× 12 ×

745 145 110
                                    

       "Haera jom!" Sekarang sudah waktu rehat dan macam biasalah Jaehyuk ajak pergi kafetaria

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


       "Haera jom!" Sekarang sudah waktu rehat dan macam biasalah Jaehyuk ajak pergi kafetaria.

      "Kejap Jaehyuk! Aku nak siapkan sikit lagi latihan ni." Aku, dengan kelajuan cahaya menulis jawapan dalam buku latihan  Sains. Lantaklah tulisan cakar ayam macam doktor ke asal siap hahahhaha

      Bukan apa, sebab selepas rehat ni kelas Sains dan aku baru teringat aku ada satu soalan aku tak siap lagi sebab nak tanya Jaehyuk.

     Sementara aku masih ingat lagi cara jawab yang sudah diajar Jaehyuk tu, baik aku tulis cepat-cepat.

     Yalah korang pun tahu kan ingatan aku ni macam mana tak perlu dijelaskan lagi hahahah.

     "Yeay dah siap!" Aku menutup buku latihan Sains dengan kuat dan aku bangun dari kerusi aku.

      Tiba-tiba seorang gadis berdiri di hadapan meja aku, tersenyum manis sambil memegang sebuah bekas.

      "Haera, nah." Dia menghulurkan bekas di tangannya ke arah aku.

      Siapa eh nama perempuan ni? Macam pernah nampak.

     Oh, Sakura! Perempuan yang aku selamatkan daripada Yujin and the gang tu.

      "Apa ni?" tanya aku sambil angkat kening. Aku tak menyambut hulurannya.
  
       Yalah mana tahu prank ke, buka-buka nanti keluar cacing ke lipas ke mahu aku menjerit sampai bergegar sekolah ini.

      Tak patut betul aku ni, bersangka buruk ish ish

      "Sebagai tanda terima kasih. Saya buat bento untuk awak."

     Wahai Kim Haera, tak baik betul bersangka buruk. Tengok? Dahlah siap buat makanan semua. Terharu aku huhuu

      "Oh terima kasih!" Aku mengambil bekas itu lalu tersenyum, bersalah pula sangka buruk pada dia. Takkanlah perempuan sebaik dia ni nak buat macam tu kan?

      Jaehyuk yang dari tadi memandang drama yang berlaku antara kami berdua, berdehem. Aku pandang Jaehyuk. Alamak, lupa pula dia tunggu aku hehehe

     "Awak nak pergi kafetaria tak Haera?" tanya Jaehyuk.

      Aku pandang muka Jaehyuk kemudian bekas bento yang ada kat tangan aku.

     Ya, I have an idea!

      "Apa kata, kau kongsi dengan aku Jaehyuk? Sakura, kau pun joinlah sekali. Kita makan kat tempat biasa."

-----

     "Wah saya tak tahu pun ada spot lawa macam ni kat sekolah ni," jerit Sakura, teruja.

      Comel betul, macam anime. Memang orang orang Jepun ni, terkeluar dari dunia anime ke? Semua muka comel dan handsome hahaha

• banana milk • yoon jaehyuk Where stories live. Discover now