× 7 ×

974 161 299
                                    

    Wah,akhirnya bunyi loceng rehat dah berbunyi! Tepat pada waktunya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


    Wah,akhirnya bunyi loceng rehat dah berbunyi! Tepat pada waktunya.

     Sesungguhnya aku, Kim Haera sebagai pelajar yang tidak perform dalam mata pelajaran Matematik sudah tepu belajar bab harini, sudahlah bab penjelmaan pula tu (ceh ye ye je aku letak bab ni macamlah kat korea silibus sama dengan malaysia hahaha)

      Okaylah, lagi better dari bab indeks dan logaritma ( eh ni bukan Addmath ke? 😂)

      Dengan cikgu Mathnya hmmm tak payah cakaplah nanti terkutuk pula ops.

      "Jom rehat Haera!" Macam biasa, Jaehyuk ajak aku. Aku sembam muka atas meja. Otak pening-pening lalat lagi ni.

       "Haera?"

        "Sorry otak aku tepu belajar Math  hari ni hahaha," kata aku dengan suara mendatar. Lantaklah nampak bodoh ke apa depan Jaehyuk ni.

       "Lah, saya ingatkan awak tak sihat. Takpe, saya boleh ajar awak." Aku pandang Jaehyuk. Kalau dalam kartun, bayangkan mata aku bersinar-sinar, ha macam tulah. Wah tak sangka betul.

       Untung aku duduk sebelah best student huehue.

        Maka aku dan Jaehyuk pun mengatur langkah keluar dari kelas bersama-sama. Sambil-sambil jalan tu, Jaehyuk tunjukkan bilik dan terangkan semua jalan kat sekolah ni macam pemandu pelancong tak berbayar.

      "Selamat pagi Jaehyuk sunbaenim," tegur beberapa orang junior perempuan yang sedang berdiri di tepi koridor sambil tersenyum-senyum. Jaehyuk membalas dengan ramah. Aku? Muka expressionless aku tunjuk hahahah.

       "Kakak tu yeochin Jaehyuk sunbae ke?" Aku terdengar bisikan salah seorang junior tadi. Dengan automatik, aku memandang ke belakang.

       Terus tersenyap mereka daripada bergosip. Hahah, aku tak buat apa-apa pun, pandang je.

       Yalah, apalah nasib bermuka garang macam aku. Tak senyum pun kata sombong. Ada geng tak kat sini? Angkat tangan sikit.

        "Haera, kenapa?"

        "Takde apa-apa." Aku berjalan di sebelah Jaehyuk dan sama-sama mengatur langkah ke kafetaria.

        Selepas membeli, Jaehyuk mengajak aku ke satu tempat. Katanya tempat favourite.

         Oh,rupa-rupanya kat belakang sekolah. Nice place do, siap ada bangku lagi.

        Aku membuka bungkusan roti cheese dan menggigitnya laju. Sumpah lapar gila lepas belajar Math tadi.

       Yalah belajar Matematik ni banyak tenaga dan stamina diperlukan tau. Macam nak berperang pula. Berperang dengan nombor.

        Jaehyuk di sebelah macam biasa, minum banana milk. Berapa banyaklah dia minum, tak overdose ke?

        "Awak nak tahu sesuatu tak?"

        "Apa?" kata aku dengan mulut penuh. Ish, gelojoh betul anak pak cik Kim ni.

         "Saya selalu lepak kat sini dengan dia," kata Jaehyuk. Aku terdengar nada sedih dalam kata-katanya.

        "Tapi takpelah. Saya boleh lepak dengan awak dekat sini. Boleh kan?" Jaehyuk pandang muka aku.

         Aku angkat ibu jari, tanda setuju.

-----

       "Jaehyuk!" Aku dan Jaehyuk sama-sama pandang ke belakang atau lebih tepat lagi, arah suara yang datang.

      Dua orang lelaki berjalan ke arah kami. Seorang tu pendek, dan seorang lagi tu mukanya macam tiada reaksi. Macam robot.

      "Boleh tolong kitaorang tak?" tanya lelaki yang lebih pendek itu. Aku pandang tag namanya.

Takata Mashiho

       Wui, nama macam orang Jepun. Muka dua orang mamat ni pun nampak macam anime terkeluar ke dunia nyata.

        Aku pandang yang sebelahnya pula.

Hamada Asahi

         Oh muka macam robot tapi handsome lah juga.

        "Tolong apa?" tanya Jaehyuk.

        "Tadi Sir Song suruh kitaorang angkat peralatan muzik baru masuk dalam bilik muzik. Tapi banyak sangat. Kalau kau tolong, cepat sikit siap. Nak tak?" tanya Mashiho. Asahi di sebelahnya hanya terangguk angguk.

          "Oh bolehlah," jawab Jaehyuk.

         "Awak baliklah kelas dulu." Aku angguk dan berlalu pergi.

        Sambil-sambil tu aku cuba mengingat kembali nama bilik dan kelas yang aku lalu sepanjang perjalanan ke kelas. 

         Tiba-tiba tangan aku tertarik. Aku yang terkejut terus merentap tangan aku lalu memandang tajam beberapa orang yang berdiri di hadapan aku.

        Hei siapa yang berani menempah maut dengan aku ni?

        "Oh kaulah budak baru tu kan? Ei dahlah tak lawa." Seorang perempuan berambut lurus panjang pandang aku dengan muka paling bongkak aku tengok sepanjang aku hidup.

        "Kan? Ada hati betul nak rapat dengan Jaehyuk," kata pula seorang perempuan lain, berambut tocang dua dan sedikit keperangan.

       Aku rolling eyes. Drama cliché apa ni haa aku sumpah takde masa nak layan.

        "Eh bisu ke budak baru ni?" kata seorang perempuan lagi berambut agak keriting dan diikat tinggi. Dia berpeluk tubuh.

        Walaupun ketiga-tiga perempuan ni lebih tinggi dari aku tak membuatkan aku gentar. Bila bila masa je aku punya flying kick naik, tak pasal-pasal ada yang baring atas katil hospital.

       Disebabkan aku dah ada pengalaman menghadapi perempuan macam ni, aku mengambil langkah yang paling bijak yang datang dari otak aku.

        Jangan layan.

       Aku pusing badan aku, sedia nak berjalan sebelum salah seorang daripada mereka pegang bahu aku.

       Memang orang kalau nak cari pasal dengan aku mesti pegang bahu eh? Dahlah aku sensitif sikit.

        Aku terus pegang tangan perempuan itu dan menolaknya dengan satu tangan hingga dia terjatuh ke lantai. Ambil kena kau sebiji. Dia belum kenal aku siapa.

       Aku pandang dua orang lagi pembantunya itu dengan tajam sebelum berlalu pergi.

        Kalau tak faham lagi dengan warning tu tak tahulah nak cakap apa lagi. Belajar kat sekolah ke kat zoo?

------

Hahahha duh dah keluar watak jahat dah takpe takpe Haera boleh handle punya saya jamin 💯

Dipersilakan comment yang murni murni hahahahh stream mmm and orange okay.⚡🍊

Sumpah diorang perform kat MBC music core lit gila 🔥 camera pun takleh relax sumpah close up teruks hahahha

• banana milk • yoon jaehyuk Where stories live. Discover now