TERTULISNYA TAKDIR KITA : BAB 15

749 19 1
                                    

      Sarah menghulurkan dua keping not rm5 kepada pemandu tersebut. Dia menggalas bagnya dan menuju ke arah lobi untuk menaiki lif.

"Sarah.."

Sarah menoleh ke arah suara lelaki yang memanggilnya. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat gerangan tersebut. Sarah menggigil ketakutan. Dia menekan punat lif dengan laju.

Khaleel merapati Sarah. "Sarah, jangan takut. Saya cuma nak bercakap dengan awak". Ujar Khaleel.

"Takda apa nak di bincangkan, Khaleel. Takda. Jauhkan diri awak daripada saya!". Keras nada Sarah. Seluruh badannya menggigil dan dia menangis ketakutan.

Sarah akan mengalami panic attack apabila berjumpa dengan Khaleel. Dengan apa yang pernah Khaleel lakukan padanya dahulu. Dia semakin fobia.

Dia menekan laju punat lif. Tetapi, pada ketika itu lif lambat dan hanya sebuah lif sahaja yang berfungsi.

Sarah ketakutan dan terus berlari terhincut-hincut. Sarah ingin menuju ke arah tangga. Tetapi langkahnya terhenti apabila Khaleel merentap lengannya.

"Apa susah sangat awak nak cakap dengan saya, Sarah?!!". Tempelak Khaleel dengan nada suara yang tinggi.

"Lepaskan saya!!.. Tolong!!". Sarah terus menjerit.

"Woiii!!!". Jerit Sallehzul sekuat hati. Dan terus menuju ke arah mereka.

Langkah Sallehzul laju menuju ke arah lif.Jantungnya berdegup kencang. Bengang dia apabila melihat Khaleel mencengkam lengan Sarah yang meronta melepaskan diri.

Bush! Satu penumbuk singgah di pipi Khaleel membuatkan Khaleel jatuh terjelopok.

"Kau gila ke? Buat perempuan macamtu. Kurang ajar kau!". Ujar Sallehzul dan menendang kuat perut Khaleel.

Sarah yang yang melihat amarah Sallehzul terus menarik lengan Sallehzul. Dia sendiri tidak sampai hati apabila Sallehzul menghentam Khaleel.

Khaleel bangun dalam keadaan separuh sedar. Dia meludah ketepi. Darah yang keluar dari bibirnya di kesat.

"Kau siapa? Apa masalah kau? Nak kacau aku berbincang, hah?". Ujar Khaleel bengang. "Sarah, marilah sini. Saya cuma nak ajak awak berbincang". Khaleel menghulurkan tangannya kepada Sarah.

Sarah memeluk lengan Sallehzul erat. Dia menggigil ketakutan. Dia pantas menggeleng.

Sallehzul menggenggam penumbuknya. Ikutkan hati, mahu sahaja dia memberi penumbuk kepada Khaleel sekali lagi. Tapi dirinya ditahan oleh Sarah.

"Awak, jomlah. Sudahlah tu". Ujar Sarah menarik lembut lengan Sallehzul.

"Amaran untuk kau!! sekali lagi aku nampak kau dekat kawasan ni, mampus kau aku kerjakan!!". Keras amaran Sallehzul diberikan kepada Khaleel sebelum berlalu dari situ.

Khaleel menumbuk dinding kuat. Bengang dia dengan lelaki itu. Tapi, siapa dia? Dan, kenapa Sarah seperti mengenali lelaki tersebut? Apa kaitan Sarah dengan lelaki itu?. Pelbagai persoalan timbul di fikiran Khaleel.

"Aku akan dapatkan kau, Sarah!!". Jerit Khaleel sebelum berjalan memasukki kereta.

Sallehzul membantu Sarah menuju ke arah lif apabila melihat Sarah jalan terhincut-hincut.

"Kaki kau kenapa ni? Pagi tadi elok aje?". Soal Sallehzul kehairanan.

"Jatuh tadi dekat tempat kerja". Balas Sarah sambil memaut lengan Sallehzul.

"Cuai lah kau ni". Ujar Sallehzul. Sarah hanya mendiamkan dirinya. Malas mahu melayan.

Sampai sahaja di rumah, perlahan-lahan Sallehzul meletakkan Sarah di sofa. Dia terus ke dapur untuk mengambil air dan kembali dengan segelas air untuk diberi kepada Sarah.

Sarah menggeleng perlahan. Seketika, Sallehzul mendengus.

"Siapa dia, Sarah?". Soal Sallehzul.

"Saya tak kenal dia. Saya taktahu". Balas Sarah perlahan.

"Kalau kau tak kenal dia, macam mana dia boleh tahu nama kau apa semua?!". Tengking Sallehzul.

"Kau jangan tipu aku, Sarah!. Siapa dia?!!". Sambung Sallehzul.

"Saya taktahu. Kenapa dengan awak ni?". Jerit Sarah sekuat hati.

