TERTULISNYA TAKDIR KITA : BAB 21

730 15 0
                                    

                       Hari ini adalah hari cuti bagi Sarah dan Sallehzul. Sallehzul berhasrat untuk membawa Sarah berjalan-jalan di mall. Entahlah, dia cuma rasa bahagia dengan Sarah dalam beberapa hari ni. Dia tidak mahu lagi membicarakan tentang tempoh 6 bulan yang diletakkan dalam syarat perkahwinan mereka.

Sallehzul keluar dari biliknya.Dia terus menuju ke arah dapur apabila mendengar Sarah yang sedang seronok menyanyi kecil di dapur. Dia sudah pun siap untuk mengajak Sarah keluar bersiar-siar hari ini.

"Assalammualaikum". Sallehzul memberi salam dan tersenyum manis memandang Sarah.

Sarah memandang ke arah Sallehzul. Jantungnya berdegup pantas melihat Sallehzul tersenyum manis kearahnya. Bahagia hati Sarah saat ini. Entah mengapa, hubungannya dan Sallehzul bertambah baik sebaik sahaja dia memberitahu perkara sebenar mengenai Khaleel.

"Termenung pula". Ujar Sallehzul sambil mencuit pipi Sarah.

Sarah menunduk. Malu dia saat dicuit Sallehzul. Makin berbunga hatinya saat ini. Betul ke ini Sallehzul yang dia kenali? Sarah tidak menyangka Sallehzul akan berubah. Jujur, dia bahagia melihat Sallehzul beberapa hari ni.

"Awak nak apa? Nak tolong saya masak ke?". Soal Sarah sambil membuka peti ais untuk mengambil barang masakan.

"Taknak. Aku nak kau". Gurau Sallehzul.

Sarah menuju ke arah Sallehzul. Dia meletakkan telapak tangannya di dahi Sallehzul.

"Kenapa?". Soal Sallehzul kehairanan dengan sikap Sarah.

"Awak demam ke?".

"Haah.."

"Tak panas pun. Awak jangan tipu saya lagi". Ujar Sarah sambil keningnya di angkat.

"Demam rindu.." Balas Sallehzul bersahaja.

"Rindu siapa pula?". Ujar Sarah sambil memicit kepalanya tidak pening. Terus Sarah dapat mengagak siapa orangnya. Mesti Shazleen! Desis hati kecilnya.

"Bukan dia, ya. Aku rindu isteri aku lah. Siapa lagi?". Ujar Sallehzul ikhlas. Dia terus merangkul erat pinggang Sarah sambil merenung tepat ke dalam anak mata Sarah.

Sarah terus memaut leher Sallehzul dan terpejam rapat matanya. Takut dia untuk membalas renungan mata Sallehzul. Jantungnya berdegup sangat kuat. Nafasnya seperti orang yang berlari marathon sahaja.

"Heyy.. kenapa ni?". Soal Sallehzul sambil mengelus lembut pipi Sarah.

Terpesona dia melihat Sarah. Kulit Sarah putih bersih. Ditambah pula pipi Sarah yang gebu. Membuatkan Sallehzul geram melihatnya. Comel! Bisik hatinya perlahan.

Sarah membuka matanya perlahan. Inilah pertama kali dia dibelai suaminya. Hatinya saat ini tenang membalas renungan Sallehzul. Nafasnya kembali seperti sedia kala.

"Awak.. tak sakit ke tangan awak rangkul pinggang saya lama-lama?". Ujar Sarah. Serba salah dia melihat Sallehzul. Pasti lenguh tangan suaminya tu. Eh? Dah pandai suami-suami sekarang! Bicara hatinya sendiri.

Sallehzul terus mendirikan Sarah kembali. Segan dia apabila Sarah menegurnya.

"Jom keluar? Tak payah masaklah". Ajak Sallehzul.

"Pergi mana?". Soal Sarah.

"Pergi mall. Aku bosan. Jomlah.. jomlah..". Rengek Sallehzul manja. Makin pelik Sarah dengan perangai Sallehzul.

Sarah tersenyum melihat Sallehzul. Lega hatinya apabila Sallehzul tidak lagi memarahinya seperti dahulu. Mungkin kerana mereka akan berpisah tidak lama lagi dan Sallehzul ingin berdamai dengannya?

Tertulisnya Takdir Kita [ COMPLETED] ✔️Where stories live. Discover now