aku cadangkan aku letak syarat lepas 6 bulan aku akan ceraikan dia". Balas Sallehzul sambil berpeluk tubuh.

"Kau gila ke, Zul? Kau ingat perkahwinan ni main main ke? Kau fikir apa ni? Kau tak kesian ke dekat dia?". Ujar Hilmi. Bengang pula dia apabila Sallehzul dengan mudah membuat syarat yang tidak masuk akal sebegitu.

"Aku tak cintakan dia, Mi. kau expect apa dari aku? Dah lah aku langsung tak kenal dia. Tak tahu dia jenis macam mana. Dia bukan type aku, Mi. kau kenal aku macam mana, kan?". Balas Sallehzul bersahaja.

Syahrul dan Hilmi hanya menggeleng kepala. Apakan daya dapat majikan sebegini perangainya.

Kalau Sallehzul kata A maka A lah dan jika sesiapa yang menukar ke plan lain alamatnya, mengamuklah dia.

"Aku nak nasihatkan kau jelah, Zul. Dalam islam takda langsung syarat yang tak masuk akal macam ni dalam perkahwinan. Mana tahu, dia memang takdir dari Allah untuk kau. Sarah tu, baik je aku tengok dia. Takda pula macam Shazleen tu. Kau berduit , baru dia nak". Ujar Syahrul dengan nada geram.

"Kau orang tahu mana dia baik? Cuba kau bagitahu aku. Dia belum tunjuk lagi perangai kan. Entah memang nak harta aku ke?". Balas Sallehzul dengan nada yang ditinggikan. Berang dia apabila Syahrul dan Hilmi seakan-akan menyebelahi Sarah.

"Baiklah bos. Kita orang nasihatkan kau je. Selebihnya, terserah pada kau lah nak buat apa". Ujar Syahrul sudah mula membuat muka bosan dengan sikap majikannya yang keras kepala itu.

Hilmi menepuk lengan Syahrul dengan perlahan dan menggelengkan kepalanya perlahan dengan isyarat agar Syahrul tidak lagi membahas kata-kata Sallehzul.

Syahrul menggangguk perlahan. Faham akan isyarat yang diberikan oleh Hilmi.

"Zul, kita orang nak gerak ni. Ada hal sikit". Ujar Hilmi apabila melihat Sallehzul begitu kusyuk meneliti telefon bimbitnya.

Tertulisnya Takdir Kita [ COMPLETED] ✔️Where stories live. Discover now