Aku mengeluh.Satu sebab harini panas gila walaupun dah petang macam ni pun terasa bahangnya. Kedua, sebab duit aku.
DUIT SIMPANAN AKU HABIS SEBAB KENA BELI PIZZA UNTUK ADIK KESAYANGAN AKU TU
Haih nak buat macam mana. Dah janji kan? Kan nanti merajuk pula budak manja tu hmph
"Kenapa Haera awak penat ke?" tanya Jaehyuk di sebelah sambil menyedut banana milk yang baru dibeli di 7E.
Cuba korang kira berapa banyak banana milk dia dah minum sepanjang cerita ni? Tak terkira rasanya.
"Kalau aku penat pun, apa kau boleh buat?" tanya aku, malas nak bagitahu punca sebenar aku mengeluh tadi.
"Hmm, saya boleh angkat awak sampai rumah. Tak payahlah awak jalan," katanya selamba.
Dia ingat aku tak dengar ke? Okaylah aku anggap tu gurauan. Tapi kenapa aku pula yang malu dengar dia cakap macam tu?
"Seriuslah?"
Jaehyuk pandang aku. Dia tersenyum, macam ada makna lain pula.
Aku telan air liur. Apasal... Jaehyuk kat depan aku ni lain macam je?
Ke ada orang culik dia lepastu menyamar jadi dia? Maksudnya yang berjalan dengan aku sekarang orang lain?
Okay aku tahu aku dramatik hahahah
"Kalau awak nak, saya boleh je," katanya. Aku pandang wajahnya lama. Pipi aku mula berbahang.
"Kenapa muka awak merah? Saya gurau jelah!" Segera dia melangkah meninggalkan aku. Cis, pandai eh dia bergurau dengan aku sekarang!
Dia tahu tak aku berdebar bila dia buat macam tu? Dahlah tak pernah ada lelaki gurau dengan aku macam tu.
Aku berlari mengejarnya sebelum aku tepuk bahu dia. Dia tergelak, kelakar kot tengok muka aku tadi.
Okay biarlah aku jujur, aku sebenarnya tak tahu perasaan aku terhadap Jaehyuk guys. Sebab aku anggap dia macam kawan je.
Tetapi, ada sesetengah masa, aku rasa something yang aku sendiri pun tak tahu bila aku bersama dengan dia.
Dilema betul aku.
Berbalik pada cerita asalnya, aku ajak Jaehyuk untuk singgah kedai piza sebab nak belikan pizza untuk adik aku.
"Awak tahu tak jalan nak pergi kedai piza?" tanya Jaehyuk. Aku pandang dia.
"Tak tahu, tu pasal aku ajak kau."
YOU ARE READING
• banana milk • yoon jaehyuk
Hayran Kurgu[Completed] Aku tahu memang aku tak tahu malu sebab bergaduh dengan seorang lelaki kerana sebotol banana milk tapi cuba tengok muka aku. Ada aku kisah ? HAHAHA ©Yoon Jaehyuk / Jaehyuk TREASURE's fanfic @xxybaexx « TREASURE SERIES » 1 Start : 20...