Perkenalan

13.8K 68 3
                                    

Kisah bermula sewaktu aku baru nak kenal dunia. Detik perubahan yang drastik ketika zaman remaja. Biasalah, anak muda yang hilang haluan kerana cinta. Cuma kisah cinta nya yang tak kesampaian. Kisah cinta bertepuk sebelah tangan selepas harapan demi harapan diterima.Dalam tempoh pergolakan jiwa yang memberontak, hadir seorang perempuan yang aku tak pernah sangka akan memberi kesan mendalam terhadap diri aku. Insan yang berkongsi kisah suka duka aku selama beberapa tahun. Alkisahnya, aku bertemu dengan dia sewaktu satu acara antara universiti. Kelakuan dan tingkah laku yang bersahaja menarik minat aku untuk lebih mengenali dia.

Pada awalnya, aku cuma kenal dia sebagai peserta dan kami bertukar gambar sesama sendiri. Banyak jugaklah gambar dia yang aku ambil. Tak, ni bukan kisah cinta. Bukan bagi aku. Cuma kisah persahabatan yang lebih dari normal. Hari demi hari, bulan demi bulan. Aku masih lagi sakit kerana luahan rasa ditolak dan dikhianati selepas harapan demi harapan yang aku dapat. Dan kenalan baru aku ni lah yang banyak menghiburkan hati dengan telatah dia. Perkenalan kami berkembang dan akhirnya kami tahu yang kami berasal dari pekan yang sama. Jadi apa lagi, "its time to meet up" bak kata orang putih kan. Izinkan saya memperkenalkan kenalan saya yang menjadi 'Friends With Benefit' (FWB) utk beberapa tahun sebagai Numa.

Hari ditunggu pun dah tiba. Kami berjumpa di hadapan pintu masuk panggung wayang seperti yang dijanjikan. Aku ingat lagi semasa kali pertama kami berjumpa. Pakaian dia 'daring'. Bukannya seksi tetapi manis mata memandang. Bau pewangi yang 'attractive' buat aku jadi berdebar. Tapi masih bukan lagi perasaan cinta. Selesai membeli tiket dan memang menjadi kebiasaan aku akan pilih 'couple seat' walaupun pergi dengan sahabat lelaki. Sebab pada aku, lebih selesa dan luas. Jadi kami pun masuklah ke panggung. Tak lama selepas itu, cerita dimainkan. Aku tak ingat tajuk cerita, tapi apa yang pasti, bergenre komedi. Tersentak aku bila Numa tiba-tiba memeluk lengan aku dan menekapkan muka dia ke bahuku, menahan ketawa. Makin erat pelukannya sampai terhimpit lengan aku di antara dua buah dadanya. Aku biarkan saja. Tak nak wujudkan perasaan janggal ataupun menjatuhkan air muka dia.

Selepas tamat cerita, kami makan malam bersama. Aku suka, dengar luahan perasaan dia, cerita-cerita kehidupan dia. Ada masa aku bersimpati dan ada masa aku rasakan "it's a normal girl's story". Rasa gembira bila tengok dia gelak. Rasa terhibur. Suaranya yang manja dan perwatakan yang mudah didekati buat aku rasa selesa. Terlalu selesa. Untuk berkongsi apa saja. Semua kisah kami kongsi. Dalam aku masih lagi rasa terkhianati oleh janji palsu dari gadis yang mengaku sekadar mahu menjadi "playgirl" dan ingin rasa digilai ramai, aku terubat bila bersama Numa. Dia seolah-olah faham dan rasa apa yang aku rasa. Begitu juga aku.

Kami terus berkawan. Berkongsi cerita hari demi hari. Keinginan yang baik dan buruk. Tiada batas dalam perkongsian cerita hidup. Ada kala kami berbual di telefon sehingga awal pagi. Berteman 'video call' sepanjang malam sewaktu membuat tugasan walaupun kami di universiti berlainan. Di waktu siang, kami kerap berhubung melalui applikasi 'BBM'. Numa memang seorang gadis yang mempunyai bentuk badan yang menarik. Disebabkan kami selesa di antara satu sama lain, tiada lagi Numa yang berpakaian sopan semasa kami berbual melalui panggilan video. Begitu juga aku. Sebagai seorang lelaki, aku memang tertarik dan tergoda. Lagi-lagi bila  Numa hanya mengenakan singlet dan ada kalanya, cuma berbaju dalam. Tapi, aku tak tegur sepatah pun kerana aku tahu dia selesa dengan aku dan aku tak mahu perhubungan kami nanti menjadi janggal.

1. FWBWhere stories live. Discover now