× 30 ×

612 122 125
                                    

 

      Hari-hari aku di sini berlalu seperti biasa, tapi aku perasan Jaehyuk berubah sedikit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

      Hari-hari aku di sini berlalu seperti biasa, tapi aku perasan Jaehyuk berubah sedikit.

       Dia macam...Lebih prihatin dan ambil berat pasal aku. Memang kalau aku nak pergi mana-mana, mesti ada dia kat sebelah, dah macam bayang-bayang, ikut pergi mana-mana tak kira tempat dan waktu.

        Even aku nak pergi tandas waktu tengah kelas pun, bukan main banyak pesanan dia.

"Awak pergi tandas cepat-cepat tau!"

"Jangan melencong pergi tempat lain pula. Cepat-cepat masuk kelas."

"Kalau bukan sebab awak pergi tandas, dah lama saya teman."

        Dan setiap kali dia cakap macam tu, aku akan angguk-angguk macam burung belatuk. Pesanan dah macam omma aku.

       Adakah Jaehyuk sudah tersampuk dengan perangai omma aku? Isk isk boleh jadi, sebab pagi-pagi diaorang mesti jumpa sebelum aku pergi sekolah.

        Jadi tak mustahil Jaehyuk boleh terpengaruh dengan omma aku kalau pagi-pagi mereka bersembang macam kat kedai mamak sementara tunggu aku yang memang lembab ni. Buktinya, aku pernah terdengar omma aku promote bekas Tupperware, suruh Jaehyuk bagitahu ommanya untuk beli.

       Lain macam omma aku ni mmm

       Dan, sekarang waktu makan tengahari dan biasalah, makan makanan makcik kafetaria.

       "Eh Jaehyuk! Kenapa aku rasa... Lauk hari ni macam masin semacam je? Ke aku dah kehilangan deria rasa?" Aku pandang wajah Jaehyuk. Jaehyuk angkat kening sebelum merasa sedikit lauk di depan matanya.

        Serta-merta, mukanya yang kacak itu berubah. Daripada reaksi mukanya, tahulah aku bahawa deria rasa aku masih normal dan berfungsi.

       Dan sesungguhnya lauk makan tengahari kami teramat masin. Masin dia tak boleh bawa bincang!

        "Hmph, hilang selera aku!" kata aku lalu menyedut air kotak jus epal yang memang datang sekali dengan hidangan makan tengahari.

         "Tak makan ke Haera?" Aku angkat muka. Lah si panda ni dah kenapa rajin tegur aku pula?

          Siapa lagi kalau bukan Park Jihoon. Tepuk tangan semua, bukan senang nak panggil dia supaya muncul dalam cerita aku ni!

         "Ish tak naklah. Masin sangat!" Jaehyuk kat sebelah angguk-angguk. Dia makan salad je.

         Tiba-tiba, Jihoon tersengih-sengih macam orang baru lepas kentut tapi malu nak mengaku. Dia berdiri betul-betul sebelah meja aku sebelum dia rendahkan badan dia.

          "Aku ada satu rahsia. Tapi jangan cerita kat siapa-siapa tau!" Aku dan Jaehyuk saling berpandangan.

          Jihoon ni, dia macam tiberr tapi takpelah 😂

• banana milk • yoon jaehyuk Where stories live. Discover now