TERTULISNYA TAKDIR KITA : BAB 16

704 19 1
                                    

                             Tidak disangka Sarah, perkahwinannya dan Sallehzul 3 bulan sudah berlalu. Sallehzul banyak berdiam diri dari membincangkan soal hati dan perasaan. Dan, ini bermakna ada 3 bulan sahaja lagi sebelum mereka akan membuat haluan masing-masing.

Selepas sahaja peristiwa Khaleel mengacau Sarah, Sallehzul tidak lagi mengungkit atau bertanyakan Sarah. Mungkin, Sallehzul malas mahu mengambil tahu tentang Sarah, mungkin? Sarah hanya menghela lemah nafasnya.

Dan apabila mereka bersua muka di rumah atau di tempat kerja sekalipun, Sallehzul akan menjauhkan dirinya dari Sarah. Sarah perasan sejak dari peristiwa itu juga, Sallehzul balik lewat malam dan akan pergi ke tempat kerja awal dari kebiasaannya.

Apabila Sarah bertanyakan Syahir tentang Sallehzul. Semestinya, Syahir akan berkata "Sallehzul memang macamtu, Sarah. Awak jangan ambil hati sangat". Sarah menghela nafasnya kuat.

"Kau kenapa, Sarah? Monyok je muka kau tu? Nafas pun kuat semacam. Macam ada sesuatu yang kau sorokkan ke?". Soal Syazana yang kelihatan termengah-mengah ketika datang ke arah Sarah apabila berlari 6 pusingan taman jaya itu.

"Aku sedihlah, Ana". Ujar Sarah perlahan.

"Kenapa kau ni? Asyik sedih je. Aku tak boleh kalau kau macam ni". Soal Syazana duduk di bangku bersebelahan Sarah.

"Laki aku. Dia macam nak jauhkan diri dia dari aku. Aku macam pelik sejak peristiwa Khaleel yang aku cerita dekat kau tu, dia terus diam je". Ujar Sarah sambil meraup mukanya. Dia memandang ke arah tasik dengan pandangan kosong.

"Kau kena berterus terang, Sarah. Lagi senang dia tahu, lagi senang.." belum sempat Syazana menghabiskan ayatnya, Sarah pantas mencela.

"Lagi senang dia ceraikan aku? Macamtu?".

Syazana menepuk dahi. "Apa yang kau merepek ni? Lagi senang dia boleh pantau kau kalau jadi apa-apa. Sarah, kau tak boleh sorok apa-apa dari dia. Dia suami kau". Nasihat Syazana pada kawan baiknya itu.

"Suami? Dia akan ceraikan aku, Ana. Takda gunanya pun kalau aku cerita dekat dia pasal Khaleel". Ujar Sarah bengang. Syazana seolah-olah menyebelahi Sallehzul.

"Kau tu,ni aku malas nak cakap. Cakap sikit, sentap. Cakap sikit, kata aku menangkan suami kau? Cuba terima sikit orang cakap. Aku faham tentang cerai itu semua. Cuma, selagi kau bergelar isteri dia, kau wajib bagitahu semua pasal diri kau dekat dia. Faham? Selagi dia boleh jaga kau, dia jagalah.

Cuba kau fikir? Kalau takda dia waktu Khaleel datang kejar kau, apa jadi pada kau waktu tu? itu nasib baik dia pun balik sebab tak sihat. Kalau dia takda? Mahu kau kena tangan dengan Khaleel mamat gila tu". Panjang lebar Syazana menasihati teman baiknya itu.

"Yelah, ya. Sekarang ni, aku cuba nak bercakap dengan dia. Kau tolonglah bagitahu aku macam mana aku nak buat supaya kita orang tak akward bila terserempak". Ujar Sarah sambil memandang Syazana.

"Dalam perkahwinan salah seorang mesti kena bertolak ansur, Sarah. Jadi, tak salah kalau kau mulakan dulu untuk cakap dengan dia". Ujar Syazana dan menepuk bahu Sarah.

Sarah mencebikkan bibirnya. Tidak memasal, Sarah juga yang kena beralah dengan lelaki poyo itu.

"Dah lah, jomlah balik. Aku hantar kau". Ajak Syazana.

Sarah mula membuat muka malasnya. Syazana menggelengkan kepala sambil menarik tangan Sarah.

"Sarah, aku nak tumpang tandas rumah kau, boleh tak?". Soal Syazana.

Tertulisnya Takdir Kita [ COMPLETED] ✔️Where stories live. Discover now