× 1 ×

2.4K 246 119
                                    

"Omma!" Aku berlari menuruni tangga dengan laju

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Omma!" Aku berlari menuruni tangga dengan laju. Jeritan adik aku dari tingkat atas aku buat buat tak dengar.

"Kakak! Janganlah lari. Macam gorila tau tak!" jerit adik aku, Kim Chanhyuk.

"Kamu ni dah kenapa Haera? Terjerit-jerit, malu kalau jiran dengar," kata omma sambil sibuk meletakkan periuk-periuk ke dalam kabinet.

"Boleh tak kalau Haera nak jalan- jalan kat sekitar sini?" Aku hampir- hampir terlupa tujuan utama aku berlari pecut turun ke bawah ni. Ni semua sebab adik aku. Dasar hati budu! Eh, busuk!

"Kamu dah habis kemas barang ke?"

"Alah omma ni, ni Kim Haera lah! Ofcourselah dah!" kata aku lalu mengibas rambut ala-ala iklan shampoo rambut. Muka paling bangga pada abad ini aku pamerkan di hadapan omma.

"Hmm yalah. Pergilah. Tapi jangan lama sangat. Nanti appa nak bawak keluar lunch." Aku dah terlompat-lompat, gembira. Belum apa-apa lagi aku berlari naik semula ke bilik aku.

Aku capai bagpack dan cap hitam yang aku selalu pakai. Dengan hati yang berbunga-bunga, aku sarung sneakers aku dan melangkah keluar.

Hati aku gembira sangat apabila pindah ke sini. Sekurang- kurangnya aku dapat blah dari sekolah lama aku. Tak bermakna aku benci sekolah tu, tapi manusia yang ada di sekeliling aku yang buat aku rasa muak nak belajar kat situ.

Ah, tak kisahlah! Asal aku happy kat sini, harap-harapnyalah ahaks.

"Cantik juga taman perumahan ni. Takdelah besar sangat tapi bersih. Udara pun nyaman," kata aku seorang diri. Kaki aku laju melangkah di laluan pejalan kaki. Taman permainan masih lengang. Yalah matahari tegak kat atas kepala memang ada pun orang nak main.

"Dahaga pulak. Nasib baik ada 7 Eleven." Aku mengatur langkah ke kedai serbaneka 7 Eleven yang terletak di seberang jalan.

Aku menyapa cashier di kaunter yang sedang sibuk bermain dengan telefonnya. Scroll ig kot manalah aku tahu.

"Kamu baru pindah ke sini ke? Tak pernah nampak," tanya lelaki itu. Aku mengangguk sebelum berjalan ke peti sejuk.

"Wah ada banana milk lah! Takku sangka," Aku menjerit kecil melihat air favourite aku.

Aku segera membuka peti sejuk tersebut dan laju sahaja tangan aku ingin mencapai botol banana milk itu.

"Err awak...," suara itu tiba-tiba sahaja membuatkan tanganku terbrek secara tiba tiba. Aku memandang ke arah kiri. Seorang lelaki dengan muka yang agak serba salah memandang aku.

"Err saya pun nak ambik air tu," katanya lalu menggosok belakang lehernya.

Aku memandangnya dan botol banana milk itu berulang kali. Aku tekad. Apa nak jadi, jadilah!

"Tapi aku yang nampak dulu. So, aku punyalah kan?" Yalah kan, siapa yang nampak dulu dia punyalah kan?

Korang setuju kan dengan aku? Kalau tak setuju, tak nak kawan.

"Hmm tapi..." Tangan aku pantas mencapai the one and only banana milk itu. Aku pandang wajah lelaki yang agak tinggi bagi aku.

"Takde tapi tapi! Harap maaf, permintaan anda tak dilayan." Aku melangkah pergi meninggalkannya lalu berjalan ke kaunter.

Sewaktu aku ingin membayar, aku perasan dia melangkah keluar dengan longlai tanpa membeli apa apa. Nampaklah dia hanya datang ke kedai ini demi sebotol banana milk.

Sejahat-jahat hati aku ni aku tetap rasa bersalah juga tau. Dahlah baru sampai, lepastu dah cari pasal dengan orang yang tak dikenali. Ish ish tak patut tak patut.

Aku hanya melihat kelibatnya sehingga hilang dari pandangan.

-----

I'm back with treasure fanfic pulak hohoho harapnya adalah yang baca. Aku buat cerita untuk Jaehyuk dulu sebab tetiba je dapat idea hahahha btw jemput baca my other fanfic jugak (ikon fanfic)

STREAM MMM ⚡

TEUBYE ~

• banana milk • yoon jaehyuk Where stories live. Discover now