Rooftop |

562 37 1
                                    

Warning: non yaoi,vooc,au,no fluff.
                  Rudy×fem Ali(Alia)
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

''Arghhh!! Kenapa aku?!'' Rudy terjerit sedikit,meluahkan rasa yang terbuku. Rambutnya yang sedikit panjang memcecah kolar baju itu diramas kasar,menunjukkan yang dia benar-benar kusut. Tidak cukup dengan itu,keluhan nafasnya juga dilepaskan kasar.

''Drama...''sambut satu suara,mendatar.

Rudy kalih pandangan ke arah empunya suara. Kecil dipicing anak matanya memandang empunya tubuh yang sedang duduk santai di atas tebing tembok,di atas bumbung bangunan itu.

"Eiy,kau ni,''ujar Rudy lagi. Nyata dia tidak berpuas hati dengan gadis yang sedang duduk membelakanginya itu.

''Tsk,tsk,tsk...salah Rudy,''ujar si gadis,lembut dalam tawanya.

''Kenapa pulak salah aku?Kau yang tibe² muncul,tibe² nak jadi kawan aku.Kenapa pulak salah aku, cube kau cakap?" soal Rudy bertubi tubi. Tidak betah apabila dirinya dipersalahkan.

"Rudy yang selalu minta nak ade kawan,kan? Lia ade dekat sini sebab Rudy yang panggil," kawan si gadis yang menggelarkan dirinya sebagai Lia. Ya,sedari kemunculannya lagi, dia susah memperkenalkan diri sebagai Alia.

"Bila masa pulak aku panggil kau? Aku duduk dekat sini sorang sorang aman je. Kau jangan nak tambah tambah cerita!" Rudy sedikit berang.

"Rudy yang tak pernah nampak Lia. Lia ade dekat sini hari hari. Ape yang Rudy cakap dan buat,semuanya Lia dengar dan nampak,"ujar Alia,lembut mendatar. Pandangannya dikalih memandang Rudy yang masih berdiri di belakangnya dengan riak serabut. Dia tersenyum manis.

"Tapi kenapa aku? Kau boleh pilih orang lain,kau boleh pilih untuk tak munculkan diri depan aku. Tapi...kenapa..aq..?"soal Rudy lagi,masih berkisar pada soalannya yang tidak berjawab. Dia mahukan jawapan. Mengapa Alia memilih dirinya berbamding orang lain?

"Sebab...Rudy orang baik."ringlas Alia menjawab seraya melangkah menghilang entah ke mana.

Rudy termengkelan sendiri. Kelam dengan apa yang baru dilaluinya.

Kemunculan Alia secara tiba tiba dua hari lepas,benar benar membuatkan hidup Rudy serba tidak kena. Pada awalnya,dia akui bahawa dia takut.

Takutkan roh--hantu...Alia.

Tetapi disebabkan Alia tidak menunjukkan rupa paras sebernanya,sedikit demi sedikit dia cuba untuk menerima kewujudan gadis itu. Menurut kata Alia,dia sekadar ingin berjawab dengan Rudy. Tetapi, Alia...gadis itu sesuka hatinya akan muncul dan pergi,tanpa pamit dan salam.

"Arghh!! Serabutlah!" selalu lagi rambutnya diramas kasar.

Rudy memanjat tebing tembok bumbung bangunan dua tingkat itu dan terus duduk berjuntai kaki seperti yang dilakukan Alia. Memang di situ dia sering melepak bersendirian,melepaskan lelah yang menyesak benak setelah seharian di pejabat.

Dan dari situ jugalah dia bertemu Alia...

Semuanya di atas bumbung bangunan rumah kedai dua tingkat itu.




















































Bersambung~

Kali ni aq nak buat lain cikit dari chapter yang lain. So pendapat korang tentang chapter ni amat dialu alukan...

Tekan butang ★VOTE, COMMENT and FOLLOW!!!!

Roger!!!!!!!



RuLi One Shots [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now