KUNCI dimasukkan ke dalam rumahnya. Pusing punya pusing akhirnya dapat juga pintu rumah kondominium ini dibuka. Terus Kim Ayuna dan Choi Hanna membolosi rumah mereka berdua ini. Beg-beg besar yang turut ada bersama mereka tadi diletakkan di sebelah pintu. Disebabkan rasa penat yang amat, tubuh mereka dijatuhkan di atas sofa yang berada di ruang tamu tersebut.
Perjalanan dari Amerika ke Korea memang mengambil masa yang agak lama. Walaupun sudah banyak kali mereka berdua tidur ketika berada di dalam pesawat, tetapi keselesaannya tidak setanding dengan tidur di rumah. Mujur pesawat yang mereka berdua naiki tadi pesawat boieng, jadi adalah juga keselesaan itu jika tidur. Langgar awan pun tak berapa nak rasa sangat.
"Ayuna," panggil Choi Hanna. Mata yang tadinya terpejam terbuka luas. Hilangkan penat sikit jadilah. Ada soalan yang lebih penting perlu ditanya kepada rakan baiknya itu.
"Emm..." jawab Kim Ayuna. Nampak sangat yang dia tidak berminat mahu berbual pada masa sekarang ini. Tidur adalah perkara yang lebih penting dari segala-galanya.
"Bila erk praktikal kita tu mula? Aku rasa macam tak sabarlah." Tanya Choi Hanna sambil membuat wajah keterujaannya. Kim Ayuna mengeluh pendek. Duduk dibetulkan sedikit sebelum menjawab,
"Entah. Aku tak tahulah bila. Tapi kata Prof. Lee, tunggu sampai dapat panggilan daripada dia. Tunggu jelah. Lagi lama lagi bagus. Dapat juga aku rehatkan badan ni." Kata Kim Ayuna dengan selambanya tanpa memandang wajah si kawan yang sedikit kelat. 'Ada pula macam tu? Kita nak cepat-cepat, dia nak lambat-lambat pula,' getus hati Choi Hanna. Bibirnya dicebik sedikit.
"Alah, apa pasal pula nak lewat-lewat. Kan bagus kalau cepat-cepat. Tak adalah penat sangat." Choi Hanna tetap dengan pendiriannya. Dia tidak perasan yang Kim Ayuna mempunyai alasan mengapa dia meminta supaya masa praktikal mereka dilewat-lewatkan sedikit.
"Wahai kawanku yang ku sayangi setiap hari, minggu dan bulan. Dengan keadaan ku yang begini, macam mana aku mahu menjalani praktikal dengan segera? Adakah kau memikirkan semua itu?" Kata Kim Ayuna berserta dengan selorohannya sekali. Choi Hanna sedikit bengang. Tak ya jugak, ya. Kim Ayuna sekarang tengah demam, jadi memang patut sangat jika gadis 19 tahun itu mahu melewat-lewatkan sedikit masa mereka untuk menjalani praktikal nanti.
"Hehehe... sorrylah. Tak tahu. Eh... eh... bukan! Tak ingat." Choi Hanna tersengih-sengih seperti kerang busuk. Kim Ayuna hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Malas mahu melayan kerenah Choi Hanna yang kadang-kala memeningkan kepala ini. Sudahlah dia demam, jika terus melayan, alamat pengsanlah jawabnya.
"Tapikan, Yun..."
"Apa lagi?!" Sengaja Kim Ayuna memotong supaya Choi Hanna membentak. Satu hari tak mengacau memang tidak sah. Kalau boleh sampai melalak-lalak. Barulah puas hati. Tak Kim Ayuna yang sakat Choi Hanna sampai menangis, Choi Hanna yang sakat Kim Ayuna sampai merajuk 5 minit. 5 minit, nanti baik balik.
"Kau ni! Sabarlah... baru nak cakapkan?" Choi Hanna mula menyinga. Tapi tak adalah sampai menengking-nengking. Kalau dah sampai tahap gaduh, bertekak dan mengaitkan hal-hal serius, tu yang payah tu. Lain yang jadinya nanti.
"Ha dah tu? Cakap jelah."
"Tapikan, kau tak rasa ke kat mana praktikal kita tu nanti? Yelah, kitakan praktikal nak jadi guru tari, tapi guru tari lelaki ke perempuan? Tak rasa ke?" Soal Choi Hanna seraya mengerutkan dahinya.
"Entah. Aku pun tak tahu. Tapi aku harap dapat U yang dekat-dekat jelah. Tak sanggup rasanya nak drive jauh-jauh." Ujar Kim Ayuna sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia terasa seperti terlalu penat sampai tak berdaya mahu memandu jauh-jauh. Mungkin kesan dia tidak sihat dan rasa lesu letih itu menjadikan dia mengalah sahaja kerjanya. Kalau tidak, cakap je nak ke mana, pasti akan dia bawa. Itu ketika dia sihat. Ini bila tidak sihat seperti ini, jangan harap nak ke mana-mana. Nak ke bilik air pun tak larat rasanya. Kalau boleh kena ada orang angkatkan. Barulah boleh berjalan.
"Alah kau tu. Kau tak nak drive sebab demamkan? Kalau tak, of course kau tak macam ni kan? Kesian kau," kepala si kawan diusapnya tanda rasa kasihan yang ada. Dia bukannya kejam sangat. Lagipun memang dia dan Kim Ayuna sudah seperti adik-beradik. Di mana ada Choi Hanna, disitu ada Kim Ayuna. Keakraban mereka seolah-olah tidak dapat dipisahkan.
"Oh.. terima kasih. Baik juga hati kau ni kan?" Kata Kim Ayuna sambil tersenyum. Punggung diangkat. Mungkin mahu ke bilik dan mahu mandi memandangkan rasa letih dan lesu agak berkurang sedikit setelah berehat tadi.
"Aku memang baik hati selalu. Oh ya, kau nak ke mana ni?" Soal Choi Hanna. Kepalanya mendongak memandang si kawan yang berdiri.
"Bilik. Nak mandi apa semua. Nanti kalau aku penat sangat, aku tidur je terus." Ujar Kim Ayuna. Melihat Choi Hanna menganggukkan kepalanya, dia mula mengatur langkah. Beg-beg besarnya terus dicapai lalu terus menuju ke bilik yang terdapat di dalam kondo ini. Masa untuk berehat. Minta-mintalah tiada apa-apa panggilan yang masuk, doa Kim Ayuna di dalam hati.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Always Be My Couple 항상 내 커플 한다.
FanfictionPaling taik pernah aku buat. 2015.