TERTULISNYA TAKDIR KITA : BAB 23

700 17 0
                                    

      Khaleel sudah pun melihat kelibat Syakir dari jauh di kedai mamak seperti yang di janjikan oleh Syakir sendiri. Terus dia mempercepatkan langkah menuju ke arah Syakir.

"Assalammualaikum..". Khaleel memberi salam dan duduk di hadapan Syakir.

"Waalaikumussalam.. " Syakir membalas salam Khaleel.

"Laju aje kau datang kan kalau cerita pasal Sarah. Kau nak order apa-apa tak? Sorrylah, aku dah order dulu. Aku haus". Ujar Syakir. Air yang dipesan sudah pun di atas meja. Khaleel membuat muka bosannya.

"Tak payah. Aku nak cepat, ni. Jap lagi aku balik nak meeting dengan klien pula. Kau nak cerita apa?". Soal Khaleel. Dia tidak mahu membuang masa.

"Pasal Sarah..". Ujar Syakir sambil menghirup air minumannya.

"Pasal apa?"

"Dia kena gantung kerja. Bergaduh dengan seorang perempuan". Ujar Syakir.

"Haaa??.. gantung kerja? Bergaduh sebab apa? Dah kenapa bergaduh pula? Dia tak pernah buat perangai macamtu! Perempuan tu buat apa dekat dia?". Bertubi-tubi soalan yang Khaleel lemparkan.

"Kau ni cuba sabar. Aku baru nak ceritalah ni"... Syakir menghirup sedikit air sebelum menyambung ayatnya.

"Aku dengar, perempuan tu kata yang Sarah rampas bf dia. Itu yang dia tak puas hati dengan Sarah. Dia ada kata lagi, Sarah sanggup perangkap lelaki tu untuk kahwin dengan dia". Jelas Syakir panjang lebar.

"Betul ke, Sarah perangkap lelaki tu? Atau dia diperangkap? Dia bukan dengan Ariff ke?". Soal Khaleel menginginkan kepastian.

"Aku taktahu pasal Ariff. Yang aku tahu, pasal cerita ni.. Sarah yang perangkap lelaki tu dan sekarang dia dah kahwin". Jawab Syakir.

"Tapi, sampai hati dia buat macamtu dekat aku dengan Ariff. Apa hebatnya lelaki tu? Apa kurangnya aku? Aku rasa, aku kenal suami dia. Haritu dia ada tumbuk muka aku.Waktu aku nak jumpa Sarah, mesti aku akan jumpa lelaki tu". Panjang lebar Khaleel bercerita.

"Lepastu, Sarah cekik perempuan tu sampai pengsan. Dan, ada seorang lelaki ni datang. Dia terus leraikan dan menjerit 'jumpa aku dekat rumah'. Aku rasa, itu suami dialah kot". Sambung Syakir lagi sambil mengacau minumannya.

"Aku rasa, perempuan tu mesti ex suami dia. Dia mesti nak lelaki tu balik". Duga Khaleel sambil tersenyum sinis.

Tiba-tiba sahaja dia mendapat idea untuk agenda jahatnya.

"Aku pun rasa macamtu. Kalau tak, takkanlah dia serang Sarah kan?". Tanya Syakir pada Khaleel.

"Iyalah.. Aku rasa, aku ada idea lah.." senyuman Khaleel sinis.

"Idea apa tu?". Soal Syakir ingin tahu.

"Aku nak jumpa perempuan tu. Tapi, nantilah. Sebab aku busy sikit kerja. Lepas selesai semua kerja, aku akan cari perempuan tu". Ujar Khaleel sambil tersenyum.

"Kau ada gambar perempuan tu?". Soal Khaleel.

"Ada. Aku sempat tangkap gambar. Aku bagi dekat whatsapp lah". Ujar Syakir lalu mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia membuka aplikasi whatsapp dan menghantar gambar Shazleen kepada Khaleel.

Khaleel membuka telefonnya dan melihat gambar yang diberikan Syakir.

'Cantik'. Desis hatinya. Dia tahu, pasti Sallehzul tidak menyukai Sarah. Ini kerana, rupa paras Shazleen jauh lebih cantik daripada Sarah.

Khaleel yakin, lelaki tersebut pasti tidak terniat di hati untuk memiliki Sarah sebagai isterinya dan terpaksa berkahwin dengan Sarah kerana mahu menutup malu keluarga mereka. Khaleel pasti dia akan menceraikan Sarah. Tapi, Khaleel mahu berjumpa dengan Shazleen terlebih dahulu untuk merangka rancangannya.

Tertulisnya Takdir Kita [ COMPLETED] ✔️Where stories live. Discover now