"Weh, aku grounded lah siot." Aku memulakan perbualan BBM aku dengan Numa pada suatu pagi, tiga hari selepas aku berjumpa dia. "Seriouslah? Kenapa? Kau buat apa?" soal Numa. Aku pun bercerita yang aku keluar semalamnya dan hanya pulang ke rumah keesokan hari, pukul 4 pagi. Semuanya sebab termakan pujuk rayu 'ex-crush' aku. Ya, gadis yang mematahkan hati aku hanya kerana nak menjadi kegilaan ramai. "Why you keluar dengan dia doh?!!" Numa bertanya geram. "Aku keluar dengan dia and kawan-kawan kitorang lah. Bukan berdua." ujarku. Aku tahu Numa selalu cakap aku bodoh sebab masih tak boleh "Move On". Numa hanya berdiam. Aku nampak statusnya masih "Online". "Aku setuju sebab mak dia tak kasi dia keluar malam kalau aku takde. Sebab mak dia kenal aku dari zaman kitorang sekolah. Kitorang tengok midnight movie je pastu makan makan tak sedar dah lewat." Aku terasa bodoh tapi itulah hakikatnya. Dia takkan boleh keluar malam tanpa aku.
Numa hanya membalas "K." Aku meletakkan Blackberry aku dan terus menyepi. Geram dengan balasan dari Numa. Malam harinya, Blackberry aku berbunyi lagi. "Weh, kau grounded sampai bila?"soal Numa. "Ntah, selagi aku tak dapat greenlight." balasku. "Bodohlah kau ni. Kau buat macam-macam untuk dia, dia bukan nak kau pun!" balas Numa memarahiku. "I miss you. Aku nak lepak dengan BFF aku." tambah Numa.
Aku tahu aku bodoh. Tapi tu cinta pertama aku. Selama 5 hari Numa mengatakan "I miss you" kepadaku. Dalam hati aku, "eleh, selama ni tak pulak cakap rindu kalau tak jumpa." Selama 5 hari tu jugak aku tak memberi apa-apa respon pada mana-mana kawan aku yang nak ajak aku melepak.Hari yang ke-6, aku cuba meminta izin untuk keluar malam berjumpa kawan-kawanku. Aku diizinkan! Sejurus masuk ke dalam kereta, aku menghantar BBM kepada Numa, "Aku dah boleh keluar. Yeay! On my way to meet my friends." Tiada jawapan. Dalam keadaan bising dek kawan- kawan yang berborak, aku masih menunggu balasan BBM dari Numa. Sebelum tidur aku sekali lagi menghantar BBM, "Hye sayang, dah tido ke?". "Hye bongok, belum lagi. Puas lepak?" balas Numa. "Hehehe. Biasalah, lama duduk rumah." balasku. "Kau kalau lepak lagi dengan ex-crush kau, kau bodoh." jawab Numa. Aku tertawa. "Jeles ke yang? Hahaha. Aku lepak dengan kawan-kawan lain lah." balasku sengaja mengusik. "Baguslah. Ok lah sayang, i nak tido. Goodnight BFF." Numa membalas menamatkan perbualan.
Malam yang sama, aku merenung siling. Meratap kebodohan, menyusun kecelaruan. Aku masih bingung dengan persekitaran dan cara hidup aku. Terutamanya dengan BFF aku. Semua ni tak normal tapi terasa seperti normal. Apakah ini sememangnya takdir? Atau aku yang membiarkan diri aku dibawa arus kehidupan? "Numa, malam esok aku pick up kau. Kul 9. Lusa dah nak balik gua. Pakai cantik2 ye. Goodnight." ujarku dan meletakan blackberryku ke tepi.
YOU ARE READING
1. FWB
RomanceMengisahkan seorang pemuda yang kecewa kerana cintanya ditolak. Dalam mencari kegembiraan semula, dia hilang dibawa arus kehidupan. Perjumpaannya dengan seorang gadis mengubah kehidupannya dan memberi pengalaman baru buatnya. Dia yang masih ragu-rag...