TERTULISNYA TAKDIR KITA : BAB 22

672 18 0
                                    

        Shazleen kini sudah mengetahui di mana tempat Sarah bekerja setelah dia cuba mengekori Sarah beberapa kali. Kali ini, dia akan memalukan Sarah di hadapan orang ramai! Shazleen menuju pantas ke arah kaunter Sarah. Dia melihat Sarah yang sedang membuat kerja itu dengan pandangan yang penuh muslihat. Ada peluang untuk aku kenakan budak gemuk ni! Bisik hatinya perlahan

"Hai budak gemuk?". Ejek Shazleen dihadapan Sarah.

Sarah terkejut. Bagaimana Shazleen tahu di mana dia bekerja? Sarah memandang Shazleen dari atas ke bawah. Dia mengeluh perlahan. Malas dia hendak melayan Shazleen. Dia kembali menyambung kerjanya yang tergendala akibat kehadiran Shazleen.

Shazleen yang berang melihat Sarah tidak menunjukkan sebarang respon pantas menolak badan Sarah. Sarah pantas memegang tiang yang berada di sebelahnya apabila badannya hampir sahaja tersembam ke lantai.

Peluh membasahi tubuh badan Sarah. Penghawa dingin yang berada di dalam mall ini tidak dapat membantu Sarah menyejukkan hatinya yang sedang membara angkara Shazleen.

"Dah lah masam. Busuk. Macam manalah Zul boleh kahwin dengan kau?". Ujar Shazleen sambil memintal rambutnya.

"Sebab jodoh". Balas Sarah bersahaja.

"Tak! Sebab kau yang tergilakan laki aku! Kau ni perempuan memang tak tahu malu! Shame on you lah! Kau ni macam budak kampung! Takda stail! Lembab! Tak cantik!". Hina Shazleen dan menunjal-nunjal kepala Sarah di hadapan orang ramai. Staff yang berada disitu semuanya memandang ke arah mereka.

"Ohh.. ya, kau miskin!". Sambung Shazleen sambil tersenyum sinis. Dia terus merentap tudung Sarah.

Sarah bengang. Dia membetulkan tudungnya yang sudah pun terbuka lalu menolak Shazleen. Marah dia apabila dihina dan dimalukan sebegitu di hadapan orang ramai. Shazleen tersenyum. Inilah masanya untuk dia mengenakan Sarah!

"Eihh.. marah ke? Kau memang miskin pun!"....

"Kalau semua orang dekat sini nak tahu, perempuan ni perampas kekasih orang! Ni muka perempuan tak tahu malu ni, dia bukan sahaja perampas! Tapi, dia perangkap pula bf i untuk kahwin dengan dia. Tak malu kan?". Jerit Shazleen sambil dilihat orang ramai.

Air mata Sarah berlinangan. Apa salahnya sehinggakan dia dimalukan sampai begini sekali? Semua staff memandang ke arah Sarah. Malu Sarah apabila banyak mata yang memandang ke arah mereka. Tentu mereka tidak menyangka perangai Sarah sebegini. Staff disitu sudah pun sudah mula berbisik-bisik mengumpat mereka untuk berita panas di kedai itu.

Shazleen tersenyum mengejek ke arah Sarah yang dilihatnya sedang menangis. Padan muka kau!

Sarah berang. Mukanya merah padam akibat menahan malu yang teramat.Sarah terus menampar pipi Shazleen sehingga wanita itu tersungkur ke lantai. Shazleen terkejut. Dia ingin bangun. Tetapi, Sarah terus menerpa ke arahnya dan mencekik Shazleen.

Shazleen bergelut melepaskan dirinya. Sarah terus-terusan mencekik Shazleen. Semua terkejut. Tetapi, tiada siapa yang berani untuk masuk campur apabila melihat kemarahan Sarah yang menggunung.

Atikah, rakan sekerja Sarah yang datang dari arah tandas dan ingin kembali ke kaunternya terkejut melihat Sarah sedang bergelut dengan customer.

Atikah pantas berlari ke arah mereka dan menarik badan Sarah. Sarah yang seperti orang dirasuk itu, terus menolak Atikah. Atikah jatuh ke belakang

"Sarah! Sudah! Kenapa ni? Ya, Allah!". Atikah cuba menarik badan Sarah sekali lagi. Badannya yang kecil menyukarkannnya untuk menarik Sarah.

Muka Shazleen sudah bertukar pucat. Dia tidak berdaya melawan Sarah.

Tertulisnya Takdir Kita [ COMPLETED] ✔️Where stories live. Discover now