TERTULISNYA TAKDIR KITA : BAB 27

875 24 1
                                    

     "Kau halau dia?!! Kau buang tabiat ke?!!". Marah Syazana meluap-luap pada Sallehzul. Syazana terus menerpa ke arah Sallehzul dan menumbuk badan lelaki itu berkali-kali. Encik Azsham terus menarik Syazana yang diamuk amarah yang menggunung terhadap Sallehzul.

Puan Aisyah menangis disisi Puan Farzanah. Kesemua ahli keluarga sedang berkumpul di rumah Sallehzul. Sallehzul sudah menceritakan kesemua yang telah berlaku. Puan Aisyah rasa sayu setelah sekian lama tidak berjumpa dengan anaknya tetapi setibanya dia di Kuala Lumpur,Sarah begini pula jadinya.

"Ibu, maafkan Zul. Zul minta maaf sangat-sangat. Zul cuai jaga anak ibu". Rayu Sallehzul terus ke arah Puan Aisyah dan mencium berkali-kali tangan tua itu.

"Kenapa, Zul halau anak ibu. Kalau sekali pun Zul tak suka anak ibu, pulangkan dengan cara baik, Zul. Pulangkan anak ibu dengan cara terhormat. Ibu dah takda anak yang lain selain Sarah, Zul". Ujar Puan Aisyah dalam tangisannya. Dia menepuk lembut tangan Sallehzul.

"Kau memang takda hati perut ke?! Kau halau dia macam seekor kucing yang datang minta makanan dekat kau! Mana perasaan kau? Kau sanggup tak dengar penjelasan dia?!!". Marah Syazana dengan perasaan amarah yang membara di hati.

"Sekarang ni, bukan masa untuk kita bergaduh dan menyalahkan antara satu sama lain. Cari solution mana nak cari Sarah. Kalau kita berterusan macamni, kita takkan jumpa dia". Ujar Encik Azsham tenang. Dia tidak meletakkan semua kesalahan pada Sallehzul. Sepatutnya mereka perlu memikirkan cara untuk mencari Sarah bukannya bertengkar antara satu sama lain.

Sallehzul bangun dia menuju ke arah Encik Azsham. "Zul dah hantar orang cari Sarah. Tapi, dah 3 hari takda khabar juga". Lemah bicara Sallehzul pada Encik Azsham.

"Kau tak perlu susah payah nak cari dia! Kau jagalah bakal isteri kau yang kau sanjung sangat tu! Aku akan pastikan yang kau takkan jumpa Sarah kalau kami jumpa dia dulu! Kau ingat tu!!". Tengking Syazana dengan perasaan marah yang menebal terhadap Sallehzul.

"Jom balik, ibu ayah. Ana tak boleh lama-lama dengan lelaki dayus macamni". Ajak Syazana. Ingin sahaja dia menghentak Sallehzul dengan helmet yang dipegangnya. Namun, dia berfikir tiada gunanya dia melakukan sedemikian terhadap Sallehzul.

"Kami balik dulu ya. Farzanah, Azmi". Lemah bicara Puan Aisyah. Punyalah dia teruja balik ke sini untuk berjumpa anaknya. Rupanya, Sarah sudah keluar membawa diri 3hari yang lalu. Patutlah setiap kali dia menelefon Sarah akan terus masuk ke peti simpanan suara.

Lemah langkah Puan Aisyah beredar. Dia amat merindui anak perempuannya itu. Tiada lagi harta yang dia ada melainkan Sarah. Puan Aisyah menoleh memandang ke arah Sallehzul. "Ibu akan pastikan Sarah takkan kacau lagi hubungan Zul dengan bakal isteri Zul. Macam manalah ibu boleh lupa. Kedudukkan kami dengan Zul bagai langit dengan bumi". Ujar Puan Aisyah dan berlalu pergi.

Sallehzul terduduk dan menunduk lemah apabila ibu mertuanya berkata begitu. Mana lagi tempat yang perlu dia pergi untuk mencari Sarah? Sudah 3 hari dia melilau untuk mencari Sarah. Namun, langsung tiada kelibat Sarah di mana-mana.

"Puas hati kau, sekarang?". Tengking Puan Farzanah. Encik Azmi hanya menggeleng kepalanya. Tahulah dia yang Sallehzul akan dimarahi lagi oleh isterinya. Dia melihat Sallehzul sudah berlinangan air matanya.

"Tak payah kau menangislah! Tak guna pun air mata kau tu!". Sambung Puan Farzanah lagi. Sakit hatinya pada Sallehzul tidak dapat dibendung lagi.

"Sudahlah tu. Takda guna nak bergaduh, marah. Awak ni pun. Bawa mengucap sikit". Tegur Encik Azmi pada isterinya.

"Assalammualaikum". Sadeeq memberi salam. Dia yang baru balik dari kuliah terus datang ke rumah abangnya apabila Puan Farzanah memintanya untuk datang ke sini.

Tertulisnya Takdir Kita [ COMPLETED] ✔️Where stories live. Discover now