× 4 ×

1K 183 128
                                    

 

     "Okay terima kasih ya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


     "Okay terima kasih ya. Kamu boleh balik sekarang." Miss Sooyoung tersenyum manis melihat wajah aku. Aku hanya tunduk sebelum meminta diri.

      "Aish lama pula cikgu ni. Baru nak tanya Jaehyuk pasal tadi," kata aku seorang diri sambil berjalan. Aku sepak batu kecil yang ada kat atas jalan tar tersebut.

      Perkarangan sekolah mula lengang kecuali bunyi hingar bingar pelajar lelaki yang masih bermain bola keranjang di outdoor court. Ada juga sesetengah pelajar yang masih lepak-lepak atau yang rajin sikit, stay untuk belajar.

     Aku angkat sikit bagpack Doraemon aku yang hampir terjatuh daripada bahu. Tangan kedua-duanya aku letak dalam poket. Aku suka baju uniform sekolah ni sebab ada poket kat baju dia. Skirt dia pulak jenis tak senang kedut.

Aku bayang uniform diaorg macam ni but ganti reben tu dengan tie

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku bayang uniform diaorg macam ni but ganti reben tu dengan tie. Huehue

       "Haera!" Aku pandang belakang. Eh Jaehyuk ?
       
        "Eh ingatkan kau dah balik tadi," kata aku. Inilah peluangnya untuk aku siasat apa yang terjadi antara Jaehyuk dan lelaki yang aku tak tahu namanya. Okaylah senang aku panggil dia lelaki miang.

      YA MEMANG MIANG PUN SUKA-SUKA HATI JE PEGANG AKU DIA INGAT DIA ADIK AKU KE NAMPAK TAK BETAPA AKU MARAH okay aku sudah boleh bertenang huh huh.

     "Oh tak saya tunggu awak sebab tadi kan saya tanya, awak balik naik apa? Awak cakap awak jalan kaki. Jadi saya temanlah awak balik, tak elok pula perempuan jalan seorang diri." Oh panjang lebar ya penerangan daripada cik abang Jaehyuk kita ni. Ini barulah gentleman hahah.
   
       "Alah tak payah risaulah. Aku belajar taekwondo tau !" kata aku dengan muka acah bangga. Jaehyuk hanya tergelak kecil. Aku pun tak tahulah apa yang kelakar.

      Jadi, kami pun mengatur langkah keluar daripada pagar sekolah bersama sama.

      "Awak ni jalan laju juga eh?" Aku pandang Jaehyuk.

        "Kenapa? Pelik ke?" tanpa berfikir panjang, aku bertanya.

        "Yalah, selalunya perempuan ni jalan perlahan. Awak jalan macam atlet lumba jalan kaki." Dan untuk berapa kali entah, dia gelak.

       Okay aku jujurlah. Aku suka tengok dia gelak sebab comel HAHAHAH

        "Aku tak suka lambat-lambat," kata aku lalu berjalan. Tiba tiba sahaja aku teringat sesuatu.

        "Oh Jaehyuk!" Jaehyuk memandang aku dengan pandangan terkejut. Aku berdiri betul betul di hadapannya. Sebagai seorang perempuan yang ditakdirkan menjadi pendek eh rendah, aku terpaksa mendongak memandangnya.

       "Aku nak tanya sesuatu." Mata aku dikecilkan, membuat muka saspens. Jaehyuk angkat kening.

        "Nak tanya apa?"

         "Kenapa lelaki tadi macam takut dengan kau?" Okay Jaehyuk gelak lagi.

          "Lah, ingatkan nak tanya apa. Okay awak nak tahu kan? Jom ikut saya." Tiba-tiba sahaja dia berjalan. Aku pun macam orang kena pukau, ikut je. Semangat detektif Conan aku dah memuncak.

        Maka, sampailah kami di sebuah minimart. Aku pandang Jaehyuk dengan pandangan kita-nak-buat-apa-kat-sini?

        "Jom makan ramen kat sini dulu. Saya lapar. Awak takpe ke balik lambat?" tanya Jaehyuk. Aku pandang jam tangan aku. Hmm, memang dah lambat tapi ah aku tak kisahlah aku nak tahu juga!

        "Takpe takpe. Jom!" Aku melangkah dahulu masuk ke dalam minimart itu.

         "Jom Haera!" ajak Jaehyuk sambil berjalan ke arah food court. Tak besar pun, yalah minimart je.

          "Aku belanja kau pulak !" kata aku laju sahaja mencapai dua bekas ramen. Jaehyuk angkat ibu jari, seronoklah tu ada orang belanja. Tersengih-sengih kat sebelah aku.

          "Kau pergilah duduk dulu, biar aku yang letak air panas ni. Kau tolong ambil chopsticks tu," kata aku sambil menekan butang air panas kat mesin Coway. Jaehyuk hanya mendengar arahan aku. Amboi Haera sedap je mengarah anak orang hahahah

        Setelah siap mengisi air panas, aku membawa bekas ramen itu dengan berhati-hati sampai ke meja yang diduduki Jaehyuk. Jaehyuk segera menolong aku.

        "Haa, sementera tunggu ramen ni, cepat cerita!" kata aku dengan muka yang tak sabar sabar.

        "Chill chill kita makan dulu," kata Jaehyuk sambil tergelak kecil. Saja betul nak mengelak.

         "Hish." Terus muka aku masam.

          "Hahah, comellah awak merajuk," kata Jaehyuk lagi. Aku pandang dia. Ceh saja nak ambil hati jelah tu. Aku menyembamkan muka aku ke atas meja.

        Okay, sebenarnya aku malu sebab dia puji aku comel huehue.

        "Haera, saya rasa dah boleh makan ramen ni," kata Jaehyuk lalu menyentuh bahu dengan hujung jarinya.  Aku duduk, cover malu aku tadi.

       Tiba- tiba sahaja, suasana antara kami menjadi awkward. Aku makan ramen aku perlahan. Sesekali aku menjeling Jaehyuk, entah bilalah dia nak cerita. Penat aku tunggu ni!

       "Wah, dah kenyang !" kata Jaehyuk, bertenaga macam robot yang baru lepas kena cas.

       Jaehyuk bangun dari duduknya untuk membuang bekas ramennya tetapi secara refleksnya, aku memegang tangannya kuat. Dia memandang aku dengan mata yang besar, terkejut mungkin.

      Mana taknya kuat kot aku pegang tangan dia. Macam pegangan tangan gorila!

       Mana taknya kalau HARI - HARI si Chanhyuk tu cakap aku macam gorila. Masin betul mulut!

        "Aku tak kira. Aku nak kau cerita juga!"

       Jaehyuk tergelak untuk entah berapa kalilah hari ni aku tak kira pula. Dia duduk semula dan pandang aku.

       "Ceritanya begini..."

-----

Haa kalau nak tahu apa cerita yang Haera nak tahu sangat tu baca chap seterusnya hahahhaha

Aku baru tengok treasure studio yang baru tu. Comel do semua character diorang. 😍 Jaehyuk punya sumpah suit dengan dia! 🦁

• banana milk • yoon jaehyuk Where stories live. Discover now