TERTULISNYA TAKDIR KITA : BAB 17

707 17 0
                                    

                       "Aku dengan Syahrul dah dapat maklumat sikit pasal kejadian dekat hotel tu, Zul. Aku dapat tahu lelaki bernama Khaleel ada jumpa seorang staf dekat hotel tu. Dia tanya Sarah bilik mana, dan dia ada bagi duit dekat budak tu.". Ujar Hilmi.

Hilmi datang berseorangan kerana Syahrul ada hal yang berkait dengan keluarganya.

"Aku dapat tahu, dia bekas teman lelaki Sarah sebelum Sarah dengan tunang lama dia,Arif. Yang lain, aku masih lagi siasat. Aku tak jumpa lagi info pasal budak tu. Ni pun, aku dapat jumpa kawan dia. Sebab dia kena buang kerja.". Terang Hilmi lagi.

Sallehzul menghela lemah nafasnya. "Aku kenal Khaleel tu. Dia haritu datang pergi kejar Sarah kat bawah rumah". Ujar Sallehzul.

"Weh, gila apa dia? Semacam je dia cari Sarah. Entah-entah dia yang perangkap korang berdua?". Soal Hilmi sambil berfikir.

"Aku pun taktahu. Yang Sarah asyik mengelak je bila aku tanya dia pasal Khaleel tu". Ujar Sallehzul.

"Sarah taknak rasa dia menyusahkan kau, Zul. Kau kena tahu, lama kelamaan dia tak boleh bergantung dah pada kau, Zul. Kau akan ceraikan dia". Balas Hilmi sambil menyedut straw air sirap di hadapannya.

"Aku faham, Mi. Cuma, buat masa ni. Aku boleh lindung dia, aku lindunglah. Bab pasal cerai ni semua, ketepikan dulu". Ujar Sallehzul sambil memicit kepalanya perlahan.

Pening dia untuk memikirkan masalah yang timbul. Tapi mengapa Sarah perlu sorokkan semua ini darinya? Dia sendiri tidak kisah dalam tempoh mereka berkahwin ini untuk menjaga Sarah. Cuma, Sarah seolah-olah tidak mahu langsung Sallehzul mengetahui tentang dirinya.

"Woi! Termenung aje kau ni? Apahal bro? masalah rumah tangga ke?". Sergah Syahir sambil menepuk kuat bahu Sallehzul.

Terkejut Sallehzul yang termenung mengingatkan pertemuan dia dengan Hilmi pada hari sebelum Khaleel kembali mencari Sarah.

"Aku pelik dengan Sarah tu, Ir. Payah sangat nak bagitahu aku pasal dia dengan Khaleel tu. Perempuan ni, susah betul nak faham". Ujar Sallehzul geram.

"Dia tak sedia lagi kot. Kau pun, janganlah memaksa. Dia muda lagi, Zul. Kau tahu lah fikiran remaja ni tak sama dengan kita yang dewasa ni, Zul". Balas Syahir sambil mengunyah gula-gula getah yang berada di kocek seluarnya.

"Ya, tapi..." belum sempat Sallehzul menghabiskan ayatnya.

"Sayang!!!!". Jerit Shazleen terus memasuki ke dalam bilik rehat untuk pemandu bas.

Ramai pemandu bas melihat ke arah Shazleen. Shazleen hanya mengabaikan dan terus menuju ke arah Sallehzul.

Sallehzul yang sedang berehat terus berdiri dengan pantas. Terkejut dia melihat Shazleen yang memakai skirt paras lutut dan baju kemeja butang berwarna putih memasuki ke dalam bilik rehat mereka.

"Sayang! I miss you soo much, babe!". Jerit Shazleen dan memeluk Sallehzul.

Sallehzul terus menolak Shazleen yang memeluknya. Merah padam muka Sallehzul melihat Shazleen yang berpakaian seksi itu.

"What are you doing here?!". Tempelak Sallehzul.

"I datang sini, jumpa you lah. Apa soalan you ni?". Ujar Shazleen sambil memintal-mintal rambutnya.

Sallehzul yang sedar semua pemandu sedang memandang ke arahnya, pantas menarik tangan Shazleen keluar.

Sallehzul mencengkam pergelangan tangan Shazleen dengan kuat dan di bawa jauh sedikit dari pemerhatian orang ramai.

Tertulisnya Takdir Kita [ COMPLETED] ✔️Where stories live. Discover now