Hidupnya tidak dilimpahi kemewahan dan harta, namun Erina Natasha bersyukur dengan apa yang dia ada. Dia gembira tinggal di Mahligai Zaaba, sebuah rumah anak yatim bersama ayah angkatnya, Ayah Daud dan kanak2 yang lain. Erina tak mampu menyambung pelajaran walaupun berjaya mendapat keputusan SPM yang cemerlang. Maka, dia bekerja untuk membantu Ayah Daud di Mahligai Zaaba. Itulah Erina, sanggup berkorban demi ayah dan adik2nya. Namun, mimpi ngerinya bermula apabila dia ditakdirkan bertemu Edrian Emmett, seorang usahawan muda yang berjaya. Lelaki itu adalah manusia paling menjengkelkan, selfish, miang, degil dan banyak lagi perkataan buruk yang dapat disenaraikan oleh Erina. Punah sudah impian Erina untuk hidup 'simple and humble' selepas Edrian menunjukkan 'tanduknya'. Kalau ada seseorang di muka bumi ini dengan nama Mr.Evil, lelaki itulah orangnya. Semakin memuncak nasib malang Erina apabila Edrian memaksa Erina untuk berkahwin dengannya. Dan Erina tidak boleh menolak! Erina mahu semuanya berakhir. Dia dan Edrian tidak boleh bersama. Mereka bagaikan minyak dan api, langsung tidak padan. Erina yakin perkahwinan mereka tidak akan bertahan lama. Tetapi, betulkah itu pengakhiran kisah mereka? ***Novel ini merupakan sambungan kisah Erina dan Edrian dari novel My Ice Prince Hubby***