Rooftop ||||

201 24 6
                                    

Lama dia duduk di atas tebing tembok bumbung bangunan rumah kedai itu. Sketchbook di tangan terlakar sesuatu yang masih tidak jelas. Kerjanya tergendala seketika. Pandangannya ditebar ke tengah laut malam yang gelap. Sekadar deruan ombak dan bayu laut yang menyapa tubuh.

"Tunggu Lia ke?"sapa Alia lembut.

Rudy diam. Melafaz istighfar dalam hati dek terkejut dengan sapaan Alia.

"Kenapa lambat? Pergi dating ke?"soal Rudy,sengaja menggiat

"Rudy lukis apa?"soal Alia kembali. Dijengah sedikit wajahnya ke arah sketchbook yang sedia terbuka.

"Nak lukis muka kau,boleh?"

Alia tersenyum. "Lukislah. Lukis cantik cantik tau,"ujar Alia. Nadanya sedikit teruja.

Rudy sekadar mengangguk. Pensil dicapai dan dia mula melakar di atas sketchbook.

"Hmm...hmm...hmm..."Alia bersenandung kecil. Irama senandungnya persis lagu Untuk Terakhir Kali dendangan Situ Nurhaliza. Lagu yang berentak perlahan itu dilakukan begitu mendayu.

Rudy membiarkan,tidak mahu mangganggu mood Alia. Malam ini,dia hanya mahu menghabiskan lebih masa dengan gadis itu. Jarang dilihatnya Alia sebegitu. Selalunya gadis itu lebih banyak tersenyum sahaja.

"Okay,dah siap!"Rudy tersenyum lebar.

"Boleh Lia tengok?"soal Alia,penuh minat.

Rudy terus menunjukkan sketchbook nya. Serabut wajah lembut Alia terpapar di atas kepingan kertas putih itu. Sedang tersenyum manis.

Rudy hanya melihat tingkat gadis di sebelahnya. Alia begitu ralit menatap lukisan wajahnya,seakan tenggelam dalam sebuah lautan perasaan yang tidak dapat digambarkan. Tingkahnya,gerinya,nuansa wajahnya, benar-benar menggamit pelbagai persoalan.

"Kau...suka tak?"tegur Rudy. Cuba mengembalikan si gadis Dari timbunan rasa yang bertandang.

Pantas Alia mengangguk. Senyum mula menggayuti seulas bibirnya. Sketchbook Rudy disebabkan semula.

"Cantik."

"Sebab kau cantik. Jadi cantiklah aku lukis,"tutur Rudy,jujur.

Alia diam. Pandangannya kembala menala ke tengah hamparan lautan gelap. Kedengaran nafasnya dilepaskan dilepaskan berat.

"Rudy,hidup akan jadi kejam jika kita terlalu baik. Akan jadi perit jika kita terlalu percaya. Akan jadi gelap jika kita terlalu leka."

"Kau ada sejarah hidup? Yang kau tak boleh lupa?"soal Rudy lagi,cuba mengorek cerita di sebalik memori hidup seorang gadis secantik Alia.

"Semua orang ada sejarahnya. Sama ada pahit ataupun manis. Sejarahitu tercipta untuk diiktibarkan,bukan ditinggalkan."

"Boleh aku tahu?

Alia sekadar menjawab dengan senyuman. Perlahan lahan dia melayah turun menjejak ke bumi,meninggalkan Rudy bersendirian di atas bumbung bangunan rumah kedai dua tingkat itu.

                                                       •••

Sekali lagi dia seperti tercampak di kawasan yang sama, berdiri berhadapan dengan sebuah bangunan rumah kedai dua tingkat dengan reka bentuk kolonial,sekadar menjadi pemerhati kepada kejadian² yang dia tidak pasti puncanya.

Pandangan ditebar ke sekitar kawasan. Mencari cari kelibat gadis yang sering berlari dari sesuatu atau seseorang.

Pandangannya akirnya tertancap pada bumbung bangunan rumah kedai tersebut. Kelihatan seorang gadis sedang bersandar di tepi tebing tembok bumbung. Seakan sedang diacukan sesuatu. Dan kemudian,matanya menangkap kelibat seorang lelaki yang sedang mengacukan sesuatu ke arah gadis itu. Dia memicingkan lagi pandangannya,cubaf memastikan apakah jenis bahan yang diacukan ke arah gadis itu.

Pistol!!!

Rudy membuka langkah untuk menyelamatkan gadis tersebut. Dia berlari menuju ke arah bangunan rumah kedai itu dan terus mendapatkan anak tangga menuju ke bahagian bumbung bangunan. Nafasnya sedikit mencungap sewaktu dia tiba di lantai bumbung. Pandangannya menangkap satu duduk tubuh lelaki sedang melutut lemah,tidak jauh dari tempat duduk gadis tersebut berdiri.

"Aliaaa!!!"

Serentak dengan itu juga,satu das tembakan tepat mengenai kepala si gadis dan tubuh kecil itu mula terkulai tidak bernyawa.

Rudy termengkelan.

                                                      •••

Rohnya ibarat direnggut masuk ke dalam jasad. Sekali lagi dia terduduk dari tidurnya. Terjaga dalam mengah nafas yang turun naik. Degupan jantungnya juga terasa laju daripada kebiasaan.

Peluh mula merecik melalui liang roma. Sungguh,dia terkejut dengan apa yang baru dialaminya. Mimpi kepada persoalan tentang Alia.

Adakah ia sekadar bayangan tidur atau....

kisah benar yang dilalui oleh Alia.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Upcoming chap is the final for this story. Lepastu aq plan Nak buat cite horror. Ape kate para readers?! Sape sokong angkat kaki!!!✌️😂💩

Jgn lupa...amalkan VOTE COMMENT and FOLLOW!!!!!

Tata titi tutu!!😂

RuLi One Shots [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now