Rooftop |||||[Final]

270 23 0
                                    

Alia merapatinya yang sedang bersandar pada tebing tembok. Renungan Rudy,dibalasnya dengan senyuman manis. Ya,Rudy akui. Alia tidak pernah lokek dengan senyuman. Walau mereka berasingan wujud,namun gadis itu sangat baik dengannya.

Alia tidak pernah mengganggunya,tidak pernah menyusahkannya. Sekadar muncul sebagai peneman di saat dia bersendirian di atas bumbung bangunan rumah kedai dua tingkat itu.

"Kenapa pandang macam tu?"soal Alia.

"Betul ke mimpi aku malam semalam?"Rudy menyoal.

Alia melayah menuju ke tebing tembok dan duduk berjuntai kaki di situ.

"Kenapa dia bunuh Kau? Siapa dia tu? Abang Khai ke?"soal Rudy bertubi tubi.

Hampir seharian dia cuba mencari kesinambungan dari setiap mimpi mimpinya dan juga perbualannya bersama Alia. Hanya satu yang dia nampak,lelaki yang disebut Alia seminggu lalu sewaktu mereka makan burger bersama.

"Abang Khai tak salah. Dia tak bunuh Lia. Dia tak dapat nak tolong Lia. Dia juga dibunuh."datar Alia bersuara.

"Sebab?"

"Abang Khai tak sengaja nampak kegiatan jahat mereka."Alia memberitahu dengan nadanya yang masih mendatar.

"Dan korang jadi korban samseng² tu?"

Alia sekadar mengangguk. Setitis air mata jernih mentality di pipinya yang putih bersih.

Rudy menghela nafas kasar,tidak berpuas hati dengan apa yang baru diketahuinya. Hidup seorang gadis sebalik dan secantik Alia berakhir begitu sahaja? Kerana apa?

Cinta?

Pengorbanan?

Dia tidak pasti dan Alia juga seakan tidak mahu menjelaskannya dengan lebih terperinci. Namun jauh di audit hatinya,dia dapat merasakan ada ikatan yang kuat antara Alia dengan Khai.

"Rudy,andai ada yang mencintai,hargai. Andai ada yang berkorban,sayangi. Hidup cuma sekali,maka hiduplah baik baik."

Rudy sekadar diam. Alia di hadapannya Masih tersenyum sebelum perlahan lahan hilang ditelan kabus malam. Rudy terpunduk pada tebing tembok.

Sketchbook yang sentiasa diusung ke mana sahaja itu dibelek. Wajah Alia masih terpahat di situ,sedang tersenyum manis dengan pandangan yang lembut, seakan sedang menatapnya kembali. Entah kenapa,hatinya jadi rawan mengenangkan Alia.

Adakah, Alia sudah punya tempat di dalam hatinya, dalam dia tidak sedari?.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tamat~
Next aq plan nk buat cite seram...Nak tak?!comment pendapat Dulu baru aq publish draft yg aq dah buat.

Notis!!! VOTE COMMENT and FOLLOW!!!!!

Adios amigos✌️

RuLi One Shots [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now