× 5 ×

976 182 147
                                    

 

          "Ceritanya begini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

   
      "Ceritanya begini..." Aku tongkat dagu, pandang muka kacak Jaehyuk.

       Eh, aku puji dia ya? Hehehe.

      "Dulu, aku ada seorang kawan. Perempuan." Aku perasan nada suaranya menjadi serius. Automatik aku duduk tegak-tegak.

       "Aku memang rapat sangat dia. Dia baik, suka layan semua orang macam kawan dia. Tak kira lelaki atau perempuan, semua suka kawan dengan dia."

       "Sampailah aku perasan dia nampak murung. Aku tanya dia tapi dia macam mengelak. Aku pun perasan dia macam takut dengan Chanwook dan Chanwook pun selalu buli dia kat sekolah."

        "Cop cop!" Jaehyuk memandang aku dengan pandangan ya-kenapa?

         "Sorry kacau mode serius kau tapi Chanwook tu siapa?" Serius aku tak tahu tu pasal aku tanya.

         Dia tergelak sebelum menjawab, "Chanwook tu lelaki yang kacau awak dalam kelas tadi."

        Serta-merta aku menepuk meja. Bergegar meja, nak terjatuh bekas ramen aku.

       "Oh, tu nama lelaki MIANG tu hish geram betul aku dengan dia." Masih marah lagi ya aku dengan lelaki itu.  Haih, terbakar hati aku ni!

       "Okay dipersilakan sambung."

      "Ada satu hari, aku cari dia tapi aku tak jumpa. Bila aku lalu kat belakang sekolah, aku dengar suara dia bercakap dengan seseorang and yes, waktu tu dia cakap dengan Chanwook. Tapi waktu tu dia menangis bila Chanwook tengking dia." Aku genggam tangan aku, geram.

      "Sampai waktu tu, Chanwook nak tampar dia. Aku cepat-cepat tahan dia sebab aku tak sampai hati tengok dia kena macam tu." Mulut aku waktu tu jangan cakaplah, memang mulut dah melopong seluas gua.

    "Aku baru tahu rupa-rupanya Chanwook tu abang tiri dia, ibunya kahwin dengan ayah Chanwook. Tapi ayah Chanwook dan Chanwook tak suka dia, selalu dera dia sampai dia trauma. Lagi sadis, ibunya jatuh sakit dan meninggal dunia.  Cuma, dia tak nak kongsi masalah dia dengan aku. Aku terkilan." Aku gosok belakang dia bila aku tengok dia tutup muka dengan tapak tangan.

      Aku tak tahu siapa dia dan aku tak pernah tengok muka dia tapi aku tahu, perempuan tu ada tempat yang istimewa dalam hati Jaehyuk.

      "Suatu hari, dia pengsan betul-betul depan aku. Bila hantar ke hospital, doktor cakap dia koma sebab ada pendarahan dalam otak dan doktor jumpa kesan luka-luka kat badan dia, macam didera. Tak lama kemudian, dia meninggal dunia." Ceritanya berhenti di situ. Terdengar esakan kecil di sebalik mukanya yang ditutup itu.

     Jujur aku bersimpati dengan perempuan itu.

      Dan aku sedar, Jaehyuk sayangkan dia.

      "Aku sedih, sebab aku tak boleh pertahankan dia, tolong dia. Tapi aku gembira."

      Aku angkat kening, " Kenapa kau gembira?"

       Dia pandang muka aku. Matanya merah.

       "Sebab dia tak perlu hadapi penderitaan lagi."

        Woi siapa yang potong bawang ni? Sumpah aku nak menangis juga sekarang huwaaa.

       Tapi aku tak nak buat drama TV3 pukul 7 kat food court ni. Tak pasal-pasal orang ingat aku ni budak yang kena culik dengan Jaehyuk pula.

       "Oh sebab tu lah Chanwook macam takut dengan kau?" Dia pandang aku dengan pandangan kosong.

        "Mungkin." Pendek sahaja jawapannya.

        "Muka dia tu memang layak dibenci pun. Menyampah aku." Aku membebel perlahan. Terbayang bayang lagi scene aku dengan dia dalam kelas tadi.

         "Haa, awak cakap apa tadi?" tanya Jaehyuk. Aku yang tersedar sebab bercakap seorang diri macam orang gila, pandang dia lalu tersengih. Aku geleng-geleng kepala.

       "Dah, kau jangan sedih-sedih dah. Walaupun aku bukan macam dia, aku boleh kawan dengan kau!" kata aku lalu menggosok gosok belakang Jaehyuk.

        "Aku kan ada!"

        Jaehyuk tersenyum senget lalu angkat ibu jari. Aku tergelak dengan kata-kata aku sendiri. Dah macam pujuk budak tadika pula hahah.

-----

      "Eh Jaehyuk!" Jaehyuk pusing belakang sambil memegang tali beg galasnya yang nak terjatuh.

      "Esok balik sama-sama lagi tau!" kata aku. Bukan apa, bosan pula balik seorang-seorang. Ada Jaehyuk seronok sikit, dahlah dia seorang je kawan aku kat sekolah baru ni.

        Jaehyuk angkat ibu jari tanda okay. Bila aku nak buka pagar rumah tiba-tiba aku dengar dia panggil nama aku.

        "Kenapa?"

        "Terima kasih."

        Macam biasalah, aku angkat kening gaya Ziana Zain tanda kenapa?

        "Sebab terima saya jadi kawan awak." Jaehyuk tersenyum. Kalau dapat aku gambarkan keadaan scene kitaorang waktu ni, sumpah macam scene dalam filem, dengan cahaya oren di langit, senyumannya nampak indah, seperti warna matahari yang ingin terbenam.

          "Small matter

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          "Small matter." Aku angkat tangan, tanda minta diri sebelum aku berlalu masuk ke dalam rumah.

         'Awak betul-betul macam dia,' bisik Jaehyuk dalam hati sebelum berjalan pulang.

-----

Woo sekali taip je hahahha tapi aku tak tahulah okay ke tak sorry kalau cerita macam berterabur sebab yelah saya bukan penulis pro, saya ni cuma ikan je hahahah 🐠 

    Benda yang aku suka kat Jaehyuk ni sebab dia ni soft, baik je dahlah caring. ✨ Biaswrecker aku ni hahah

• banana milk • yoon jaehyuk Where stories live. Discover now