× 13 ×

750 135 116
                                    

|| On my playlist ||

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


|| On my playlist ||

Let's Not Fall in Love           ⏪⏸️⏩🔀
BIGBANG

        Tiba-tiba aku rindu Bigbang, bilalah diaorang nak comeback selepas military? Takpelah aku dengar jelah lagu lama diaorang, untuk mengubat kerinduan aku kepada mereka huhuu

       Tangan aku laju menyiapkan essay Bahasa Inggeris aku. Dari lepas makan malam aku menghadap essay ni, tak siap-siap.

       Bukan apa, nak cari idea tu yang susah sebenarnya hahahahah yalah nak buat essay yang fantastic, bombastic kenalah ada idea yang tak cliché hahahah

      Alah mengaku jelah korang pun macam tu kan? Stuck kat bahagian cari idea je sebenarnya hahahah

      "Sir ni pun satu, bagi hari ni esok juga nak hantar. Hmph!" bebel aku sambil jari aku laju menggerakkan pen di atas kertas kajang. Kamus di sebelah dibuka berulang kali.

       Brrrr !

       "Uish bunyi apa tu?" Fokus aku terganggu. Aku pandang kiri kanan. Air liur ditelan. Ada orang lain ke dalam bilik aku?

       Entah-entah - perompak? Atau yang lebih teruk- perogol? Pembunuh bersiri?

      Omg tak boleh jadi ni!

      Aku bangun dari kerusi. Mata aku meliar di sekeliling bilik, manalah tahu ada serangan hendap ke sempatlah juga aku keluarkan ilmu taekwondo aku ni.

       Brrr!

       Aku dengar betul-betul sebelum aku perasan sesuatu. Perlahan-lahan tangan aku naik ke perut.

       Ceh, perut aku minta makanan rupanya. Kalut je aku ni hahahha

       Fokus sangat buat essay sampai lapar hahahah nampaklah betapa aku sangat rajin dan bersemangat untuk belajar.

       Yalah dah kawan dengan best student mestilah kena ikut perangai dia juga. Tak tahu siapa? Jaehyuklah, siapa lagi.

       Aku ambil phone, letak dalam poket sweater aku, betulkan earphone kat telinga sebelum keluar dari bilik untuk satu misi penting.

       Misi mencari makanan di dapur.

-----

      "Sarangeul haetda, uriga manna~
       Jiuji mothal chuogi dwaetda~ "

       Aku menyanyi lagu Love Scenario dari iKON sambil tangan laju mencari makanan dalam kabinet. Cantik, aku jumpa keropok kentang pedas.

        Aku duduk di meja makan, tak naklah makan dalam bilik nanti malas pula aku nak buang. Lagipun, kalau omma tahu aku makan dalam bilik mahu kena bebel tujuh keturunan.

• banana milk • yoon jaehyuk Where stories live. Discover now