TERTULISNYA TAKDIR KITA : BAB 33

937 22 0
                                    

               Sallehzul mengemas semua barangnya sebelum kembali berangkat ke Airport. Dia melihat jam menunjukkan pukul 7pm. Dia kembali duduk. Bagaimanalah dia mahu memujuk Sarah untuk balik? Sudah 2hari dia cuba memujuk Sarah,namun Sarah seakan-akan ingin mengelak darinya.

Geram juga hati Sallehzul apabila Sarah terlalu menyebelahi Ariff. Ariff pula seolah-olah menjadi batu api dalam hubungan mereka. Entah apa yang dihasut oleh Ariff sehingga Sarah tidak mahu mempercayainya lagi.

Ingatannya terimbau sewaktu kejadian pagi tadi apabila dia cuba memujuk Sarah sebelum dia pulang ke Kuala Lumpur.

"Awak balik aje, Zul. Saya dah cakap, saya akan balik dalam minggu depan. Awak jumpa saya saat dekat mahkamah. Lafazkan cerai depan semua orang". Sarah menghalakan pandangannya ke arah lain. Dia tidak mampu untuk melihat Sallehzul merayu-rayu kepadanya.

"Astghafirullah..Kenapa awak nak sangat penceraian ni terjadi, Sarah? Abang dah cuba pujuk awak. Abang cuba untuk tebus segala kesalahan abang". Sallehzul memandang redup mata Sarah berharap, agar Sarah memberinya peluang sekali lagi.

Sarah tersenyum sinis mendengar pertanyaan Sallehzul kepadanya. "Awak tanya saya kenapa saya nak sangat bercerai dengan awak?? Sebabkan awak nak kahwin dengan Shazleen lah saya nak kita bercerai! Awak tahu tak, betapa pedihnya hati saya saat awak cakap awak nak kahwin dengan Shazleen!". Sarah mengamuk. Angin dia pada Sallehzul.

"Abang dah minta maaf, Sarah. Abang dah pun minta maaf". Ucap Sallehzul sambil meraup mukanya berkali-kali. Dia sudah tidak tahan lagi. Dia terus mencengkam pergelangan tangan Sarah. Sarah bergelut untuk melepaskan dirinya.

"Kau ni, Sarah taknak sudahlah bro. Apalagi kau nak ni?". Ariff yang datang secara tiba-tiba membuatkan Sallehzul berasa terkejut.

"Kau jangan masuk campur hal rumahtangga aku, Ariff. Mati kau sekali lagi, aku kerjakan". Mencerlung mata Sallehzul memandang Ariff.

Sarah memicit kepalanya. Tidak faham dengan mereka berdua yang sering bergaduh. "Zul, awak balik aje sorang. Saya penat nak cakap dengan awak ni. Saya taknak balik". Sarah memandang Sallehzul,berharap agar Sallehzul segera pulang ke Kuala Lumpur.

Sallehzul berlalu dari situ namun Ariff mendepakan tangannya menhalang laluan Sallehzul lalu menepuk perlahan bahu Sallehzul. "Best men win, bro!". Dia terus melangkah beriringan dengan Sarah. Sarah menoleh ke arah Sallehzul. Dia dapat melihat mata Sallehzul yang berkaca memandangnya. Pantas dia memusingkan kepalanya ke hadapan dan menyambung langkahnya . Tidak mahu lagi dia menoleh memandang wajah simpati Sallehzul.

Sallehzul meraup mukanya berkali-kali. Entah mengapa dia berasa tidak sedap hati untuk pergi meninggalkan Sarah di sini. Perkara yang lebih membuatkan Sallehzul risau, apabila Sarah bersama Ariff. Ariff pula sekarang sudah melebih batasnya terhadap Sarah. Entah di mana imannya sehingga tidak dapat membezakan antara perempuan bujang atau isteri orang.

Tanpa Sallehzul sedari, dia terlelap.

Ariff membawa air minuman untuk Sarah. Sarah kehausan akibat seharian berjalan bersamanya. Inilah masanya! Ujar Ariff dengan teruja di dalam hatinya. Agenda jahatnya hampir dapat dilaksankan dengan berjaya apabila dia memasukkan ubat tidur di dalam minuman Sarah.

Ariff masuk ke dalam perut kereta. Dia menyerahkan air botol pada Sarah. Sarah pantas menyambut huluran Ariff.

"Jom balik? Saya letih". Pinta Sarah. Dia membuka air botol yang diberi oleh Ariff. Tanpa syak wasangka dia terus meneguk minuman itu sehingga ke separuh botol.

Tertulisnya Takdir Kita [ COMPLETED] ✔️Where stories live. Discover now