× 16 ×

666 135 81
                                    

    

Sumpah aku kekok sekarang ni bila duduk sebelah Jaehyuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Sumpah aku kekok sekarang ni bila duduk sebelah Jaehyuk. Apalah nasib, nak je aku tukar tempat duduk dengan orang lain tapi yalah, siapalah aku dalam kelas ni hahaha

     Korang bayangkan kat sekeliling Jaehyuk ada macam aura gelap, dengan muka tegang dia, tak ke seram? Lagi seram daripada zombi dalam rumah hantu tau!

     Dan, aku tak boleh fokus dengan pelajaran hari ni. Kebanyakkannya aku habiskan masa aku dengan melukis dalam buku nota aku.

      Selepas aku tanya soalan Sains kat Jaehyuk tapi kena palau, aku dah takde semangat nak belajar hari ni.

       Kring!

       Loceng waktu rehat. Aku pandang Jaehyuk tapi dia terus bangun dan tinggalkan aku tanpa sepatah kata pun yang keluar dari mulut dia.

       Aku tak tahu  kenapa aku sedih sangat sampai aku ternangis bila tengok dia macam tu. Yalah, selalunya dia memang akan ajak aku pergi kafetaria sama-sama, lepak kat tempat biasa.

       Aku sembam muka atas meja, menangis diam-diam. Kenapa aku sedih sangat ni?

        Sakit sangat, bila orang yang dulunya rapat, layan kau macam kau halimunan. Tak ke sadis?

       "Haera awak okay?"

        Aku angkat muka dengan muka sembap aku. Di hadapan aku ada Sakura, memandang aku dengan muka risau.

        "Tak-takpe, aku okay." Aku kesat air mata aku. Malu pula orang tengok aku menangis macam budak kecil.

         Aku benci bila orang tengok aku menangis.

         "Tak, saya tahu awak tak okay," kata Sakura serius. Dia mengambil tempat di hadapan meja aku. Dia memandang wajah aku tepat.

         Aku cuba untuk senyum supaya dia tak syak apa-apa. Sejujurnya, aku malas nak orang tahu pasal masalah aku.

         "Jaehyuk mana?"

         "Dia pergi kafetaria," jawab aku, memandang ke luar tingkap.

        "Bukan awak selalu dengan dia ke?" Aduh, Sakura ni. Sakit pula hati aku, macam ditoreh pisau berkali-kali.

         "Aku tak lapar," kata aku, dingin.

          "Kau tak pergi makan ke?" Aku menoleh ke arah Sakura yang masih duduk di hadapan aku.

         "Sebenarnya, ya. Tapi sebab tadi saya lalu depan kelas awak lepas tu saya tengok awak macam ni, tu pasal saya datang," kata Sakura, dia meletakkan satu bekas makanan di atas meja aku.

          "Jom kongsi dengan saya, saya bawa onigiri hari ni," ajak Sakura lalu tersenyum manis.

         Okay, aku memang lapar sekarang jadi aku ambil je onigiri Sakura. Dah orang nak bagi tu ambil jelah kan? Rezeki jangan ditolak.

• banana milk • yoon jaehyuk Where stories live. Discover now