× 18 ×

650 127 100
                                    

     Tangannya menghentak air tin soda di atas meja itu, sehingga tertumpah sedikit airnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


     Tangannya menghentak air tin soda di atas meja itu, sehingga tertumpah sedikit airnya.  Mukanya merah menahan geram, kalau boleh mahu sahaja dia cekik perempuan tak guna itu dengan kuku panjangnya.

     "Kenapa kau kena muncul kat sini Haera?" kata Yujin lalu menghentak meja. Tiada sesiapa pun di situ. Kalau ada pun, mungkin orang anggap dia gila.

     "Kau rampas Jaehyuk dari aku," katanya perlahan, namun jelas api kemarahan muncul di setiap perkataan yang disebutnya.

      Terbayang-bayang lagi scene Haera dan Jaehyuk berpelukan tadi, diiringi dengan ketawa kegembiraan tiga orang budak Jepun itu.

       Dia benar-benar sakit hati.

      Dia tidak mampu bertenang sekarang. Mahu sahaja dia serang Haera di situ, tapi dia tidak berani kerana ada Jaehyuk.

      Kalau tak, dah lama perempuan tu mati.

      "Dia milik akulah tak guna!" Jeritnya sekuat hati. Lantaklah ada orang dengar ke tak, yang penting dia puas.

       Kalau ada orang tahu pun dia tidak kisah, dia memang nak satu sekolah tahu yang sesungguhnya dia  memang benci dengan perempuan bernama Kim Haera tu.

       "Kenapa dengan kau ni?" Satu suara garau tiba-tiba muncul. Yujin menoleh ke belakang.

        Seorang lelaki berjalan ke arahnya, dengan tangan di dalam poket sehingga dia berdiri betul-betul di hadapan  perempuan tersebut.

        "Kau rupanya. Kau tak payah sibuk boleh tak?" Yujin mendengus kasar. Dia tak perlu pun kehadiran lelaki itu.

         " Aku cuma nak tolong kau."

         Yujin angkat kening. Dia memandang lelaki itu, tajam.

          "Maksud kau?"

          "Yalah kau tak suka perempuan tu kan? Aku boleh tolong," kata Chanwook dengan muka yakin.

           "Kenapa? Kau suka dia ke?" tanya Yujin. Tapi sebenarnya dalam hatinya dia mula tertarik dengan tawaran Chanwook.

           "Tak, aku tak suka dia pun. Cuma..."

          "Cuma apa?" tanya Yujin, laju.

          "Aku nak Jaehyuk rasa macam waktu dia hilang Aerin dulu." Yujin telan air liur. Psiko gila lelaki ni, bisiknya dalam hati.

         Dia tak sedar ke yang dia pun psiko juga ? Hahhahaha

           "Aku rasa aku okay dengan tawaran kau. Asal Haera tu berambus dari hidup Jaehyuk, tu dah buat aku puas," katanya dengan wajah jahat. Dia tersenyum sinis.

           "Tapi!" Chanwook pandang wajah Yujin.

          "Kau jangan apa-apakan Jaehyuk. Ingat!" kata Yujin lagi. Dia tak kisah pun pasal Haera, asal Jaehyuk selamat.

          Chanwook senyum sinis. "Aku tak boleh jamin," katanya.

        "Hei, aku minta satu benda je kan? Susah sangat ke nak buat? Walau apa apapun terjadi, jangan ada satu pun luka pada badan Jaehyuk. Kau nak buat apa kat Haera aku tak kisah!" kata Yujin, hampir menjerit. Geram pula dengan sikap lelaki selekeh di hadapannya.

         Chanwook angkat bahu. Dia hulur tangan.

         "Deal eh?" Yujin pandang tangannya sebelum menyambutnya tanpa ragu-ragu.

          "Deal."

-----

Pendek jelah malas pula aku campur bab ni dengan part lain 😂 apahal dark semacam je bab ni? Tapi aku harap korang okay jelah eh hahhaha

Stream MMM ⚡ vote Treasure on MAMA everyday hahahha baru haritu keluar MAMA COUNTDOWN Treasure ver hahahah kelakar gila part Jeongwoo berdiri atas line tu hahaha 😂

Aku tengok twitter yang MAMA post vid Treasure tu, kat comments semua tulis

"Better you treat them properly. Teume and YG stan will watching you." 👁️👄👁️ and some comments like that lah.

Yalah mana tahu nanti buat yang macam waktu blackpink mama 2017 😒 sumpah upset dahlah winner tak menang best male group waktu tu grrr dahlah waktu tu sumpah lagu really really lit gila 🔥 tiba-tiba en hahahah

Marilah kita bersama-sama menonton mama ya 👏👏

       
     

• banana milk • yoon jaehyuk Where stories live. Discover now