TERTULISNYA TAKDIR KITA : BAB 12

770 18 0
                                    

        Azan subuh berkumandang di telefon bimbit Sarah. Sarah pantas bangun dan membersihkan dirinya untuk menunaikan solat. Seusai sahaja dia memakai pakaian dari dalam bilik air, dia menuju ke bag telekung yang dihadiahkan oleh Arif padanya bersebelahan bag bagasi. Dia memakai telekung dan menghadap kiblat untuk menunaikan 2 rakaat solat subuh.

Usai dia memberi salam. Dia memanjat doa memohon diberi secebis kekuatan untuknya menghadapi takdir yang tidak pernah diduga akan terjadi di dalam hidupnya. Terdengar esakan perlahan daripada mulutnya apabila dipanjatkan doa untuk perkahwinan mereka ini.

Selesai sahaja berdoa dia bingkas bangun melipat telekung dan meletakkan sejadah di atas almari. Dia memandang Sallehzul dengan perasaan serba salah.

Dia ingin mengejut Sallehzul untuk solat subuh. Namun, Nampak gaya suaminya seperti orang bekerja buruh sahaja penatnya. Tapi, jika dia tidak mengejutkan suaminya untuk solat subuh, dia juga yang akan mendapat dosa.

Sarah merapati Sallehzul di sisi katil. Dia meneliti wajah lelaki itu dengan perasaan yang berdebar. Sallehzul mempunyai kulit hitam manis, hidung sedikit mancung , rambut Sallehzul dipotong nipis dan rapi dan dari pandangan Sarah, kemungkinan umur Sallehzul dalam lingkungan 27tahun hingga 30tahun sahaja. Sallehzul yang kurus dan tinggi itu menambahkan ketampanan pada dirinya.

Sedang Sarah leka melihat Sallehzul,tiba-tiba Sallehzul terbatuk menyebabkan Sarah tersedar daripada terus menerus merenung wajah Sallehzul. Pantas dia menepuk dahi. Hampir sahaja dia ingin menjerit. Namun, pantas dia mengawal.

"Awak, bangun.. subuh ni". Ujar Sarah perlahan sambil menepuk lengan Sallehzul.

Namun, tiada respon yang ditunjukkan oleh Sallehzul.

"Sallehzul, bangunlah. Solat subuh nak habis waktu ni". Kali ini dia menepuk sedikit kuat dari yang sebelumnya.

Sallehzul memusingkan badannya membelakangi Sarah. Bengang pula Sarah melihatnya. Dia mendengus perlahan.

"Awak!! Bangunlah. Tidur mati ke?". Sarah menepuk kuat lengan Sallezul berkali kali.

Sallehzul yang terkejut pantas mencengkam dan menarik tangan yang membuatkan dia terbangun dari dibuai mimpi.

Sarah yang hilang imbangan terjatuh di atas Sallehzul. Wajahnya merapati wajah Sallehzul dan hanya beberapa inci sahaja. Sarah terkejut.Mukanya menjadi merah padam apabila mata mereka bertaut.

Sarah pantas bangun dan berdiri. Dia membetulkan tudungnya yang senget. Sarah masih memakai tudung kerana dia masih belum bersedia untuk membuka auratnya di hadapan Sallehzul.

Sallehzul menggeliat. Terasa malu dengan apa yang terjadi sebentar tadi. Namun, dia pantas mengawal riak wajahnya.

"Dah kenapa muka kau merah? Malu ke?". Soal Sallehzul pada Sarah.

"Mana ada". Balas Sarah yang masih di sisi Sallehzul untuk menunggu Sallehzul menunaikan solat.

"Kau nak apa lagi, ni? Nak aku peluk kau pula ke?". Ujar Sallehzul pelik melihat Sarah yang masih tercegat di hadapannya.

"Tak! Saya nak kejut awak untuk solat subuh. Solat dah nak habis waktu ni". Ujar Sarah mengerling ke arah jam di dinding.

Sallehzul mengangguk. Dia bangun dari katil dan menuju ke arah bilik air. Selesai membersihkan diri dia mengambil sejadah di atas almari milik Sarah dan menghampar menghadap kiblat.

Sarah memerhati setiap tingkah laku Sallehzul sambil melihat skrin di telefonnya. Sengaja dia memegang telefon bimbitnya sambil mencuri pandang melihat perlakuan Sallehzul.

Tertulisnya Takdir Kita [ COMPLETED] ✔️Where stories live. Discover now