× 34 ×

615 125 50
                                    

     Bodoh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

     Bodoh.

     Aku tahu, aku tak patut mengharapkan bantuan sesiapa sekarang ni, walaupun daripada Jaehyuk.

      Yang boleh tolong aku sekarang adalah diri aku sendiri.

      Aku hela nafas. Mana hilang semangat dan keberanian aku ni? Ini bukan diri aku yang sebenar. Aku kuat, ya aku kuat!

      Aku membetulkan duduk aku. Aku melihat sekeliling, cuba mencari benda yang boleh membantu aku. Arghh, gelap macam ni mana boleh nampak apa-apa.

     Haera, cepat fikir. Aku pandang kasut aku.

      Aha! Aku dapat idea.

       Aku baru teringat yang haritu aku ada tengok video tentang macam mana nak putuskan tali ikatan guna tali kasut kalau kena culik.

reference vid. mana tahu korang boleh try

        Okay apa yang aku kena buat sekarang adalah ingat balik setiap step dalam video tersebut. Aku boleh!

          Aku ambil tali kasut aku, aku cuba rapatkan tangan aku dengan tali kasut aku. Okay, aku tarik nafas, hembus.

        Apa yang aku kena sedar, benda ni kena buat dengan sekali cubaan sahaja. Dan, aku tak boleh silap.

        Aku ikat tali kasut aku pada ikatan di tangan aku, tangan aku terketar-ketar. Takut, sejuk, dahaga, lapar semua ada. 

        Selepas aku rasa puas hati, benda yang aku kena buat sekarang adalah buat gerakan macam aku tengah kayuh basikal supaya berlaku geseran dan tali terputus.

       Aku tarik nafas lagi sekali. Cuba kumpul keberanian.

        Satu, dua, tiga!

        Yes, tangan aku dah terlepas! Aku terus berdiri.

        Aku jenguk tingkap. Nasib baiklah rumah ni rumah teres satu tingkat. Aku buka tingkap perlahan-lahan.

        Aku melompat keluar dari tingkap tersebut tetapi aku tersalah mendarat membuatkan kaki aku terseliuh.

       Rasa sakitnya tak payah cakap, zupp naik ke atas!

       Aku tekup mulut aku, tahan daripada menjerit kesakitan. Aku bangun perlahan-lahan, cuba berjalan dengan kaki terhinjut-hinjut. Aku tak tahu aku kat mana sekarang, depan aku hanya hutan dan semak-samun.

       Aku telan air liur. Takut pula nak redah. Aku pandang rumah kat belakang aku sekarang.

       Aku tekad. Aku nak kembali ke pangkuan keluarga aku. Aku nak jumpa Jaehyuk. Nak jumpa Sakura, Mashiho, Asahi dan Jihoon. Takkan aku nak sia-siakan peluang yang aku ada ni?

• banana milk • yoon jaehyuk Where stories live. Discover now