× 2 ×

1.2K 226 191
                                    

   Setelah menyelesaikan bayaran, aku melangkah keluar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

   Setelah menyelesaikan bayaran, aku melangkah keluar. Mataku mencari cari kelibat lelaki tadi. Oh, ada kat bangku di taman sana. Gaya dah serupa orang breakup dah.

     "Ish kesian pula," kata aku. Ei, aku ni nampak je dingin tapi hati tisu tau! Macam Haruto.

    Eh siapa pulak Haruto ni?  Entahlah, sepupu korang kot HAHAHAH

      Tiba tiba aku mendapat idea yang paling brilliant. Aku membuka bagpack Doraemon aku dan mengambil pen marker.

      Kenapa Doraemon? Sebab benda unexpected pun boleh ada dalam bagpack ni. Korang ada, mana ada. Aku je ada benda ni HAHAHA

     Aku menanda satu garis pada botol tersebut lalu menuliskan sesuatu di situ. Okaylah tu. Aku mencucuk straw dan minum sambil berjalan ke arah lelaki itu.

     Aku melihat kembali botol tersebut. Paras air tersebut sudah sampai pada garis yang aku lukis tadi. Aku membuang straw dan membuka penutup aluminium botol tersebut. Yalah takkan nak kongsi straw pulak zaman covid-19 macam ni.

      Aku berdiri di sebelah lelaki tadi. Aku berdehem seketika sebelum memanggilnya.

       "Awak." Lelaki itu memandangku dengan pandangan yang sayu. Aku terkejut, takkanlah sampai macam ni sekali? Sebab tak dapat sebotol banana milk je? Hmmm...

       Aku menghulurkan botol banana milk itu sebelum melangkah pergi. Sumpah aku tak tipu, jantung aku berdebar debar macam baru lepas kena kejar hantu dalam rumah hantu.

      Bukan sebab apa, aku ni ada alergik sikit dengan lelaki ahaks.

      Lantaklah, kira aku ni berhati mulia tau nak berkongsi dengan dia. Kesian sangat, nampak macam mayat hidup pulak.

Jaehyuk POV

       Aku menyambut huluran botol yang diberikan gadis yang aku jumpa kat kedai 7E tadi dengan hairan. Tiba-tiba sahaja, tadi bukan main lagi garang.

       Belum sempat aku cakap apa-apa, dia dah pergi meninggalkan aku. Takpelah ada hal kot, bisik aku dalam hati.
  
        Aku menghabiskan banana milk tadi dan terperasan ada tulisan di botol itu.

Maaf.

      Aku tersenyum kecil. Baik jugak perempuan ni.
-----
     "Haa, Haera cepat masuk dalam kereta. Kami nak pergi lunch ni!" kata appa. Aku tersengih-sengih lalu membuka pintu.

      "Ish ingat anak raja ke nak kena tunggu?" Dasar mulut longkang betul mulut budak ni. Aku cilikan mulut tu baru nak senyap. Aku hanya menjeling. Malas dan aku lapar.

      Appa memandu kereta  dengan tenang. Aku hanya memerhati bangunan-bangunan kedai yang aku sudah lalu sebentar tadi. Takdelah aku jakun sangat.

     "Okaylah kita makan kat sinilah." Aku turun dan melihat restoran di hadapanku. Nampak kemas dan bersih. Ada beberapa orang masih lagi makan di dalam.

      "Jemput masuk!" sapa seorang pelayan sambil tersenyum manis. Kami membalas senyumannya dan tunduk sebagai tanda hormat. Kami mengambil tempat di sebuah meja yang kosong.

      Pelayan tadi datang dan mengambil pesanan kami sebelum berlalu pergi.

       Tiba-tiba sahaja kawan baikku, Somi whatsapp.

Somi 🌸
online

Yo, kau dah sampai ke? Okay tak tempat tu?

                                 Dah sampai. Okay je.

Okaylah kalau macam tu.
Nanti kat sana, janganlah lupa aku huhu
🤧😭

              Takde maknanya aku lupa kau
                                   Mestilah aku ingat

Lonely ft sendu aku kat sini 🤧

                                Ceh acah betul kau ni
           Pergi main dengan namchin kau

HAHAHAHA SIANN KAWAN KITA NI
                                                                      
             Ish aku nak makanlah. Gtg, bye

      "Jemput makan." Eh macam kenal je suara ni? Aku angkat muka.

      Jaehyuk terkejut. Perempuan ni lagi!

      Aku lagilah, memang muka jenis tak boleh kawal. Mesti keluarga aku perasan punya. Haduh, mana nak sorok muka fabulous aku ni?

      Jaehyuk hanya tersenyum sebelum tunduk dan melangkah pergi. Aku yang masih terkejut hanya memandang sahaja makanan yang aku pesan tadi.

      "Haera makanlah. Kenapa? Takde selera ke?" tanya omma.

      "Eh takdelah." Aku cepat-cepat mencapai penyepit dan menyuap nasi dengan laju.

       "Oh kakak suka abang tadi eh? Hmm bolehlah nice guy." Ei budak ni aku humban dalam laut Hindi baru nak diam  kot. Dia dah tersengih-sengih.

     "Oi kalau rasa masih mahu makan baik kau jangan buat hal," gertak aku. Chanhyuk buat muka selamba lalu meneruskan makan.

     Duh malu malu malu!

      Selepas habis makan aku terus keluar dari restoran tersebut. Tak nak aku terserempak lagi dengan lelaki tu.

      Haih apalah nasib!

-----

vote and comment please ~ baru semangat nak update ✨

• banana milk • yoon jaehyuk Where stories live. Discover now