× 20 ×

655 127 91
                                    

It's already chapter 20! Ni first time aku buat fanfic sampai chapter 20. Anyway, keep reading ♥️

Aku duduk di tempat aku lalu mengeluh kecil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Aku duduk di tempat aku lalu mengeluh kecil. Aku tongkat dagu lalu memandang tempat duduk Jaehyuk di sebelah aku. Sedihnya dia tak datang sekolah hari ni mmm

Aku keluarkan buku nota aku yang memang aku selalu bawa setiap hari. Tiba-tiba tangan aku rasa gatal nak menconteng kat dalam buku berwarna biru tu.

Nak conteng apa eh?

Aku termenung sebentar, cari idea jap.

"Seorang je? Mana kawan baik kau?" Satu suara garau membuatkan aku tersentak.

Macam kenal je suara ni...

Aku angkat muka. Argh, apa masalah lelaki ni nak cakap dengan aku? Memang aku seorang je ke manusia yang ada dalam kelas ni sampai dengan aku je dia nak cakap? Tak boleh ke tegur orang lain grr

Chanwook hanya tersenyum sinis. Tangannya diletakkan dalam poket.

Malas pula aku nak jawab. Aku pandang buku aku balik lepastu conteng benda mengarut.

Biarkan dia, anggap je dia macam lalat.

"Tak salah kan aku tanya pasal dia? Dia pun kawan aku juga. Kawan sekelas." Kawan otak dia. Dia ingat aku tak tahu ke kisah dia dengan Jaehyuk? Yang pasal gaduh tu.

Salah oranglah, Chanwook. Ni Kim Haera.

"Haera." Dia sentuh bahu aku.

Aku tepis tangan dia dan bangun dari kerusi. Aku pandang tepat pada muka dia yang agak terkejut.

" KAU JANGAN SENTUH AKU BOLEH TAK? KAU MEMANG NAK AKU CARUT DEPAN MUKA KAU KE BARU KAU BERHENTI GANGGU AKU?"

Satu kelas senyap, tak sangka kot aku boleh naik darah sampai macam tu sekali. Muka aku merah menahan marah.

Chanwook terkejut, tetapi tiba-tiba sahaja tersenyum sinis. Dia mengangkat bahu lalu beredar.

Aku duduk. Aduh mana nak sorok muka aku ni? Mesti semua orang pandang serong kat aku huhu

Tapi semua ni takkan terjadi kalau lelaki miang tu tak mula dulu grr harap boleh berambus dari dunia ni cepat

"Haera."

"Apa lagi kau..." Aku angkat muka. Oh ingatkan lelaki miang tu lagi, rupanya orang lain.

"Oh sorry," kata aku perlahan, malu. Lelaki di sebelah aku itu hanya tersenyum, sampai sepet matanya.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
• banana milk • yoon jaehyuk Where stories live. Discover now