TERTULISNYA TAKDIR KITA : BAB 38

898 21 1
                                    

          "Jadi, kau lah yang bagitahu semua maklumat pasal aku dekat Khaleel?". Soal Sarah sambil memandang ke arah Syakir yang duduk di hadapannya.

Syakir mengangguk perlahan. Kecut perutnya melihat Syazana, Sarah dan Kak Siti yang berada di hadapannya.

"Yelah, Sarah. Dia terlepas cakap dekat akak. Mulut dia kan macam perempuan! Tak boleh simpan rahsia. Bukan rahsia orang aje, sampai rahsia sendiri pun terbongkar". Ujar Kak Siti sambil memandang Syakir dengan wajah yang bengang.

"Kalau ikutkan aku Syakir, nak aje aku ganyang mulut kau guna cili padi makcik kantin. Mulut kau ni macam perempuan betul!". Marah Syazana. Geram dia apabila mengetahui punca sebenar Khaleel selalu mengekori Sarah.

"Maknannya, pasal Langkawi tu?..". Belum sempat Sarah menghabiskan ayatnya, Syakir mengangguk.

"Aku terdengar pasal korang nak pergi Langkawi tu dekat stor belakang. Aku menyorok dekat celah kotak kasut. Korang aje yang tak perasan". Jujur Syakir. Dia tahu, kalau dia tidak berterus terang dia akan membuatkan wanita yang berada di hadapannya ini akan meletup bila-bila masa sahaja.

"Lagi? Apa lagi yang kau nak bagitahu? Bagitahu cepat sebelum aku hempuk muka kau". Tengking Syazana yang sudah merah padam mukanya.

Syakir menundukkan mukanya. Dia menyesal dengan perbuatannya yang telah menganayai Sarah.

"Aku juga tahu pasal Khaleel cuba nak masuk hotel kau. Bukan tu aje, pasal Khaleel dengan Shazleen pun sama. Dan..". Kata-katanya terhenti. Takut untuk memberitahu dia lah yang telah mengolah gambar Sarah dan Khaleel.

"Dan apa? Bagitahulah?!!". Jerkah Kak Siti pula mengambil alih.

Syakir menelan air liurnya. Dia menarik nafasnya.

"Pasal gambar kau dengan Khaleel berpelukkan tu, aku yang edit. Aku yang buat semua tu". Sambung Syakir.

"Aku betul-betul minta maaf, Sarah. Aku tahu, aku banyak buat salah dengan kau. Maafkan aku, Sarah". Ucap Syakir bersungguh-sungguh.

"Dahsyat betul kau ni, Syakir. Aku tak pernah terfikir langsung kau akan buat macamtu". Sarah menghela nafas berat. Perutnya yang sedikit membesar diusap perlahan. Sedar atau tidak, kandungannya kini sudah memasukki 5bulan.

Air matanya diseka perlahan. Begitu banyak manusia yang dia percaya menganayai dirinya sehinggakan dia dan Sallehzul menjadi mangsa.

Syazana yang melihat Sarah menyeka air matanya, terus memeluk bahu Sarah. Dia faham hati Sarah tentu sudah bernanah teruk dengan semua penderitaan yang telah dia lalui sebelum dia mengecapi kebahagiaan.

"Apa yang kau sakit hati dengan aku? Apa yang kau dendam sangat dengan aku, Syakir?". Soal Sarah sambil memandang Syakir dengan wajah kemerahan menahan semua rasa amarah dalam dirinya.

"Aku tak boleh terima pasal Khaleel akan lupakan aku bila dengan kau, Sarah! Aku kawan baik dia. Dari kecil sampai besar kami kawan bersama. Tapi, sejak dia dengan kau? Kau ugut dia tak bagi kawan dengan aku lah, apalah. Kenapa?!!". Bentak Syakir. Dia sudah lama memendam apa yang terbuku di hatinya.

"Kau nak tahu sebab apa? Sebab kau ni, suka bawa pengaruh buruk dekat kawan kau! Kau tengok apa yang jadi sekarang? Khaleel pun masuk penjara! Semua sebab kau lah!". Amarah Syazana. Mahu sahaja dia menumbuk muka Syakir.

Sarah terus menahan Syazana. Dia mengusap lembut belakang badan Syazana dan menggeleng kepalanya. Bukan dia tidak kenal dengan perangai Syazana. Silap hari bulan, mahu muka Syakir ditibainya.

Tertulisnya Takdir Kita [ COMPLETED] ✔️Where stories live. Discover now