TERTULISNYA TAKDIR KITA : BAB 36

977 21 0
                                    

    "Saya betul-betul minta maaf. Apa yang saya buat tu, saya tahu saya dah melampaui batas. Maafkan saya, Sarah". Ucap Ariff bersungguh-sungguh memandang ke arah Sarah yang sedang duduk bersebelahan Sallehzul.

Ariff kembali ke Kuala Lumpur kerana sudah lama dia tidak menjenguk atau bertanya khabar tentang ibu dan ayahnya. Dan, dia mahu memohon kemaafan pada Sarah dan Sallehzul.

Sarah hanya mendiamkan dirinya. Dia yang sedang memeluk sebelah lengan Sallehzul membuatkan suaminya itu mengusap lembut tangannya.

Ariff jadi serba salah apabila melihat Sarah hanya mendiamkan diri. Dari cara Sarah memeluk Sallehzul dia sudah dapat teka Sarah trauma dengan dirinya.

"Zul, aku betul-betul minta maaf. Aku tahu, salah aku. Maafkan aku. Cuma, masatu aku taktahu apa yang terlintas dalam fikiran aku sampai aku boleh buat perkara terkutuk tu". Ucap Ariff penuh sesal. Dia berharap agar dia menerima kemaafan dari Sarah dan Sallehzul.

Hampir sebulan Ariff dipinggirkan oleh Hakimi dan Darina. Dia cuba untuk betulkan segala kesalahan yang dia lakukan itu. Disebabkan itu, dia pulang ke Kuala Lumpur. Dalam pada itu dia sedang cuba mengambil hati Darina.

Sallehzul memandang ke arah Sarah yang hanya menunduk. Entah mengapa perangai Sarah kerap clingy dengannya sekarang.

"Aku dah lama maafkan kau. Aku takda simpan apapun dalam hati. Cuma, yang rasa trauma tu Sarah". Sallehzul tersenyum memandang Ariff. Dia memeluk bahu Sarah yang tidak lepas dari memeluk lengannya.

Ariff mengangguk. Dia sedar, bukan mudah untuk Sarah memaafkan dia. Bagi Sarah, Ariff sudah dianggap seperti Khaleel. Cuma, Ariff lebih dahsyat lagi dari Khaleel.

"Sayang, kenapa diam aje? Kesian dekat Ariff. Dia tunggu jawapan sayang. Sayang maafkan dia, tak?". Lembut Sallehzul memujuk Sarah.

Sarah secara tiba-tiba menangis. Entah mengapa peristiwa sebulan lepas menghantui dirinya kembali. Dia teringat saat Ariff merentap bajunya dan ingin melakukan perkara terkutuk itu atas dirinya.

Sallehzul terus binggung apabila melihat Sarah menangis secara tiba-tiba. Dia faham Sarah mengalami trauma. Kerana, Sarah akan meracau pada setiap malam memanggil namanya sambil menangis.

"Shh.. sayang, abang ada ni. Kenapa ni? Ariff datang minta maaf aje". Sallehzul cuba menenangkan Sarah.

Makin serba salah Ariff dibuatnya. Mukanya terus berubah keruh.

"Saya percaya awak, Ariff. Masatu, saya hanya fikir awak adalah kawan baik lelaki saya yang saya ada untuk saya mengadu. Tapi..". Kata-katanya tersekat. Bagaikan hendak luluh hatinya apabila orang yang selama ini dia percayai sanggup membuat perkara sebegitu padanya.

Air mata Sarah kembali berlinangan. Dia terus bangun dan berjalan masuk ke dalam bilik. Namun, pantas dia bersuara. "Saya maafkan awak, Ariff". Ujar Sarah lalu terus masuk ke dalam biliknya.

Sarah tidak mahu untuk berurusan dengan Ariff. Rasa sakit hati yang mendalam pada Ariff membuatkan dia tidak mahu melihat muka lelaki itu. Bukan bermaksud dia berdendam. Cuma, dia tidak mampu untuk menghadap Ariff.

Ariff menadah tangannya. Saat ini dia rasa sangat bersyukur kerana mendapat kemaafan dari Sarah dan Sallehzul. Walaupun cara Sarah seolah-olah membenci dirinya,namun itu bukanlah sesuatu yang penting. Asalkan Sarah sudah memaafkan dirinya.

"Terima kasih Zul. Terima kasih, bro! aku doakan semoga korang berbahagia hingga akhir hayat, Zul. Aku betul-betul menyesal. Aku betul-betul maksudkan ni. Aku minta maaf". Ucap Ariff berkali-kali. Dia pantas bangun. tidak mahu dia lama-lama di rumah mereka. Kemaafan dari mereka sudah cukup bagi dirinya.

Tertulisnya Takdir Kita [ COMPLETED] ✔️Where stories live. Discover now