"Aku tanya kau elok-elok ni. Kau taknak jawab? Fine! Apa-apa jadi lepasni, kau tanggung sendiri". Balas Sallehzul bengang.

"Awak bukan kisah pasal saya pun. Jadi, apa bezanya kalau saya beritahu awak? Tiada pun". Ujar Sarah dalam nada kecewa dan bangun memasukki biliknya.

Sallehzul merengus perlahan. Dia menuju di hadapan pintu bilik Sarah dan bersuara.

"Sekurang-kurangnya, aku ada untuk lindungi kau sementara waktu ni. Walaupun kita berdua tahu hubungan kita akan datang". Ujar Sallehzul dan terus menuju memasuki ke dalam biliknya.

Sarah hanya mendengar dan mengabaikan kata-kata Sallehzul. Apalah gunanya jika dia memberitahu Sallehzul tentang dirinya jika lelaki itu pada akhirnya akan meninggalkan dirinya.

Sarah membuka almari dan mengeluarkan album pertunangannya bersama Arif. Dia hanya tersenyum apabila melihat gambar-gambar itu. Seketika, air mata berlinangan di pipi Sarah. Rindunya pada Arif. Dimanakah Arif di waktu ini? Mengapa dia perlu pergi? Pelbagai persoalan bermain di fikiran Sarah di waktu ini.

Dalam Sarah leka membelek album, dia tidak menyedari Sallehzul yang membuka pintu biliknya dan melihat Sarah yang sedang memeluk album tersebut.

Perlahan Sallehzul menutupi pintu dan mengeluh perlahan. Terkadang, dia sendiri terfikir mengapa semua ini perlu terjadi? Jika tidak, pasti Sarah tidak akan menjadi isterinya. Dan pasti, Sarah akan bahagia bersama Arif.

Sallehzul meraup mukanya. Sesal juga dia apabila teringat peristiwa yang terjadi pada malam itu. Namun, apakah daya dirinya untuk melawan takdir Allah? Dia hanya mampu berdoa agar segalanya akan menjadi seperti sediakala dan berdoa agar ditunjukkan dalang di sebalik segala yang terjadi ini.

Ariff hanya termenung di balkoni sendirian. Terfikir dia tentang Sarah. Telefon bimbitnya dibuka dan menekan skrin telefonnya mencari gambar Sarah. Seketika, sayu dia mengenangkan Sarah. Rindu dirinya akan Sarah. Hakimi menepuk lembut bahu Ariff. "Rindu ke?". Soal Hakimi.

"Biasalah, Mi. Gila tak rindu kat budak doraemon ni? Dialah yang sering menceriakan hidup aku, tau? Susah nak jumpa pengganti, Mi. Susah". Ujar Arif serak suaranya menahan air mata dari mengalir.

"Sabar, Ariff. Inshaallah akan ada segala hikmahNya. Percaya pada janji Allah, Ariff. Banyakkan berdoa. Aku faham rasa sakitnya apabila terpaksa telan apa yang kau hadap ni. Cuma, aku nak kau kuat macam dulu. Inshaallah, kau akan dapat banyak hikmah bila kau redha". Panjang lebar Hakimi menasihati sahabat baiknya itu.

"Inshaallah, Mi. Terima kasih sebab bagi aku nasihat, Mi. Alhamdulillah, aku bersyukur sebab Allah hadirkan sahabat macam kau. Terima kasih juga sebab bagi aku tumpang rumah kau, Mi. Kalau tidak, manalah aku nak merempat". Gurau Ariff sambil ketawa.

"Kau tu, aku anggap macam keluarga aku dah, Ariff. Tak sanggup aku nak bagi kau merempat tepi jalan". Ujar Hakimi.

"Sudahlah tu, Ariff. Esok kau kerja. Nanti kau tidur lambat payah nak bangun pula esok. Jomlah, tidur". Sambung Hakimi lagi.

"Kau tidurlah dulu, Mi. Aku tak boleh tidur lagi. Nanti aku mengantuk, aku tidurlah. Jangan risau, aku akan tutup semua". Ujar Ariff.

"Haa, baiklah. Aku masuk tidur dulu". Balas Hakimi dan terus memasukki biliknya.

Tanpa disedari, air mata menitik jatuh di skrin telefon bimbitnya. Kabur pandangan Arif seketika apabila air mata kerinduan sudah menyelubungi. Tidak sangka begini rasa sakitnya apabila Sarah meninggalkannya.

Pedih! Itulah hakikat yang perlu ditelan Ariff. Namun, apakah daya? Jodoh, ajal, dan maut hanya diketahui oleh Allah. Dan kita hanya mampu merancang. Hanya Allah menentukan.

'Semoga kau bahagia, Sarah'. Doa Ariff perlahan dan memasukki ke dalam rumahnya.

Tertulisnya Takdir Kita [ COMPLETED] ✔️Where stories live. Discover now