Buat masa ini, aku sangat sibuk. TERLALU SIBUK sebenarnya kerana aktiviti kelab.
Kelab aku, Kelab Drama dan Teater sedang sibuk membuat latihan untuk pertandingan teater kebudayaan bulan depan.
Okay, kalau korang rasa aku salah seorang daripada barisan pelakon, korang silap. Aku kerja belakang tabir je hahahha tahulah aku ni dramatik tapi aku tak minat sangat berlakon semua ni.
Aku berlakon untuk cerita ni je ye hahaha sebab author bayar payment aku tinggi *evil laugh while author buat muka slack kat haera yang perasan amat ni
Nasib baiklah ada Sakura sekali dalam kelab ni takdelah aku seorang-seorang. Yalah, aku ni tak berapa reti sangat nak berkawan.
Ada ke orang yang nak kawan dengan aku yang kasar ni huhuhu
Dan aku, Sakura dengan beberapa orang pelajar lain sibuk menyiapkan segala pakaian dan prop untuk teater tersebut. Yalah kenalah grand, dahlah sekolah aku ni menang pertandingan teater ni tiga kali berturut-turut.
Walaupun aku baru sekolah kat sini tahun ni, sesungguhnya aku tumpang bangga ahaks
"Eh Haera kenapa awak senyum seorang-seorang?" Automatik aku pandang Sakura yang tengah pandang aku pelik. Mana taknya aku senyum-senyum macam orang gila kat situ sedangkan takde orang buat lawak pun.
"Err ha mana ada!"
"Eleh. Haera, awak tu memang tak pandai tipu pun. Saya nampak saya tahulah," kata Sakura lalu menyambung menjahit kostum untuk persiapan teater.
Aku garu kepala. Obvious sangat ke?
Tiba-tiba Sakura pandang aku tersengih-sengih. Err, aku pula yang seram dengan senyuman creepy dia.
"Entah-entah..." Aku angkat kening.
"Awak teringat Jaehyuk?"
Choi mulut Sakura ni! Nak je aku cilikan biar sampai bengkak bibir. Ada ke patut dia fikir sampai macam tu sekali?
Nasib kawan baik aku. Huh tenang Haera. Tarik nafas dalam-dalam, hembusss
"Awak memang couple dengan Jaehyuk ke Haera?"
"Wah ye ke? Tak tahu pun!"
"Cerita apa ni? Macam panas je!"
Argh sudah semua orang dah kumpul dekat aku, menunggu jawapan dari mulut aku tentang aku dengan Jaehyuk. Aku dah macam kena kepung dah dengan perempuan-perempuan kepoh ni.
Okay sumpah aku marah dengan Sakura dalam hati. Dia yang dari jauh tengok aku tersengih-sengih dengan muka paling tak bersalah aku tengok sepanjang aku hidup. Bukannya nak tolong!
YOU ARE READING
• banana milk • yoon jaehyuk
Fanfiction[Completed] Aku tahu memang aku tak tahu malu sebab bergaduh dengan seorang lelaki kerana sebotol banana milk tapi cuba tengok muka aku. Ada aku kisah ? HAHAHA ©Yoon Jaehyuk / Jaehyuk TREASURE's fanfic @xxybaexx « TREASURE SERIES » 1 Start : 20...