"Jaehyuk!"Jaehyuk menoleh ke belakang. Tangannya menutup pintu lokernya. Dia singgah ke loker sekejap, hendak menyimpan buku.
"Oh korang berdua rupanya," kata Jaehyuk lalu memandang dua orang lelaki yang berjalan ke arahnya.
Siapa lagi kalau bukan dua watak yang kita nantikan, Mashiho dan Asahi. Tepuk tangan semua! 👏
"Aku ada sesuatu nak bagitahu kau," kata Mashiho serius. Asahi di sebelah hanya mengangguk. Dia sendiri sudah tahu apa yang ingin diperkatakan oleh Mashiho.
"Pasal Haera." Muka Jaehyuk terus berubah menjadi tegang. Mashiho dan Asahi berpandangan, takut pula.
"Kalau tentang dia, aku tak nak dengar," kata Jaehyuk lalu berlalu pergi sebelum tangannya dipegang kuat oleh Asahi.
Dia ni, nampak je muka takde reaction macam robot, pegang bukan main kuat lagi. Nak tercabut tangan rasanya.
"Kau dah salah faham Jae. Dengar dulu, tak baik kau buat macam tu kat dia. Kan dia kawan baik kau?" kata Mashiho, cuba memujuk Jaehyuk yang tiba-tiba sahaja keras hatinya hari ni.
Dia dah janji dengan Sakura untuk tolong dia, lagipun dia pun tak suka Jaehyuk macam ni.
Sebab dia perasan, sejak kehadiran Haera di sekolah ini, Jaehyuk lebih banyak tersenyum berbanding sebelum ni.
Sama macam waktu Aerin ada dulu.
"Ni semua salah faham. Sebenarnya Chanwook yang cuba nak kacau Haera. Kau pun tahu kan lelaki tu macam mana? Sakura cakap kat aku, even Haera pun benci dia. Takkanlah kau tak percaya Sakura kot?" kata Mashiho panjang lebar.
"Sakura tak pernah tipu." Tiba-tiba sahaja Asahi mencelah. Dia ni susah sikit nak dengar suara dia, suara emas gitu. Beruntunglah sesiapa yang dapat dengar suara dia.
Jaehyuk yang tadinya tegang sahaja, perlahan-lahan mempamerkan wajah bersalah. Dia mula percaya dengan kata-kata Mashiho.
'Agaklah, aku tak bagi pun peluang dia nak cakap haritu,' bisik hatinya.
"Aku minta maaf." Itu sahaja yang keluar dari mulut Jaehyuk. Dia meraup wajahnya.
Nampaknya dia sudah buat silap yang besar.
"Jangan minta maaf dengan aku Jae. Minta maaf dengan Haera. Aku pasti dia akan maafkan kau," kata Mashiho, tersenyum. Lega apabila Jaehyuk sudah okay.
"Kau kan kawan baik dia," kata Asahi lagi dengan muka robotnya.
"Kalau kau nak jumpa Haera, aku boleh bawa kau." Jaehyuk memandang wajah Mashiho sebelum menggangguk laju.
YOU ARE READING
• banana milk • yoon jaehyuk
Fanfic[Completed] Aku tahu memang aku tak tahu malu sebab bergaduh dengan seorang lelaki kerana sebotol banana milk tapi cuba tengok muka aku. Ada aku kisah ? HAHAHA ©Yoon Jaehyuk / Jaehyuk TREASURE's fanfic @xxybaexx « TREASURE SERIES » 1 Start : 20...