TERTULISNYA TAKDIR KITA : BAB 14

693 16 0
                                    

      "Sarah??". Tegur Syahir yang memberhentikan keretanya dan memberi double signal di tepi jalan apabila melihat Sarah yang berjalan kaki seorang diri.

Sarah memandang ke tempat pemandu dan membengkokkan sedikit badannya apabila sebuah kereta berhenti disisinya.

"Ya? Awak siapa?". Ujar Sarah dalam keadaan binggung.

'Aku kenal dia ke? Siapa pula mamat ni?'. Ngomel Sarah dalam hatinya.

"Eh! Awak tak kenal saya? Saya kawan Zul. Saya ada datang majlis awak tempoh hari. Awak lupa ke?". Balas Syahir.

"Oh.. Saya ingat. Ada-ada. Kenapa? Cari Zul ke? Dia dah keluar pergi tempat kerja rasanya". Ujar Sarah sambil mengerling jam tangannya.Sarah risau dia akan lambat untuk ke tempat kerjanya.

Ini semua angkara Sallehzul yang memilih rumah sewa apartment di hujung bukit dan menyebabkan Sarah mengalami kesukaran untuk ke tempat kerja kerana jauh dari stesen bas. Sallehzul juga tidak mahu menghantar Sarah apabila diminta oleh Sarah.

"Tak. Kenapa awak jalan kaki? Nak pergi mana?". Soal Syahir.

"Nak pergi stesen bas depan tu. Saya nak pergi kerja. Saya dah lambat ni, saya pergi dulu ya". Ujar Sarah dan terus melangkah pergi dari situ.

"Sarah! Tunggu sekejap. Jomlah tumpang saya. Saya boleh hantar". Pelawa Syahir.

Sarah yang mendengar pelawaan dari Syahir itu kembali berundur sedikit. Memandangkan dia lambat tidak salah rasanya untuk dia menumpang Syahir. Sarah tersenyum dan terus menaiki kereta Syahir.

"Terima kasih ya. Saya minta maaf sebab susahkan awak". Ujar Sarah.

"Takpelah, Sarah. Lagipun, satu jalan ni. Tapi, muka awak ni macam pernah saya jumpa". Syahir berseloroh.

"Jumpa? Memanglah. Dah kalau awak duduk area berdekatan sini". Balas Sarah.

"yelah. Apalah aku ni. Eh, awak kerja mana ya?". Tanya Syahir.

"Mid Valley. Kerja promoter kat sana".

"Kalau macamtu, saya hantar terus dekat Lrt Universiti lah. Awak naik bas dekat sana kan?". Soal Syahir.

"Haah.. Tapi, saya tak susahkan Syahir ke?". Ujar Sarah.

"Takda susahnya. Dah satu jalan". Balas Syahir dan memfokuskan pandanganny ke arah pemanduan.

Syahir meletakkan keretanya di tempat khas untuk pekerja di Lrt tersebut. Dia memilih bersebelahan kereta Zul.

Sarah membuka pintu dan turun dari kereta. Dia mengucapkan terima kasih kerana Syahir telah menghantarnya di Lrt. Sarah terus berlari ke arah bas yang akan melalui pusat membeli belah di Mid Valley.Seperti biasa,dia membuka dompetnya untuk mengeluarkan kad touch n go untuk menaiki bas tersebut.

"Sila tambah nilai". Mesin eletronik itu bersuara. Sarah terus menepuk dahinya.

Dia terus menyentuh kembali. Namun, kadnya tetap ditolak.

Sarah mengeluh perlahan. Dia menoleh dan ingin turun untuk mengisi duit di dalam kad tersebut.

"Sarah, naik". Ada satu suara yang memanggil Sarah.

Sarah yang baru sahaja hendak melangkah keluar dari bas terus menoleh ke arah pemandu bas yang memanggilnya.

Terkejut Sarah apabila melihat Sallehzul yang membawa bas tersebut. Sarah mengesat matanya berkali-kali kerana dia tidak mempercayai yang Sallehzul bekerja sebagai pemandu bas rapidkl.

Tertulisnya Takdir Kita [ COMPLETED] ✔️Where stories live. Discover now