Rudy mendaki anak tangga bangunan rumah kedai itu santai. Botol air mineral dan dua biji burger yang dibeli,dijinjit penuh bersemangat.
Dia sudah merangka rangka untuk duduk bersembang dengan Alia malam ini. Dan besar harapannya Alia akan kemunculan diri. Banyak yang hendak ditanya pada gadis kecil molek itu.
''Seronoknya~"tegur Alia dengan senyuman manisnya.
Hampir sahaja dia terlatah dek terkejut dengan sapaan Alia. Gadis itu yang entah dari mana munculnya dijeling geram.
"Mana kau pergi?"soalnya sedikit kasar.
''Tak ke mana mana. Lia ade je dekat sini,"jawab Alia, bersahaja. Tubuhnya terus melayah di udara sebelum melabuh duduk di atas tebing tembok bumbung bangunan.
Rudy mencebik. Berfikir, alangkah bagus jika dia juga punya kebolehan seperti Alia. Pasti dia tidak sakit kepala menghadap jem setiap pagi dan petang.
Ah! Merepek ah!
Alia tertawa kecil dengan gelagat Rudy.
"Kenapa kau ketawa?"soal Rudy. Plastic burger diletakkan di tengah,antara mereka versus.
"Burger?"soal Alia. Soalan Rudy sengaja dibiar tidak berjawab.
Pantas Rudy mengangguk. Entahlah,dia tidak tahu sama ada betul atau tidak tindakkannya membeli makanan tersebut dan niatnya untuk mengajak Alia makan bersamanya. Dia sekadar mencuba nasib...
"Kau makan burger tak?"soal Rudy sambil memghulurkan sebiji burger yang sudah dibuka sedikit kertas pembalutnya.
Alia mengangguk dalam senyuman. "Lia sukar burger. Dulu, kami jual burger. Dekat bawah tu,"ujar Alia tanpa diminta. Huluran burger daripada Rudy disambutnya.
"Kami? Kau jual dengan siapa?" soal Rudy. Ya,diakan sudah merangka pelbagai soalan untuk Alia. Sudah semestinyalah dia tidak mahu melepaskan peluang yang ada.
"Abang Khai."ringkas Alia menjawab. Namun,nadanya kedengaran agak hambar. Tidak ceria apabila sebaris nama itu disebut.
"Mana Abang Khai tu sekarang?"soal Rudy lagi. Hatinya bagai ditarik tarik untuk mengetahui cerita selanjutnya.
Namun,Alia hanya berdiam diri. Tidak menjawab. Burger di tangan dimakan dengan penuh selera.
Rudy akirnya mengalah. Dia tahu,dari lagak Alia,gadis itu tidak mahu melanjutkan bicara. Sepanjang beberapafari dia bertemu dengan Alia,satu hal yang dia sudah mampu terima ialah gadis itu bukan dari kalangan manusia sepertinya. Alia boleh disifatkan sebagai hantu,gentayangan,jin mahupun bunian.
Ah! Dia tidak pasti yang mana satu kategori di Alia itu.
Keduanya,Alia tidak mengancamnya. Gadis itu sekadar mahu berjawab dengan ya. Mungkin Alia bosan atau...kesepian? Hmm,mungkin...?
Dan ketiganya,gadis itu adalah sejenis makhluk yang tidak banyak cakap. Sepuluh yang disoal,mungkinhanya tiga atau empat yang dijawab. Selebihnya,Alia hanya tersenyum. Dan senyumannya sangat manis.
Dan lagi,jika Alia itu wujud sebagai manusia,pasti dia sudah lama memilih gadis itu sebagai teman istimewanya.
•••
Malam itu,selalu lagi dia nampak kelibat seorang gadis sedang berlari. Seolah olah sedang melarikan diri dari seseorang. Dari lekuk tubuh,dia seakan mengenali kelibat gadis itu,namun pandangannya cuma dari bahagian belakang so gadis itu. Dia seolah olah menjadi pemerhati kepada sebuah babak yang dia sendiri tidak pasti berkaitan dengan apa.
Kelibat si gadis yang berlari dari arah lorong kecil bersebelahan bangunan itu,kini dilihat mula menyusuri laluan di hadapan bangunan rumah kedai,dan akirnya menghilang ke arah sebuah anak tangga yang mengunjur ke bahagian bumbung bangunan. Rudy perasan,bangunan yang dinaiki gadis itu adalah bangunan yang sama dia kunjungi saban malam.
"Alia..."getusnya seraya tersedar Dari mimpi.
Rudy duduk tercatuk di atas katil. Fikirannya ligat memikirkan mimpi yang baru sahaja dialaminya itu. Ya,dia sangat pasti bangunan itu adalah bangunan yang sama. Cuma dia tidak pasti,adalah kelibat gadis itu juga merupakan gadis yang sama ditemuinya, Alia.
Adakah...ianya...Alia?........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Bersambung~Harap best😂✌️
Reminder!!! VOTE COMMENT and FOLLOW!!!!!!!!Papaiii😂😑
YOU ARE READING
RuLi One Shots [SLOW UPDATE]
RandomUpdate bila free!!! Already written on the title that this ship contains gay ship Rudy x Ali OPEN REQUESTS!!!