× 33 ×

574 127 43
                                    

      Mata aku terbuka perlahan-lahan, pening pula kepala aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

      Mata aku terbuka perlahan-lahan, pening pula kepala aku.

      Apahal bilik ni gelap semacam? Dan kenapa aku terbaring atas lantai?

      Tiba-tiba aku rasa tangan aku perit. Perlahan-lahan aku duduk dan melihat tangan aku, berikat.

       Eh, jangan cakap... INI KES PENCULIKAN OMAIGOD MACAM MANA AKU BOLEH ADA KAT SINI?

       Aku lihat tingkap, gelap semacam di luar. Mesti dah malam.

       Jap, mesti omma dengan appa risau dengan aku sekarang ni! Alamak macam mana ni.

        Aku cuba ingat benda terakhir yang terjadi pada aku yang membuatkan aku terikat kat sini.

       Seingat aku, ada seseorang menekup mulut aku dengan sapu tangan yang diletakkan sejenis cecair yang aku tak tahu nama dia tapi berkat tengok cerita polis kat tv, aku tahu cecair tu boleh buat orang pengsan.

       Sumpah sekarang dalam hati aku, aku mencarut dengan segala carutan dalam bahasa yang aku tahu terhadap makhluk yang culik aku ni.

       Sekarang, macam mana aku nak lepaskan diri ni?

        Think Haera. Think! Masa inilah masa tepat untuk aku berfikir semampu yang boleh.

         Tiba-tiba, aku terdengar seperti bunyi tapak kaki di luar. Aku ambil keputusan untuk buat-buat pengsan.

        Pintu dibuka. Bunyi tapak kaki makin kuat, aku syak mungkin lebih dari seorang yang sedang mendekati aku yang buat-buat pengsan ni.

      Waktu nilah, bakat lakonan aku yang hebat ini membantu!

      "Ni ke perempuan yang kau cakap tu? Mmm nice!" Kedengaran suara yang agak serak-serak basah.

       "Ya, dia nilah. Amacam, okay tak?"

        Eh, kenapa aku macam pernah dengar suara ni?

        Ini suara... Lelaki yang paling aku benci kat dunia ni. Ya, Chanwook.

        Hampir-hampir sahaja aku nak bangun, cekik lelaki yang perangai serupa iblis ni tapi aku kena teruskan juga lakonan aku ni.

        "Okay sangat, maybe hutang ayah kau termasuk bunga dah terbayar semuanya. Cuma sekarang aku tak tahu nak buat apa dengan dia? Sama ada...Nak jual organ dia kat pasaran gelap? Macam okay jugak." Jantung aku berdegup kencang mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut dia. Siapa je tak seram dengar macam tu?

        Rasanya, inilah masa untuk aku mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga aku.

       "Atau..." Suara lelaki hanat tu lagi. "Kita jual je dia kat kelab malam, jadi pelacur. Mesti lagi banyak duit boleh dapat." Bodoh. Sesungguhnya kaulah lelaki paling bodoh dengan perangai lagi teruk daripada iblis yang aku rasa menyesal jumpa sepanjang aku hidup.

        "Wah, bagus juga idea kau ni! Hehe, jom kita sambut kejayaan kita ni!" Maka mereka berdua gelak seperti dunia ini milik mereka.

        Kedua-duanya mengatur langkah keluar dari bilik tersebut. Kedengaran bunyi pintu dikunci dari luar.

        Selepas aku rasa selamat, aku bangun dari pembaringan. Mata aku dikelip-kelipkan, cuba untuk beradaptasi dengan gelap bilik tersebut.

        "Bodoh punya Chanwook. Sanggup dia buat aku macam tu?" Perlahan-lahan air mata aku mengalir.

        Aku rasa... Aku dah takde harapan untuk keluar dari sini. Aku cuba untuk tahan bunyi tangisan aku supaya tak kedengaran.

        Lutut aku rapatkan ke dada, aku sembam muka aku atas lutut. Aku hanya terfikir seseorang sahaja ketika ini.

      Aku sangat memgharapkan keajaiban berlaku ketika ini.

       'Jaehyuk, tolong aku.'

-----

Apasal aku rasa dark semacam je chapter ni 😭 sesungguhnya wahai Chanwook, sila meninggal grrr

Weh dah nak habis cerita makin sedih pulak aku huehue

K, teruskan baca gais. Jangan lupa vote and comment ! Aku reply semuanya 😂

Aku nak recommend lagu lagi, Empty - WINNER. Lagu ni ada dua ver, first yang original waktu diaorang debut and 4 ver. tapi aku lagi suka yang ada sekali Taehyun.  ♥️💙

• banana milk • yoon jaehyuk Where stories live. Discover now