Secara jujurnya aku memang tak suka pada abang Razi dan ada banyak alasan kenapa aku tak suka padanya. Antaranya adalah kerana dia ada rupa (aku tak mahu mengakui yang dia tampan), datang dari keluarga yang kaya, budak baik, dan genius pula tu.
Dia pelajar yang cemerlang, mendapat ranking nombor dua antara pelajar seluruh MRSM semasa sekolah dahulu. Dia juga tak pernah tinggal sembahyang dan seingat akulah pernah sekali itu, paklong mengadakan kenduri kesyukuran untuk kami sekeluarga di rumahnya, semasa sembahyang isyak berjemaah ustaz yang mengimamkan sembahyang kami pada masa itu membacalah salah satu surah dari al-quran, tengah-tengah baca ustaz itu boleh terlupa pula ayat seterusnya jadi abang Razi memberi 'hint' kepada ustaz tersebut dan di situ jugalah membuatkan aku tahu dia juga ada menghafaz surah-surah lazim al-quran.
Hanya tuhan yang tahu betapa terseksanya aku untuk menyenaraikan semua perkara ni. Ok seterus perkara yang aku rasa amat menjengkelkan tentang Abang Razi. Dia sangatlah disukai oleh semua pakcik dan makcik kami termasuklah mama. Pakcik dan makcikku selalu sangat puji (dan agak selalu sampai bosan nak dengar) yang dia ni taat pada kedua ibu bapanya serta abang yang bertanggungjawab terhadap adik-adiknya, dan walaupun datang dari keluarga berada tetapi dia belajar di luar Negara dengan menggunakan wang biasiswa dan sekarang dia sudahpun bekerja di Scotland, tempat dia belajar dahulu dan kami sepupu-sepupu yang lain haruslah mencontohi dia.
Inilah salah satu perkara yang susah kalau dilahirkan dalam keluarga besar yang dimana pakcik dan makcik umpama ibu dan ayah, sepupu sepapat ni di umpamakan adik beradik sendiri. Dahlah aku ni asyik dibandingkan dengan kakakku kak Mimi yang dapat belajar di Perancis dalam bidang kejuruteraan Elektrik, dah tu kena pula dibandingkan lagi dengan abang Razi dan adik beradik dia (dalam kes aku dialah selalu dibandingkan dengan aku).
Kalaulah nak di bandingkan dengan aku, aku rasalah bagaikan langit degan bumi. Memang tak patut rasanya keluarga aku ni nak membanding-bandingkan aku sangat dengan dia, mana tidaknya, aku taklah secantik mana eh, tapi manisnya tetap ada, kira genius juga la tapi aku bukan jenis yang menunjuk-nunjuk. Cuma biasalah macam orang normal yang lain, selalu ulangkaji akhir-akhir masa bila dah dekat nak peperiksaan, CGPA aku pun macam bursa saham; kadang naik kadang turun, dah tu datang dari keluarga yang sederhana, ayah dah tiada serta pakcik dan makcikku tak beberapa suka pada aku kerana aku ni dalam kategori keras kepala mengalahkan batu granit dan dikatakan sering mendatangkan masalah pada keluarga. Ya aku memang degil itu ku akui dan dalam keluarga yang 'control freak' seperti keluargaku kedegilan aku adalah satu permasalahan besar.
Aku juga menyambung pelajaran di universiti tempatan dalam jurusan yang dianggap tak popular dan profesional. Ni adalah kerana kegagalanku untuk memilih sama ada aku mahu memilih jurusan undang undang atau seni bina dan akhirnya aku memilih diploma yang membolehkan aku ke jurusan seni bina. Kerana semua perkara yang diatas aku tak beberapa menyukai abang Razi. Dia berbeza, seolah olah insan yang dilahirkan hampir sempurna. Aku mungkin akan suka sikit pada dia sekiranya makcik dan pakcik aku tak membeza-bezakan aku dengannya, dan dia tak memperlekehkan aku masa kami kecil dahulu. Apa pun bagi aku dia setakat hampir sempurna tak lebih dari itu. Bahagian paling tak sempurna dalam hidup dia ialah dia tidak perasan yang dia memperlekehkan sesuatu atau menyakitkan hati terutama hati aku (dan agak selalu jugalah).
Dia juga seolah-olah mewujudkan jurang antara dirinya dan kami (sepupu yang kurang sikit dalam pencapaian akedemik tentunya, senang cerita yang bukan belajar di luar negara) Noktah. Aku tak mahu tahu apa-apa lagi pasal dia sejak dia bekerja di Scotland setelah habis belajar dari bidang perubatan tujuh tahun yang lalu sehinggalah ke hari ini apabila dia tiba-tiba muncul di depan pintu pagar rumah aku dan membuatkan aku mengimbas kembali nostalgia lama yang tak indah ini.
Hendak sahaja aku menjerit bertanya apa yang dia buat di sini. Bukankah patutnya dia di Scotland dengan uniform putih duduk merawat orang? Aku sedar akan kemunculannya bila aku sedang mengelamun memandang ke luar tingkap. Kebetulan bilikku di tingkat dua dan dapat melihat sesiapa yang berada di perkarangan rumahku. Aku cuba memastikan lagi bahawa orang yang memberi salam di luar itu bukanlah dia.
YOU ARE READING
9 hari
ChickLitPernah dengar tak bila orang tua-tua kata 'jangan benci sangat nanti esok suka baru tahu'. Itulah yang terjadi, bertahun lamanya membenci akhirnya trasnformasi hanya mengambil masa sembilan hari.