Salah satu cabang cerita yang berakarkan Mr.Rie punya Ms.Stress. Kena baca MRpMS dulu sebelum baca yang ini. Tak berkait sangat, tapi perlu baca juga untuk lebih jelas. Excerpt dari cerita : "Kau nak cakap aku ni lelaki jahat?" Nain tuding ke dada sendiri. "Perlu saya ulang untuk kali kedua ke?" Nain memandang Kinah dari atas ke bawah. Sudah lah ketot! Rendah separas dada saja. Rupa sempurna, tapi langsung tak boleh digelar cantik! Sombong! Berlagak! Ada hati pula mahu mengajar Nain! "Come on lah, Key. Kita semua masih muda. Aku akan jumpa lebih ramai perempuan cantik dekat luar sana. Julia pun akan jumpa banyak lagi lelaki lain dalam life dia. Kenapa nak sia-siakan usia muda ni dengan stay loyal with one person only? Julia kena pandang ke depan, bukannya patah ke belakang. Hidup masih panjang." "Macam mana kalau awak mati esok?" Uhuk! Nain tersedak dengan liur sendiri. Habis perut, jantung,hati, limpa, dan segala organ dalamannya mengecut bila mendengar soalan direct Kinah. "Macam mana kalau esok kiamat?" "Shut up!" Suara Nain berubah keras. Tidak suka diamuk dengan soalan begitu. Kinah gila! Bercakap tentang mati seolah-olah perkara itu sudah menjadi hal biasa dalam kehidupannya. "Tadi cara awak bercakap macam orang tak takut mati. Tapi kenapa bila saya sebut tentang mati, lutut awak dah terketar?" Nain ikut tunduk memandang lutut sendiri. Terpedaya dengan pergerakan mata Kinah yang memandang ke arah lututnya. Sekali lagi dia memandang wajah Kinah, wanita itu dilihatnya sedang menjeling langit. Menambahkan rasa sakit hati Nain yang melihat. Tidak mahu berlama diperbodohkan begitu, Nain terus angkat kaki.