"Anna!"
Jeritan Mak Mona pada pagi yang indah tetapi tidak menjadi indah kerana mendengar jeritan anak tekak kuasa lapan tahap petala langit ketujuh Mak Mona
"Ye ibu." Sahut Anna dalam keadaan tergesa-gesa kerana baru bangun tidur. Mana taknya Mak Mona panggil nama dia pukul 5 pagi oiii. Kalau korang memang tak lah kan nak bangun.
"Siapa ibu kau ha?! Aku tak ada anak selekeh macam kau."
'Selekeh dia kata? Orang punyalah lawa kalah anak dia yang fake tu' getus Anna dalam hati. Sempat lagi eh Anna ni mengutuk Mak Mona.
"Eh kau dengar tak apa yang aku cakap ni!? After this don't call me ibu cuz kau sepatutnya panggil aku Puan. Kau faham tak?"
"Den...dengar pu...puan" tergagap-gagap Anna jawab. Perangai Mak Mona bukan boleh dijangka.
"Sekarang kau ulang balik apa yang aku cakap tadi" soal Mak Mona.
"Aduh apa yang dia cakap tadi tu ek?"bisik Anna sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
Belum sempat Anna menjawab dia berasa pipinya berpijar akibat tamparan Mak Mona. 'Mak aiii. Berpinar oit kepala den. Tangan manusia ke tangan gajah ni?'monolog Anna.
"Itu makan nya kalau aku bercakap kau tak dengar. Pantang betul aku kalau tengah bercakap kau tak dengar. Sekarang ni sebelum kau pergi sekolah kau kemas rumah semua dan jangan lupa masak sekali."
"Tapi puan Anna kena datang awal sekolah harini." kata Anna meminta simpati.
"Kau ingat aku kisah ke kau kena datang awal? Aku tau siap kalau tak...balik nanti tahulah kau aku kerjakan." balas Mak Mona dengan lagaknya. Gamaknya dia fikir dia mem besar dalam rumah ni.
Jiwa Anna meronta-ronta untuk memberontak tetapi dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana mak tirinya pandai buat cerita dan putar belitkan cerita sehingga ayahnya semakin hari semakin dingin dengannya. Dia pun tidak tahu apa yang Mak Mona hasut ayahnya.
Mak Mona kahwin dengan ayahnya pun disebabkan harta kerana ayahnya ada syarikat yang telah diwarisi oleh datuknya kepada ayahnya.
Anna tidak tahu bahawa ayahnya sedar ataupun tidak akan niat nak tirinya. Kemungkinan tidak kerana bijaknya Mak Mona berlakon kalah artis terkenal!
Anna melihat jam pada dinding menunjukkan pukul 5:45 pagi. Anna berfikiran sempat lagi sebelum pukul 6:30 pagi. Dia dengan pantas mengemas rumah menyidai baju dan akhir sekali memasak. Penat memang penat tapi dia tiada pilihan lain. Jadi dia terus bertahan duduk dalam rumah itu. Kadang dia boleh jadi stress kerana dua orang kakak tirinya yang sangat menguji kesabaran nya.
Jam menunjukkan pukul 6:50 pagi semasa dia hendak keluar rumah. Dia kena keluar awal dari rumah kerana takut tertinggal bas. Pernah juga dia meminta ayahnya membelikan motor namun ibu tirinya menghasut ayahnya supaya jangan beli alasan takut membazir. Takut membazir apanya kalau kakak-kakak tirinya pergi sekolah naik kereta sendiri yang ayahnya beli. Tipulah kalau tak terasa dengan sikap ayahnya tapi dia sebagai anak sentiasa berfikiran positif dan husnuzon terhadap ayahnya.
Sedang dia berjalan kaki menuju ke perhentian bas tiba-tiba dia dilanggar oleh sebuah motosikal berkuasa tinggi.
"Auch!" keluh Anna dalam keadaan duduk kerana lututnya luka. Agak besar tapi tidak serius mana.
Lelaki yang menaiki motosikal berkuasa tinggi tadi berhenti di tepi jalan dan meluru ke arah Anna.
"Awak, saya minta maaf sebab tak perasan awak tadi. Saya bawa awak pergi klinik ye? Luka awak tu boleh tahan besar." kata lelaki tersebut.
Anna yang masih meniup luka sambil dahinya berkerut-kerut menahan sakit pada lututnya. Setelah agak lama baru Anna membalas apa yang lelaki tadi tanya.
"Eh, tak pe...sa...sa...saya okay. Awak jangan risau ye. Lagipun saya dah lambat nak pergi sekolah. Ha! Tu pon bas saya dah sampai. Terima kasih sebab ambil berat dan jumpa lagi." balas Anna sambil berusaha bangun dalam keadaan sakit dan terus menuju ke bas. Sebelum naik Anna pandang ke arah lelaki tadi dan melambai tangannya sambil tersenyum manis.
"Ya Allah. Manisnya senyuman dia dan nampak sangat ikhlas walaupun tengah menahan sakit. Jap! Tadi aku perasan lencana sekolah dia macam sekolah aku. Aku kena siasat dan berazam hendak jadikan dia permaisuri hatiku suatu hari. Mesti mama dengan baba seronok kalau aku cerita nanti." kata Izzfal seorang diri.
Note: cam kelakar pula bab 1 miss buat ni 😔
to be continued...

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia
RomanceDia dilahirkan dalam sebuah keluarga yang bahagia seperti keluarga orang lain. Namun kebahagiaan itu hanya sementara kerana ibu kandungnya telah menghadap Ilahi. Hidupnya berubah 100% . Ayahnya yang dahulu seorang yang penyayang kini telah berubah m...