TERTULISNYA TAKDIR KITA : BAB 2

993 27 0
                                    

                                   

JAM menunjukkan pukul 10 malam. Ini bermakna, waktu kerja sudah pun tamat untuk semua pusat beli belah. Sarah pantas mengemas dan menyimpan semua peralatan di kaunternya. Sarah melihat jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 10.05 malam dan pintu untuk staff masih lagi tidak dibuka.

"Eh, aku dah lah nak cepat ni. Boleh pula pintu tak buka. Tak lawak, doh. Dahlah Arif ambil aku malam ni". Sarah sudah tidak keruan. Dia yang duduk terus sahaja berdiri untuk melihat sama ada pintu sudah dibuka atau belum.

"Ala, relakslah Sarah. Macamlah tunang kau tu tak faham kau. Lambat sikit je". Celah Kak Siti yang datang dari belakang.

"Eh, Kak Siti. Lama tak jumpa?". Sarah pusing kebelakang dan menghulur tangan bagi menyalam Kak Siti.

Kak Siti menyambut huluran tangan Sarah.

"Kak Siti ada je, sayang. Awak tu je sibuk sangat, kan. Maklumlah nak akhir tahun ni semua sibuk, kan? Termasuk awak yang tak lama lagi bakal bakal je ni, kan?". Balas Kak Siti sempat juga mengusik Sarah.

"Inshaallah, Kak Siti. Ada rezeki akan buat hujung tahun ni. Doakan sarah, ya". Senyum sarah yang sudah tersipu malu.

Pintu dibuka. Semua staff sudah pun turun dengan lajunya.Kebiasannya keadaan di bawah ini agak sesak. Ini kerana,beg-beg kami akan diperiksa terlebih dahulu oleh anggota pengawal keselamatan sebelum pulang ke rumah.

"Kak Siti, saya balik dulu. Nanti Arif bising". Jerit Sarah kepada Kak Siti yang sudah jauh di hadapan untuk turun ke bawah.

"baiklah,hati hati Sarah". Teriak Kak Siti melihat susuk tubuh gempal Sarah lolos dari pandangan.

Sarah mempercepatkan langkah. Dia risau Arif bakal memarahi dirinya kerana lambat. Arif Irfan adalah tunangnya. Mereka berkenalan dari zaman Arif bekerja di Mid Valley 5bulan yang lepas dan akhirnya, Arif membuat keputusan untuk merisik Sarah dengan niat untuk menjaga Sarah dari bekas teman lelakinya, Khaleel yang sentiasa mencari Sarah. Sarah sentiasa merasakan dirinya akan selamat apabila Arif disisinya.

Arif yang akan mengambil dirinya setiap hari bila waktu pulang sahaja. Kereta Axia berwarna merah di hadapan perhentian bas sudah pun terlihat dari jauh.

"Assalammualaikum, Abang". Sarah membuka pintu kereta dan terus memberi salam. Dia melihat Arif sedang kusyuk melihat telefon bimbit

"Waalaikumussalam, Sarah. Lewatnya harini?". Balas Arif yang sedang menyimpan telefon bimbitnya sambil melihat Sarah yang sudah pun masuk dan menutup pintu kereta.

"Lambat sikit, abang. Sarah minta maaf". Jawab Sarah yang sedang memakai tali pinggang keselamatan dan terus memandang Arif.

"Takda apapun, sayang. Abang okay je. Jom pergi makan?". Balas Arif yang sedang memandu kereta.

"Boleh juga. Sebab Sarah pun tengah lapar. Macam tahu tahu je Abang, ni". Jawab Sarah dan memandang Arif .

"Mestilah abang tahu. Tunang abang, kan?". Bicara Arif sambil tersenyum.

Mereka sampai ke tempat yang dituju. Sampai sahaja disana, mereka memilih kedai makan yang tidak putus-putus dengan kunjungan orang ramai. Pelayan dari kedai tersebut mengambil pesanan mereka.

Seperti biasa, makanan dan minuman kesukaan Sarah adalah kuey teow goreng dan teh o ais limau. Manakala, Arif pula memesan limau suam dan nasi goreng. Pelayan tersebut berlalu untuk menyediakan pesanan.

Tertulisnya Takdir Kita [ COMPLETED] ✔️Where stories live. Discover now